Tuesday, 14 June 2011

Pertama kali aku tengok wayang.


Salam readers,

Teringat pulak zaman aku pertama kali kenal apa itu wayang. Tak silap aku sekitar tahun 2000 an. Masa aku form two. Al-maklum, budak asrama. Kalau waktu hujung minggu tu, mesti akan ada tiga kategori jenis budak yang mendominasikan hari-hari minggu ni. Budak pertama tak lain tak bukan adalah kaegori yang kaki balik rumah. Pantang hujung minggu je, mesti nak balik rumah. Kebiasaanya adalah budak-budak perempuan. Bila ditanya, jawabnya homesick. Padahal rumah sebelah sekolah je. Tiap-tiap petang, mak ngan ayah depa datang tengok siap bawak makanan lagi. Aku tak paham betoilah.

Kategori kedua adalah budak-budak yang kaki belajar. Diorang ni pagi-pagi lagi dah bangun dah. Pergi basuh baju. Ish, aku tak masuk dalam kategori ni. Sebab aku upah budak form bawah yang basuhkan atau coutim ngan makcik dobi untuk basuhkan baju aku. Kadang-kadang bila baju banyak samapi terkeluar bakul, aku pandai ajak makcik tu boak-borak. Nak ambil hati katanya. So, dari isu asrama, sampai isu semasa pun aku borakkan. Last sekali, aku akan akhirkan perbualan dengan.

"Makcik, saya pergi dulu ea. Kejap lagi nak sambung belajar" dengan buat muka suci.

Makcik tu tak bodoh, dan dia da masak dengan perangai aku. Lastly, dia akan jawab,

"Aik dah tak ada topik nak bincangkan lagi ke ? " sambil tersenyum.

"Hehe, takder makcik.." terus blah dari situ.

Ha, kategori ketiga ni confirm kategori aku and the gang. Pagi-pagi lagi dah bangun dah. Tapi bukan nak study or basuh baju bagai. Kiteorang lanyak main futsal sampai pukul sepuluh pagi, bila dah habis main tu, ramai-ramai pergi lepak kat dewan makan dengan badan berpeluh-peluh. Seksi gila rasa macam tu. Fuh, rasa macam heaven je kalau hari itu namanya sabtu dan ahad. Apa kata filem P.Ramlee tu.

"Dunia ini ana yang punya"

Lepas habis, masing-masing akan buat hal sendiri. ada yang sambung tidur balik, ada yang lepak bawah kipas nak sejukkan badan. Kalau ada kesedaran yang tinggi sikit, akan mandi dan bukak buku untuk study. Oleh sebab kesedaran aku terlalu tinggi, aku pun akan mandi jugak, tapi dalam kepala hotak aku awal-awal lagi dah set. Wayang !
*************

Seingat aku filem pertama aku tengok adalah filem Rock. Lakonan Hasnul Rahmat, Que Haidar dan Khir Rahman dan filem ni antara filem terawal arahan Mamat Khalid.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kalau korang tengok balik filem ni, memang nosalgia tu. Zaman-zaman imej rock kapak 80 an dan 90 an. Masa tu aku baru je lahir, takder lah terikut-ikut sangat. Tak silap aku zaman awal 2000 an ni, banyak budak-budak remaja plessing baju hiphop. Yela, zaman tu kan malique and the gang memnonopolikan fesyen. Kalau korang keluar rumah, pergi mana-mana mall pun, mesti akan nampak budak-budak pakai baju besar ngan seluar besar. Kasut pun taknak kalah masing-masing, confirm kasut-kasut katers jadi mangsa. Aku ?

Aku pun tak terkecuali gak. Biasalah, budak-budak lagi. Masa tu, aku pun konfius nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sampai kalau aku pakai baju besar tu, ada jiran sebelah rumah kata kat mak aku,

"Anak ang tu pakai baju suami ang ke ? "

Dengan slumber mak akan cakap,

"Ala budak-budak, nak berfesyenlah kononnya. Tak padan dengan kecik. "

Aku pun tersenyum je, Karang kalau aku buat backflip depan makcik tu. konfirm dia kata aku kurang hajar. Tu belum aku usha gaya turtle, handstand atau downrock. Konfirm kalau dia tak hambat aku, mak aku yang hambat. Yela,zaman dulu orang-orangnya kan melebihkan budaya.

Balik pada filem rock, oleh sebab aku ni suka mencuba, lepas tonton filem tu, aku nekad untuk pakai seluar bookat. Ala, line-line kecik bawah. Ya, sampai sekarang aku masih pakai lagi, tapi aku kecikkan seluar cotton la, takder pasal aku nak kecikkan seluar jean. Cam kelakar je. Ditambah pulak dengan baju rock metal dan jaket singkat jeans. Punyalah fenomena masa tu. Orang lain dok sibuk pakai baju besar seluar besar, aku lak lawan arus pakai baju ketat seluar kecik.

Bila aku dah dress up camtu, aku ingat ayah aku akan support aku. Yela, anak kesayangan bapakla katakan. Rupanya ayah aku tak suka, habis disuruh aku tanggalkan semua tu. Tapi dia cakap baik-baik, dia ambil semua baju ngan seluar tu, dia simpankan. Dia cakap, dah besar nanti, baru boleh pakai macam tu. Itu pun bila dah kerja dan ada duit sendiri.

Oleh sebab aku kanak-kanak naif dan suci, maka aku bersabar sampai sekarang.

La ni, bila aku dah besar, aku baru perasan. Ceh, badan aku dah tak muat dah dengan seluar dan baju tu. Punyalah naif dulu percaya. Sekarang pun, walaupun dah ada duit, taknak aku pakai macam tu, ditengok jiran-jirang, dikatanya aku buang tebiat. Lagipun, sekarang ayah aku imam kat taman ni. Gila kau kalau aku pakai dressup ala-ala rock, keluar dengan ayah aku yang pakai jubah dan berkopiah serta berserban.

