Sedang khusyuk melayan novel 9 Nyawa, karya Ramlee Awang Murshid..tiba-tiba aku dapat satu mesej dari seorang sahabat lama..Lama dah tak dengar khabar berita dari dia..So far,Alhamdulillah..huhu..dia berada dalaam keadaan bahagia sekarang..Teringat plak masa zaman sekolah dulu,kawan ni lah banyak sangat dapat dugaan..Walaupun camtu,dia tetap redha dengan ketentuan Allah~hebat kan?(^^,)
So,untuk entry kali ni..aku sekadar berkongsi bagaimana nak dapat kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat..
Pertama,
Selalulah kita mengucapkan kalimah "Laillaha illallah muhammadar rasullullah"
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah"
Kedua,
Apabila ditimpa musibah,ucapkanlah "Innalillahi wa-inna-ilaihi rojiun"
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah. Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat. Orang yang paling jauhd arpada Allah adalah orang yang memiliki hati yang kesat"(hadis riwayat tarmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w, " Apakah tiada aku tunjukan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga ?
Kata sahabat, "Apkah kunci untuk membuka pintu syurga itu?
Jawab Rasulullah s.a.w, "dengan sentiasa menyebut "Lahauala-wala quwwata-illa billahil 'aliyi-azim "
Zikir ini bermaksud "tiada daya,tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah ". Apabila disebut zikir ini, insyaAllah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.
Ketiga,
Apabila dikurniakan nikmat,maka ucapkanlah "Alhamdulillah".
Rasulullah s.a.w bersabada, " Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu " Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahuakbar ".
Rasulullah bersabda bermaksud, " Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku,kemudian orang itu berkata Alhamdulillah , maka ucapan itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habistetapi ucapan itu akan kekal selama-lamanya sehingga akhirat. "
Keempat,
Ucapkanlah Bismillahirrohmanir-rahim ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah,maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.
Kelima dan terakhir,
Ucapkanlah "Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih " apabila terbuat dosa.
Rasulullah s.a.w bersabda, " Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa,dan ubatnya adalah istighfar.
Sebagai manusia,kita tidak sunyi dari melakukan dosa-dosa tidak kiralah sama ada besar mahupun kecil,maka atas sebab itu cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda,yang bermaksud, "Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar , Allah akan melepaskannya daripada segala kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka. "(hadis riwayat imam daud,abu daud dan ibnu majah)
Hehe.mudah-mudahan kita dapat sebarkan pada rakan-rakan yang lain..dan beroleh manfaat daripada setiap yang kita buat..salam
P/S : Traffic blog semakin meningkat,tapi traffic akhirat?Renung-renungkan dan selamat beramal..haha..
terima kasih kerana berkongsi ilmu
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteThanks 4 diz n3..
sgt bmnfaat..
thx bro for sharing tips2 utk bejaye dunia akhirat.jgn share je:)
ReplyDeletejom sme2 amal kn:)
honeyz : same2..
ReplyDeletenuril : hehe..smoge same2 dapat mnfaat~
akuseniman : =) jom2~!