Monday, 31 May 2010
Millatfacebook ??
Salam,
Baru-baru ni, ketika sedang sibuk mencari filem-filem baru untuk di download, aku terbaca tentang sebuah laman sosial yang baru. Actually, apa yang membuatkan laman ni agak menarik dan istimewa bagi aku kerana ia di buat oleh orang yang sefikrah dan seagama dengan kita. Wow! Hebat bukan? Hehe... Ingat orang barat je boleh hasilkan laman web hebat macam tu. Kita pun boleh kalau kita nak.
Millatfacebook ini ditubuhkan membabitkan 6 orang rakyat Pakistan yang mahir dalam bidang IT. Sebab paling utamanya ia dilancarkan adalah kerana laman Facaebook sendiri telah menyiarkan karikatur melukis Nabi Muhammad (kafir laknatullah) dan juga telah mengwujudkan satu saluran baru yang melawan propaganda islam.Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarah sekatan ke atas Facebook selepas satu laman Everyone Draw Mohammed day(Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
Dipetik daripada laman web itu.
"“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.
“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Setakat ini, Millatfacebook telah berjaya mempunyai 4,300 orang ahli selepas hanya tiga hari dilancarkan, kebanyakannya adalah warga pakistan yang fasih berbahasa inggerisdalam linkungan usia 20-an.
Jadi apa lagi tunggu ? Jom sertai kawan-kawan muslim yang lain..(^^,)
P/s : Aduhai,teringin juga nak buat laman sosial sendiri. Hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,,uit tx lorh kongsi2 pasal ni,,
ReplyDeleteak link ke sini yerk!!
salam.
ReplyDeleteapa link dia ye?
baguslah kalau ada bangsa seagama buat laman web sosial.
and fungsi die macam mana ea?
macam myspace?facebook?
thanx.:)
ada je dulu benda cam ni.. muslimspace. tak jalan pun..
ReplyDelete