Malu oi muka aku. Biarlah.

Zaman dah berubah. Kih3.

P/S : Zaman sekarang ada ke filem yang fesyen-fesyen ? Aku tak tawulah kalau ramai remaja sekarang cita-cita nak jadi gangster lepas tengok filem KL gangster. Walla~

Wednesday, 8 June 2011

Barang yang lepas jangan dikenang.


Salam readers,

Dulu, aku selalu dengar tentang peribahasa ni. Al-maklumlah orang kampung. Dibesarkan dalam suasana kampung, mana ada ayat-ayat "relaxlah bro" ataupun "benda da lepas bro, nak cakap banyak pun tak guna". Semuanya benda-benda yang lebih mementingkan adab dan budaya. Aku ingat lagi dulu masa kecik-kecik, time hingus meleleh pun disedut masuk mulut. (Sedap rasanya) Nenek selalu cakap bila aku ada terbuat benda-benda yang salah. Contoh macam terpecahkan pinggan or mangkuk ke.

"Dah lepas dah, tak payah nak pikiaq ea."

Lepas tu, nenek terus menyanyikan lagu Allahyarham tan sri P. Ramlee.



Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang tentu menangis OOOO??..
Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri


Kiranya maksud dia lebih kurang lah dengan peribahasa tersebut. Masa tu aku hanya terkebil-kebil dengar nenek cakap dan cuba menghayati serta mencari kesalahan nyanyian nenek sekiranya ada salah part pitching or vokal. Kiranya cam fahamlah padahal sepatah haram aku tak faham.

La ni, bila dah besar lak.Aku menonton rancangan Maharajalawak. Salah sebuah kumpulan kegemaran aku membuat lawak menggunakan peribahasa tersebut.

"Barang yang lepas jangan dikenang"

Zapp. Tiba-tiba aku teringat pada arwah nenek. Kalaulah maharajalawak ada pada zaman arwah nenek hidup, mesti dia bangga sebab peribahasa pun mampu dijadikan alat untuk membuat lawak. Mesti dia kata

"Kreatif betul anak-anak muda zaman sekarang ni"

Sebut pasal peribahasa ni, kalau dengar sekali imbas je, korang mesti ketawa sebab teringat-ingat lawak Sepah tempoh hari, tapi cuba korang hayati balik maksudnya. Er. aku pun tak ingat sangat maksudnya. Jap, aku cari balik dalam google.

(Sibuk mencari maksud, dah jumpa, tapi tambah cari kat buku adik aku darjah 6 untuk kepastian)

Maksudnya lebih kuranglah. benda yang dah lepas, toksah nak hengat. Ops.. ingat.

Banyak benda dah lepas dalam kehidupan korang dan aku yang sepatutnya dah tak perlu diingat. Contoh aku bagi, masa dulu aku ni buduh tahap gaban. Er, jap-jap. Teruk benor bunyinya.

Tak,tak, Kiranya aku tak pandai sangatlah. Dalam kelas tu, ranking nombor mesti rangenya 30-20.  Tak pernahnya dapat no 1. Padahal aku dah cuba semangat studynya, Entah mana silapnya tak skor-skor jugak. Lepas Spm, dengan result Spm yang tak seberapa, aku lebihkan doa dan solat. Tu petua yang mak aku bagi.

At last,aku dapat masuk matrikulasi. Kat sana baru aku praktikkan peribahasa ni.

"Barang yang lepas jangan dikenang"

Dan Alhamdulillah,dapat gak wat degree kat u. Apa lagi, kenduri tujuh hari tujuh malam kat kampung aku. He he.

Tapi ada satu hari, watu aku mintak hutang dengan member aku. Masa tu memang aku dah kering habis dah. Kalau setkat 20 sen tu cukup-cukup untuk aku beli air Ro water Tu pun siap masukkan kepala je dalam mesin tu sebab aku takder bekas nak tadah.

"Mat, aritu ko pinjam aku duit kan. Sekarang ni ada duit lebih tak, aku nak pinjam baliklah." tanya aku dengan nada berkias. Kata orang melayu.

"Ouh, boleh bro. Tapi.."

"Tapi apa ? "..

"Barang yang lepas jangan dikenang bro. Kira halal jela hutang dulu ea. Ha ha"

"Kepala hotak ang!"

Agak-agak korang, apa aku perlu buat kat member aku tu. Hati aku dah berasap ni. Mahu tak masak kalau letak telur dalam hati.

Photobucket

P/S : Untuk cik awek guwa, kalau orang kata awak berubah macam mana pun, awak tetap cik awek yang guwa kenal. Cewah. Guwa dah mula merenyam ni. Walla~

Tuesday, 7 June 2011

Mak cakap orang zaman dulu bercinta lain.


Salam readers,

Teeeettt.. Teeeett....

"Awak, saya mengantuklah...Boleh tak saya tidur kejap, lepas awak balik nanti, awak kejut saya" satu mesej dari cik awek sampai di tangan aku.

Dengan ditemani air plum ambra juice di tangan, aku membalas mesej tersebut tanpa menghiraukan kedatangan customers yang lalu lanag di depan aku. Ni kalau bos nampak ni, mahu tak kena potong gaji aku. Takper, demi cik awek, apelah sangat seploh ringgit tu.

"Baiklah. Awak banyakkan berehat ea. Kejap lagi saya balik, saya kejut awak.. "

Begitulah kebiasaan aku setiap hari, kadang-kadang memang takder masa untuk kiteorang berborak. Aku busy dengan kerja. Dan bila dia bangun pagi, aku masih terbongkang atas katil besi sambil ditemani bantal busuk pemberian arwah atuk aku 10 taun dulu. Bila aku balik kerja malam, dia pulak dah terbongkang sambil ditemani patung bunny pemberian ayah dia. Padah masing-masing kuat tidur.

Ada ke orang bercinta macam ni ea. Korang ?

