Tuesday, 18 May 2010

Keadaan Manusia di Padang Masyhar..Er...keadaan kita?


Salam,

Fuh..letih sangat lepas habis matrikulasi ni..Ahaks~kenapa ya? Sebab aku perlu bertugas secara rasminya sebagai pemandu a.k.a driver kepada adik-adik dan mak aku , memang sangat penat, tapi,tak apalah..dah itu je kerja yang ada untuk aku kan..beryukur..bersyukur..hehe..

Semalam,semasa pergi ke Bank Bsn kat pekan,ramai sangat orang kat sana. Hinggakan aku nak ambil duit pun terpaksa beratur.Huh! bila aku lalu je,taknak ambil duit,takder pulak orang kat situ..pelik-pelik , tapi tak apalah..sabar..sabar..huhu..

Sebut pasal beratur ni,teringat pulak kat seorang ustazah sekolah agama masa aku sekolah rendah dulu. Beliau pernah ceritakan kat aku tentang keadaan manusia semasa di padang masyhar..di mana hari pengadilan untuk semua manusia..Aku ingat-ingat lupa..so,kalau ada tersilap,tegur-tegurlah ya..

****************

Di padang masyhar nanti akan ada 12 barisan..

Barisan pertama
Datang dari kubur tidak bertangan dan berkaki.
Sebab : Semasa hidup,menyakiti jirannya.

Barisan kedua
Bangun dari kubur dalam berbentuk babi hutan.
Sebab : Semasa hidupnya meringan-ringankan solat.

Barisan ketiga
Bangun dari kubur dalam berbentuk keldai dan perutnya dipenuhi ular dan kala jengking.
Sebab : Enggan membayar zakat.

Barisan keempat
Dalam keadaan berumuran darah dimulut macam air pancut.
Sebab : Selalu menipu dalam jual beli.

Barisan kelima
Dalam keadaan bau busuk macam bangkai.
Sebab : Menyembunyikan perlakuan derhaka.

Barisan keenam
Dalam keadaan kepala putus dari badan.
Sebab : Suka menjadi saksi palsu.

Barisan ketujuh
Dalam keadaan tiada lidah dan mulut berlumuran darah dan nanah.
Sebab : Enggan memberi kesaksian kepada kebenaran.

Barisan kelapan
Dalam keadaan terbalik.
Sebab : Suka melakukan zina.

Barisan kesembilan
Berwajah hitam gelap,bermata biru,dan dalam hati penuh api yang gemuruh
Sebab : Memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh
Penuh dnegan penyakit sopak dan kusta.
Sebab : Derhaka kepada ibu bapa.

Barisan kesebelas
Buta matanya,gigi panjang macam lembu jantan,bibir lebar sampai ke dada,lidah terjulur samapai ke perut,dan penuh dengan kekotoran.
Sebab : Suka minum arak.

Barisan kedua belas
Datang dari kubur dengan wajah bersinar-sinar,dan melalui titian siratul mustaqim dengan sepantas kilat.
Sebab : Selalu melakukan amalan soleh dan merupakan barisan terbaik.

Jadi,agak-agak dimana kita?di barisan mana kita?Moga semua yang kita buat dikira ibadah oleh Allah,lantas diberi ganjaran dan manfaat berguna kepada orang lain..(^^,)

P/S : Moga kita ditempatkan di barisan yang ke 12..ameen~

2 comments:

  1. mahu atau tidak, barisan ke 12 lah yang diharapkan sebab mampu ke kite nak menjadi org di barisan lain tu walaupun kdg2 mcm xlayak nak ddk kat barisan 12 tadi?

    ReplyDelete
  2. beramal dan berdoa yg terbaik utk diri kita dan saudara2 kita juga..

    ReplyDelete