***********

Balik tadi, aku bersihkan diri. Lepas solat semua, aku cuba sandarkan badan ke dinding. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku cuba luruskan kaki. Fuhh, letih betul hari ni. kalau tiap-tiap hari macam ni, boleh patah kaki aku. Erm..

"Cinta orang zaman dulu dengan zaman sekarang lain"

Tiba-tiba, terngiang-ngiang suara mak berceloteh kat aku pasal benda ni satu ketika dulu.

Flashback.

"Apa yang lain mak ? " tanya aku konfius.

"Dulu kalau orang bercinta, mana ada dating-dating ni. Datang rumah biler masing-masing dah bersedia je nak kahwin. Hari ni, kalau ang tengok, tak bersedia agi nak kahwin, tapi dah keluar selalu, macam manalah tak cepat berpisah" celoteh mak aku panjang.

Ada betul jugak apa cakap mak tu.  Hari ni, ramai orang keluar termasuk aku sendiri. Kononnya dating lah dulu, nak kenal hati budi, then cari keserasian lah bagai. Last-last, berpisah jugak.

"Toink"

"Opocot mak kau ! " jatuh seekor cicak atas kepala aku.

"Cilakok punya cicak, pi la men jauh-jauh. Ang ni kacau aku nak mengelamun jela. Nasib baik hari ni hari jumaat ang tau. Kalau tak, dah lama aku letak ang, lastik ang dari jarak dekat"

Kacau mood betul.

Bersambung..

"Dulu masa mak kahwin dengan ayah ang, mana ada dating-dating ni. Akak ayah ang, auntie tu bawak akak jumpa nenek ang (mak ayah aku) direct"

"Amboi, speaking nampak mak. Haha "

"Ingat mak tak pandai speaking ke ? ==" jawab mak sambil mengerutkan muka.

"Okeh mak, okeh. Sambung pleasee.. " jawab aku sambil cuba membuat pipi kembung dan mata merayu.

"Masa zaman dulu mana ada pakai mesej-mesej macam ang zaman sekarang ni. Paling hebat pun pakai surat tau. Sebab tu lah terjaga sikit hubungan tu."

"Kenapa pulak mak?"

"Yela, sekarang, pakai hp je, dah boleh sent gambar,video lah, Sekarang tu, siap boleh buat call 3g lagi. Tengok muka depan-depan kan"

Betul jugak cakap mak aku ni. Kalau aku undang dia jadi penceramah jemputan dekat selamat pagi malaysia, mesti topik ni dapat sambutan hangat. Aku cuba membayangkan.

"Tahu tak kenapa ramai orang bila putus cinta, terus bunuh dirilah, hiris tanganlah ? "

Aku mengeleng-gelengkan kepala. Nak jawab, takut salah dan takut nak dikata tunjuk pandai.

"Sebab dia tak utamakan apa yang dia buat. Dia utamakan cinta dia."

"Betul betul betul" jawab aku sambil membuat gaya upin dan ipin.

"Kau jangan jadi macam tu. Kalau putus cinta, ta payahlah nak bunuh diri ke, apa ke, chill je okeh ? " nasihat seorang mak kepada anak dia yang sengal.

"Mak macam nak ajar saya jadi playboy ke"

"Haisyh. Mak bukan nak suruh ang jadi macam tu, mak nak suruh ang jangan dok semangat sangat bercinta sampai jadi macam tu je." mak mengecilkan mata sambil mngeleng-gelengkan kepala.

"Yela mak. InshaAllah, saya takkan buat macam tu. " jawab aku dengan semangat.

"Ang pernah keluar dating tak ? "

"Er, tak lagi.. tapi dalam perancangan. "

"Haip, ta payahlah. Ang ta payah dok jumpa dia sampai kahwin. Senang cerita. " jawab mak sambil beredar ke dapur.

"Er, saya cuba ea......"

***********
Tetttt... Tetttt...

"Awak dah tidur ? "

Alamak, aku dok berangan samapi terlupa nak kejut cik awek. Cepat-cepat aku balas mesej dia.

"Ops, maaf. Saya sakit perut tadi. Baru lepas buang air. " Fuh. maaf cik awek.

Kata orang bohong sunat boleh. Korang jangan bagitahu dia pulak aku tengah berangan tadi.

Ha ha...

Photobucket

P/S : Aku taknak keluar dating lagi sampai kahwin. Korang agak aku mampu ke? Walla~

Monday, 6 June 2011

Nota untuk anonymous yang slow.


Salam readers,

Dalam sesebuah penulisan, mesti ada kreatif, idea dan adab. Bagi aku, setiap penulisan tu memang perlu ada tiga tu, dan kalau korang tak  ada tiga benda ni, meh aku extrakan satu lagi benda iaitu. "copy"

Baru-baru ni, sedang aku syok menikmati air cincau plus soya di hadapan laptop. Tiba-tiba aku tersedak lantas cecair putih dari mulut aku meluncur laju ke arah cermin laptop aku sambil pecah menjadi tompok-tompok air di situ. Dengan segeranya, aku mengambil tisu dan mengelap semula cermin tersebut.

"Masalah-masalah.."

Aku mengamati komen terbaru yang aku dapat.

"aku tengok kau punya isi-isi blog nih same ngan sorang laki tuh punye blog.walau x sebijik,tapi xkan lah byk yang kebetulan kan...wey brader,gune idea sendiri laa.x malu ke amek idea2 orang.aku pon nak tergelak2 bace.kesian kau....poin2 pon mcm lebih kurang same je disusun...kesian...."

Aku tersenyum sendirian..

Kejap bang kejap.. Oleh sebab aku taknak marah-marah, sebab ko mungkin lagi tua dari aku atau ko mungkin lagi tinggi dari aku. Maka, aku mulakan entry ini dengan jawapan 

Assalamualaikum.. Semoga Allah memberkati kau.

Bang, dalam dunia penulisan. Tak kisahlah alam maya atau realiti, mesti akan ada persamaan idea bila kita bercakap tentang fakta. Aku ulang lagi sekali ea. Bila kita bercakap mengenai fakta, mesti akan ada persamaan. Sebab apa fakta memang tak boleh diubah. Orang nak tulis berita sukan, Malaysia menang Piala Dunia, semua orang akan tulis benda yang sama sebab ia FAKTA.

Dan kalau kita masuk terus dalam dunia hiburan, Ana Rafali ke, Aizat or Faizal Tahir ke menang AJL, semua orang berhak tulis benda yang sama sebab benda ni FAKTA.

Dan kalau abang rasa tak cukup, sebab aku tak bagi contoh yang guna agama, so, aku masukkan sikit supaya abang puas hati. Dalam bab-bab agama yang berkait rapat dengan fakta juga, orang berhak menulis bang Tapi kena bersandarkan lagi pada fakta. Tak kisahalah kalau huraian dia agak lawak sampai buat orang-orang muda lagi utamakan ketawa daripada isi atau terlalu series samai orang-orang tua yang baca pun tertidur sebab tak tahan mengantuk. Selagi ia bersandarkan pada FAKTA, ia masih dikira betul.

Er, jap-jap. Abang tak faham ea. Ouh, mungkin sebab abang slow baca, atau aku yang terlalus slow nak fahamkan abang. Takpe, aku bagi contoh mudah ea bang.

Okeh-okeh. Abang pernah baca surat khabar tak ? Pernah kan. Dalam negara kita ada macam-macma jenis akhbar. Aku ambil akhbar utusan Malaysia, dan akhbar Berita Harian. Bila kes Nabil terpeluk Isma Hasmie, (aku tak minat gosip-gosip artis ni, tapi sebab abang, aku crikan jugak), dua akhbar ni akan tulis benda yang sama, dan huraian yang berbeza. Ada yang series, dan ada yang tak series. So, sebenarnya itu idea siapa ?

Aku bagi abang berfikir.

Sama juga dengan aku. Setahu aku lah, bila aku menulis sesuatu benda lawak tu, aku banyak ambil point dari blog-blog bahasa inggeris. Dan abang rasa-rasalah,kalau abang tengok blog lelaki tu, adakah blog bahasa inggeris tu ambil point dari blog lelaki tu, atau lelaki tu menulis dan menculik idea dari blog bahasa inggeris tersebut sama macam aku buat dan hanya tukar huraian je ?

Aku bagi abang berfikir lagi.. Jangan kelam kabut bang. Ambil masa okeh.

So, aku nak buat kesimpulan kat sini. Senang je bang. Semua fakta  adalah fakta. Semua point adalah point, tapi huraian mengikut diri masing-masing. Hari ini, aku bagi entry nota untuk anonymous yang slow. Esok ada satu blogger ambil point yang sama, dan buat huraian sendiri. Lusa, tulat, munggu, bulan or tahun depan pun, kemungkinan akan ada orang yang guna point yang sama dengan aku untuk buat entry yang sama.

Adakah diorang dianggap ciplak ? Tak. Sebab memang point untuk orang slow macam abang ni akan berkisar dalam posisi  360 darjah yang sama je. 

Bagi aku blogger yang ambil point yang sama, tapi huraian lain, diorang dah buat satu usaha untuk meriahkan lagi point atau idea tersebut. Barulah ada variety. Ala, macam makan cendol, ada kedai buat letak jagung, gula melaka, ada yang letak aiskrim or jelly. Nama masih tetap cendol jugak.

Okeh bang ? Supportlah sikit member-member kan. Baru blogger malaysia maju bang. He he.

Photobucket


P/S : Aku dah cuba jadi kreatif plus idea dan aku letakkan sedikit adab dalam entry ni. Apa pendapat korang ?

Sunday, 5 June 2011

Ini sebab kenapa aku tak suka pondan.


Salam readers,

Petang itu sungguh indah. Di dalam keramaian orang, kelihatan beberapa orang kanak-kanak kecil sedang khusyuk menikmati hidangan air batu campur bercirikan aiskrim strawberi. Dari riak muka mereka, ternyata mereka sangat teruja dengan hidangan tersebut. Di sudut yang lain pula, kelihatan sepasang suami isteri sedang berbincang mengenai menu di depan mereka. Mungkin sukar untuk mereka membuat pilihan hinggakan mereka terpaksa berjuang untuk menahan nafsu makan kerana terdapat banyak list makanan yang hendak dirasa. Begitulah keadaan di bangi kopitiam tempat aku kerja sekarang ini. Masing-masing datang hendak makan tanpa memikirkan keadaan pekerja-pekerja yang sedang menahan lapar demi perut-perut customer.

"Fuh. baru hari kelapan, dah terasa nak tercabut kepala lutut ni." gumam aku dalam hati.

Aku cuba mengetuk-ngetuk kipas di depan kaunter pembayaran. Selalunya aku memang malas nak layan customer. Lagi-lagi waktu cuti sekolah macam ni. Perangai masing-masing. Kadang-kadang aku terasa macam nak mencarut je, tapi demi kerja yang mulia ni, aku tahankan juga perangai pelanggan.

Bayangkan dalam ramai-ramai customer, mesti ada yang terlewat sampai ordernya. Biasalah adat kat kedai makan. Staff ada 3 je, yang datang hampir 300. Baru lewat 15 minit, dah mengamuk. Kutuk semua staff.  Itulah padah,dulu aku selalu gak merungut bila order sampai lambat, sekarang sendiri sudah kena.

"Padan muka ang", tiba-tiba muncul kelihatan seekor kucing melihat aku. Munngkin itu yang dia kata.

***********

"Bang,order pleasee.." kelihatan 2 orang awek cun memanggil aku.

"Wah, masa-masa camnilah leh tunjuk hero" dengan penuh confident, aku berjalan terus ke sana.

"Ye dik, apa yang adik nak ?" tanya aku acuh tak acuh.

"Berikan saya chicken chop and chips dua, ipoh white coffee cold dua ya" jawan dia dengan tersenyum-senyum simpul sambil disulami suara-suara serak-serak basah. Sekali dengar macam ella. Dua kali dengar macam sakit tekak.

Dengan pantas aku memasukkan semua list order tadi dalam komputer sebelum dihantar terus ke dalam mesin order di dapur. Selepas selesai, aku kembali duduk berhampiran dengan kipas tadi.

"Fuh.. Boleh tahan jugak awek tu. Haish. Nasiblah badan ni dah berpunya"

Tett tetttt.. Mesej masuk.

"Jaga diri baik-baik ya awak. " cik awek kesayangan yang bagi mesej.

Aik, macam tahu-tahu je aku tengah teringat kat dia.

"Em, Cik awek, awat hang tak datang makan kat sini. Memang aku bagi kaw2 punya layanan. Nak roti portugis, mee kari special, rojak muhibbah ke, semua den payung. Silap-silap hang balik, mesti mak ang dah tak kenal dah" Aku cuba bergurau dalam hati. Gurau jela mampu, nak jumpa, jauh bebenor.

Tepat jam 3 petang. 1o minit selepas pasangan awek-awek tadi balik. Tiba-tiba kawan aku datang.

"Der, der ! " Tergesa-gesa dia datang

"Apahal kau ni ? Ada customer kejar kau ke ? " tanya aku risau. Yela, benda ni dah pernah terjadi.

"Takderlah der. Ni memang pasal customer, tapi bukan sebab kena marah."

"Haik, ni pasal apa ? " jawab aku cuak tak cuak.

" Ko engat tak ada pasangan couple datang tadi. Ala yang dua orang perempuan tu. Dia mintak no ko la " kata member aku dengan seriyes.

" Er, ko biar betul ? =='  Awek cun tu mintak no aku ? "

"Iye, dia memang mintak no ko. Tapi..."

"Tapi apa ? " aku dah mula ragu-ragu dah masa ni.

"Tapi dia bukan awek...."

"Dia bukan awek ? maksud kau ? "

"Dia pondan..."jawab member aku dengan slumber

"Er..."

Seiring dengan itu, kelihatan semua staff kat situ melihat aku dengan tangan di mulut. Saat itu, aku cuba beredar ke toilet dengan langkah yang paling pantas. Dalam kepala otak aku, sudah terfikir. Esok.lusa atau sebentar lagi, semua staff mungkin akan panggil aku..

"Pondan....pondan....pondan..."

Sebelum melangkah masuk ke dalam tandas, aku sempat ternampak ramai member-member aku yang dah terguling-guling atas lantai. Ouh.

Sabarlah wahai hati..

Photobucket

P/S : Suara itu bukan suara ella,tapi abu bakar ella. Ceh. Walla~

Wednesday, 1 June 2011

Persahabatan, percintaan. Dua-dua hiasan penting dalam kehidupan manusia.


Salam readers,

Ketika Malaysia dilanda demam Hari Belia tempoh hari, aku terlibat dengan program rakan muda yang terletak di UPM. Kat sana, aku sempat berbalas email dengan seorang insan yang meminta pendapat aku mengenai percintaan dan persahabatan. Beliau tanya aku samaada percintaan dan persahabatan, manakah lebih penting. Oleh sebab aku takder idea masa tu, maka aku keluar berjalan di sekitar putrajaya menyaksikan ramai orang menunggu ketibaan jejaka-jejaka Korea di perkarangan Putrajaya. Fuhh.. Ramai sangat-sangat sampai aku pun tak tahu nak jalan ke mana. Selepas menyaksikan konsert kat sana, telah terlintas beberapa idea untuk menjawab persoalan tersebut.

Jom kita usha apa jawapan yang terlintas dalam kepala hotak aku ni.

Dalam hidup ni, ada dua je orang yang akan percaya kat korang. Pertama, kekasih hati korang, dan kedua sahabat korang.Tak percaya ? Cuba buat masalah, dan bila masalah tu datang, Korang tengok, siapa yang akan tolong korang.

Dalam sahabat dan kekasih ini, ada dua jenis orang yang betul-betul ikhlas becinta dan berkawan dengan korang. Okeh, kita ambil dari segi kawan dahulu, ada orang berkawan sebab nak ambil kesempatan. Korang orang kaya ? Duit korang akan jadi mangsa. Korang jenis pak turut, perangai korang akan jadi mangsa. Sukar zaman sekarang nak cari kawan yang betul-betul kawan. Berbalik pada kekasih hati pula, tak semua suka dan sayang korang sebab perangai korang. Mungkin.. ada yang suka korang sebab duit, sebab nama, dan mungkin sebab korang terkenal.

Ada orang kata persahabatan lagi penting daripada percintaan. Aku agak tak setuju dengan benda ni. Sebabnya ? Bagi aku dua-dua ada perkaitan dan dua-dua sangat penting dalam hidup ni. Cuba kita perhatikan sama-sama roda kehidupan ni, awal korang mula kenal kehidupan ni mesti dengan kawan. dan akhirnya korang akan meninggalkan dunia dengan kekasih hati. Betul ?

Berlaku pertukaran kepercayaan ni adalah pada pertengahan umur korang. Mungkin umur korang masa tu antara 20-30 tahun, akan berlaku pertukaran kepercayaan. Ini bermakna umur korang dari 1- 20, korang hidup dengan kawan, dan 30 - mati, korang akan hidup dengan kekasih hati. InshaAllah. Selalunya begitu.

Nampak tak perkaitan dia. Apa yang aku nak tekankan bila watu berlakunya pertukaran kepercayaan tadi. Ramai orang kata pada korang waktu ni, " Ala, mentang-mentang ada awek, lupa memberlah tu." Betul tak ? Dan benda ni akan terjadi kepada member-member yang berlainan jantina.

Benda ni pun terjadi pada aku jugak. Seriyesly, sebenarnya takder niat kat hati pun nak lupakan member-member. Aku ambil contoh diri aku. Sebelum kenal dengan cik awek, aku memang ramai kawan perempuan, tapi bila dah kenal, aku masih contact dengan kawan perempuan lagi, tapi ! tak sekerap dulu. Kenalah jaga perasaan orang tersayang. cewah. Tapi hubungan aku dengan kawan-kawan lelaki still mantap macam dulu, takder masalah pun.

Dulu single, kita kongsi masalah semua dengan kawan, tapi sekarang bila ada masalah, kita kongsi dengan kekasih hati. Ada beza kan ? Jangan kata aku alim, ada orang bercinta lepas kahwin, ada orang bercinta selepas kahwin. Jangan risau, masing-masing akan ada reason sendiri. Reason aku ?

Hanya aku,dia dan tuhan saja tahu.

Last but not least, dua-dua penting bagi aku. Seriyesly. takder istilah persahabatan lagi penting dari percintaan. dan takder istilah cinta lagi penting dari sahabat. Okeh dude ? Settle satu soalan.

Photobucket

P/S : Cik awek aku seorang yang penyabar. Sangat penyabar dengan perangai aku yang huru hara. Thanks dear. Walla~

Review | Karak VS Seru.


Salam readers,

Dah lama rasanya blog ni tak dihias dengan review filem-filem tempatan hatta luar negara sekali pun. Dan dah lama juga blog ni tak dihias dengan rentetan review-review berkaitan dengan blog orang lain. Kenapa ? Sebab aku rasa kalau aku update pun, tak ada orang nak baca.

Tapi ?

Ramai yang suruh aku update gak blog ni kat facebook. Ouh, agak terharu di situ sebenarnya. Maaf sangat-sangat. Sebab aku sekarang sedang dihantui dengan kepenatan bekerja dan kemalasan untuk update blog. Sebut pasal dihantui.

Hantu ?

Hari ini, banyak filem seram dibuat. Apa yang aku nampak, rakyat malaysia kebanykkanya menyukai hanya 2 genre filem, Pertama filem seram dan kedua filem aksi. Dan paling penting dalam filem tu, ada unsur-unsur humor. Confim akan tarik ramai orang ke panggung. Kali ni, aku nak share dengan korang 2 filem seram yang baru masuk panggung. Aku dah tengok dah dua-dua filem ni, dan ini adalah apa yang aku nampak dari pendapat aku.

Jom.

***********

Photobucket

Sangkaan awal aku filem ini sangat-sangat menarik. Aku dah tengok sebulan awal dia punya trailer dan aku rasa sangat-sangat menakutkan. Kata orang, jangan letak harapan terlalu tinggi, nanti bila tak capai,kita akan kecewa, dan itu yang aku rasa.. Pada awalnya, aku letakkan harapan yang terlalu tinggi. Lagi-lagi bila yang buat filem ini adalah KRU. Ternyata sangkaan aku meleset.

Filem ini mengisahkan tentang 4 orang pelajar yang tersekat dalahm highway karak, dan mereka mengambil jalan untuk melalui jalan lama. Rupanya, segala misteri telah menanti mereka di sana.

Sebelum tu, aku taknak komen macam orang yang faham filem komen. Aku just komen dari sudut logik akal dan dari pemikiran orang-orang biasa yang tonton filem ni. Pertama, ada part yang aku tak boleh terima. Scene kencing pada waktu malam, scene mandi pada waktu malam, dan scene ending, ketika roh shahir nak masuk dalam badan dia semula. Kadang-kadang, aku terfikir sama ada filem ni adalah filem seram cinta atau fully seram sepenuhnya.

Apa pun, keseluruhan filem ni masih mampu buat aku tutup muka, Ada juga part-part yang seram dan menakutkan. Cuma ada juga part yang aku mampu tergelak bila tengok hantu tersebut. KRU boleh tingkatkan lagi usaha untuk filem seram mereka, sebab standard diorang sebenarnya lebih bagus sebelum ni. Apa pun, filem ni masih boleh dikatakan terbaik !

***********

Photobucket

Seru dikeluarkan sekali dengan penunggu istana. Actually, aku memang nak sangat tengok filem penunggu istana, tapi tertengok filem seru lak. Apa yang aku nak komen, filem ni adalah filem seram terbaik setakat ni. Sebab pengarah membawa filem ni lain daripada yang lain. Jalan cerita tak klise seperti jalan cerita filem seram yang lain. Filem ni adalah seperti filem lost tape yang telah direkodkan siap-siap.

Filem ni mengisahkan sebuah krew produksi yang sedang membuat shooting tentang filem seram mereka "Jangan bernafas" dalam sebuah hutan. Filem tergendala kerana seorang demi seorang ahli krew dirasuk dan dibunuh. Dari situ, plot mula dikembangkan.

Bagi aku filem ni agak seram seriyesly. Sebab dia buat macam live camera, so, korang akan terasa macam dibawa sekali bersama dalam filem. Masih terdapat beberapa kelemahan sebenarnya, tapi secara keseluruhan ia merupakan satu karya yang yang best dan tak rugi untuk ditonton. Watak yang memainkan peranan dengan baik,dialog yang sempoi dan kelam kabut membuatkan lagi filem ni nampak hidup.

Last, filem ni memang tak rugi ditonton. Aku boleh berbangga kerana filem ni agak lari dari kotak pemikiran perfileman seram negara kita.

Ohya, rating-rating. Er.. karak aku bagi 3/5. dan seru 4/5. He he.

P/S : Supportlah industri perfileman negara. Kalau filem luar lagi best, layan jugak. Walla~

Tuesday, 24 May 2011

Dipaksa kahwin 'paksa' ? Bukan dengan calon pilihan ?

Salam readers,


Photobucket


Satu hari di sebuah perkampungan orang kampung, terdapat sebuah keluarga yang hidup aman dan harmoni. Si isteri selalu menolong si suami, dan si suami selalu menolong si isteri. Bila ada masa, masing-masing akan bergurau senda sama ada di dalam atau pun di luar rumah. Senang kata, mereka semua hidup aman dan damai. Dan bertambah indahnya, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup cantik dan rupawan. Terdapat tahi lalat comel di dagunya. Barang sesiapa yang melihat, pasti tertawan.


Disangkakan panas hingga ke malam, 
rupanya hujan di tengah hari,


Bila sampai masanya, anak perempuan itu berkenan untuk berkahwin dan teringin mempunyai suami sendiri. Seronoknya dia melihat kebahgiaan yang terjalin antara ibu dan bapanya. Seronoknya dia mengimpikan cahaya mata sendiri. Si anak ini sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Bila dikhabarkan berita tersebut kepada ibu dan bapanya, alangkah sedihnya dia sebab permintaannya ditolak dengan sekerasnya. Rupanya, si bapa sudah mempunyai calon menantunya yang tersendiri. Anak penghulu kampung sudah lama dinantikan menjadi menantu keluarga sendiri.


Alangkah sedihnya si anak tadi. Maka, menangislah dia sehingga terkeluar semua cecair-cecair dari hidungnya. Mata membengkak kerana mengenangkan nasibnya yang malang. Malang yang tidak berbau.


Oleh kerana si anak tadi masih tidak berputus asa untuk tidak berkahwin dengan anak penghulu kampung, maka dia mencari jalan untuk menolak permintaan ayahnya tersebut. Dicarinya imam kampung. Diberitahu segala bagai masalahnya dari A hingga Z. Imam kampung yang sudah lali mendengar masalah sebegitu hanya mengangguk sambil duduk bersila dengan sopan. 


Maka berkat pelajaran dan mengaji sebelum dilantik menjadi imam, si imam datang berjumpa dengan keluarga perempuan tadi. Duduk semeja dengan si bapa untuk menolong si anak perempuan tadi.


Maka bermulalah syarahan si imam kepada si bapa.



Wahai pakcik, perkahwinan merupakan ikatan antara dua insan yang saling bersetuju untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Niat utamanya bukanlah kerana nafsu, tapi atas dasar senang sama senang. Persetujuan ini amat penting bagi memastikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan berdasarkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Oleh itu, baik menurut ajaran Islam mahupun undang-undang syariah di Malaysia menetapkan bahawa kedua-dua pasangan yang ingin berkahwin agar setuju dan rela akan perkahwinan itu. Pakcik faham ?


Si bapa tadi mengangguk tanda faham.


Pakcik, kepentingan persetujuan pihak perempuan dalam melangsungkan sesuatu perkahwinan bukan terdapat di bawah undang-undang syariah Islam semata-mata, malah terdapat juga hadis yang menyebut bahawa pihak perempuan perlu bersetuju untuk diijabkabulkan dengan seseorang lelaki sebelum perkahwinan itu dianggap sah.


Di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan dua hadis mengenai perkara ini, bahawa wali tidak boleh mengahwinkan seorang anak dara atau wanita yang pernah berkahwin tanpa persetujuannya.


Untuk meyakinkan lagi si bapa tadi, si imam menambah lagi hadis yang kedua. Terdapat juga hadis dalam Sunan Nasai Juzuk II bahawa Rasulullah s.a.w. telah menawarkan untuk membatalkan perkahwinan seorang gadis yang telah dikahwinkan oleh bapanya tanpa persetujuannya. Hadis tersebut berbunyi seperti berikut:


Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya.


Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai Rasulullah! Saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka (dalam hal ini).


Berkat keihlasan si imam tadi memberi penerangan, maka si bapa mengizinkan si anak berkahwin dengan lelaki pilihannya. :)


************


Hari ini, korang kalau tak dapat kahwin dengan pasangan pilihan korang, tak payahlah nak bunuh diri, hiris tangan segala bagai. Relaks. Jodoh peretemuan itu di tangan Allah, pasti ada yang terbaik untuk korang. Ops, korang dan aku. 


InshaAllah. 


Kuliah agama hari ini tamat. Tettt....


Photobucket


P/S : Lelaki baik untuk perempuan baik. Tapi, kalau lelaki tu dulu jahat, sekarang baik, dia tetap dapat perempuan baik. Walla~

3 kata ganti diri yang blogger selalu gunakan.


Salam readers,

Sudah lama, sudah lama, sudah lama sangat..

Sudah lama sangat aku tak update blog ni. Maaf-maaf. Sebenarnya sejak hari jumaat lepas, aku dah mula kerja dekat bangi kopitiam area Port Dickson ni. Hari ni pun akan masuk kerja pukul 4 nanti. So, agak busy di situ. Blog, twitter hatta facebook pun tak menyempat nak komen-komen dengn member-member. Ohya, kalau sesiapa yang lalu kat Port dickson, tak kisahlah nak ke melaka or nak ke Sepang, singgah-singgahlah kat sana. Boleh buat gathering sekali.  He he.

Photobucket

Perkara kedua aku nak cakap adalah, yeyah dapat nuffnang yang ke 13. Thanks pada cik nuffnang. Tak sia-sia den setia kat hangpa semua. So, sekarang ni ada 5 buffered earning yang sedang running kat blog terompahcaring ni. Korang nak petua ? Dulu aku ada tulis, korang leh lah try cari ea.

Photobucket

Masa ni, satu dah jadi metered earning. :)

Dah-dah, jom pergi pada topik kali ni.

************

Ramai orang tanya, kenapa aku suka guna ganti diri 'aku' dan 'guwa'. Bagi sesetengah orang yang suka akan keformalan dan mempunyai nilai adab dan kesopanan yang tinggi, word aku dang guwa tu sebenarnya agak kasar dan tak sopan. Okeh-okeh. Meh aku terangkan satu persatu.

Dalam dunia blogger, akan ada 3 je words kata ganti diri yang blogger selalu guna. Pertama word aku dan guwa. Kedua, word saya, dan ketiga adalah pengunaan nama sendiri. Antara ketiga-tiga kata ganti diri ni. Aku sendiri lebih suka gunakan 'aku'.

Apa aku cakap ni..

Kiranya aku suka gunakan kata ganti diri aku. Sebabnya ? Word ni lebih relaks dan lebih santai berbanding dengan words lain. Cuma, pertamanya aku nak mintak maaf sangat-sangat pada blogger or readers yang lagi tua daripada aku, seriyesly, tak pernah terlintas pun niat nak kurang ajar. Dalam blog memang gunakan word aku tapi kalau jumpa kat luar, den akan gunakan word 'saya'. Okeh.

Aku ni pandai hormat orang tua sebenarnya..

Selalunya blogger yang suka gunakan word aku adalah blogger yang lebih santai penulisannya dan kebanyakkan berkisar tentang kisah kehidupan seharian mereka. Dan mereka-mereka ni tak skema sangat dan takderlah serabai sangat.Kenapa aku cakap camtu ? Sebab kebanyakkan blogger yang guna word aku adalah lelaki.

Word kedua adalah 'saya'. Sesetengah orang mengatakan word ini lebih sesuai digunakan untuk semua golongan dan nampak lebih berbudi bahasa dan sopan. Bagi aku, blogger yang macam ini lebih menjaga penulisan mereka dan target readers mereka adalah orang-orang yang berpendidikan tinggi dan lebih kepada orang yang suka kepada perkara-perkara yang kemas dan tersusun. Tak percaya ? Blogger macam ini, kalau korang tengok penulisannya mesti kebanyakkan berkisarkan tentang informasi dan teknologi. Mereka hendak menjaga ada mereka dengan readers mereka.

Yang ketiga adalah penggunaan kata ganti diri nama sendiri. Kebanyakkan blog yang menggunakan word ini adalah perempuan. Biasalah, perempuan sudah tentu sifatnya manja dan comel. So, perkara tu pun terbawa-bawa dalam penulisan blog. Bagi aku kalau perempuan menggunakan nama sendiri, mungkin tiada masalah, tapi kalau lelaki yang gunakan, mungkin ada kelucuan kat situ. Seriyesly, apa pun, benda ni terpulang pada diri masing-masing. Blog sendiri, sendiri punya suka lah nak tulis apa-apa pun.

Korang jangan risau apa pun kata ganti diri korang guna, bila blog korang dah ada loyal readers, inshaAllah, apa korang tulis hatta 'saya hendak tidur pun', diorang akan baca dan suka. :)

Photobucket

P/S : Aku,saya atau terompahcaring. Sama je maksudnya. Walla~

Monday, 16 May 2011

Perempuan ? Manja atau mengada-ngada ?


Salam readers,

Satu petang yang damai, sedang guwa bersendirian membaca komik. Tiba-tiba hp di sebelah berbunyi. Datangnya mesej daripada cik awek. Dengan perasaan gumbira guwa membalas mesej tersebut. Lepas beberapa minit, tiba-tiba cik awek bertanyakan satu soalan yang agak menarik dan agak pelik.

Cik awek : Awak, ada perbezaan tak manja dan mengada-ngada ?

Guwa : Erm.. ada rasanya..

Cik awek : Apa dia ?

Guwa : Awak tahu gedik tak ?

Cik awek : Er, tahu ! Mengada-ngadalah. ^^

Guwa : Haa~ Tahu pun. Manja ni macam natural, kalau gedik dan mengada-ngada ni dibuat-buat. :) (jawab guwa dengan penuh confident)

Cik awek : Ouh, tapi macam tak kukuh je. ==' (jawab dia dengan kurangnya confident)

Guwa : Nanti saya  fikirkan dan saya tulis kat belog ea. :) Nanti awak buka blog tau.

Cik awek : okeh. ^^

************

Maka, dengan segala kudrat yang ada, aku memerah otak dan mengkaji perbezaan antara manja dan mengada-ngada. Cari kat internet, tanya kawan-kawan facebook, dan cuba tanya pada orang-orang yang lebih berpengalaman.

Hasilnya, aku berjaya menyiapkan entry ni. Agak-agak korang, apa dia perbezaan gedik dan mengada-ngada? Ini adalah pendapat aku sendiri, dan pendapat dari sumber-sumber yang aku cari. Kalau korang ada pendapat lain, boleh tulis kat ruangan komen. Bereh ?

Setiap perempuan ada sifat manja semulajadi mereka. Bagi aku, daripada manja secara natural, tiba-tiba manja juga boleh berubah menjadi gedik dan mengada-ngada. Macam mana ? Manja adalah sifat semulajadi. Menas benda ni tak dibuat-buat dan lahir dari hati. Kebiasaan orang yang manja, sikapnya seperti angin. tenang dan mendamaikan. Kebanyakkan benda tu memang lahir secara spontan, tak dibuat-buat. Kebanyakan orang yang manja ni jugak romantis orangnya dan paling penting, orang yang manja, kita senang untuk melihat kerenah dia.

Orang perempuan yang manja juga pandai memilih situasi yang betul dan pandai meletakkan manja tersebut pada orang yang sesuai. Percaya tak orang yang manja ni agak sensitif sikit ? Orang lelaki boleh tegur dia, tapi kena gunakan kata-kata yang lembut dan tidak terlalu keras. Banyaknya point aku. Okeh paling mudah sekali, kalau korang berborak dengan orang manja ni, dia akan cepat senyum dan suka bergurau dengan gaya tersendiri. Tak percaya? Korang borak dengan pasangan korang. Tengoklah dia manja atau tidak. :)

Apa beza pulak dengan gedik dan mengada-ngada ? Bila seseorang perempuan itu terlebih manja, ia akan menjadikan perempuan itu mengada-ngada dan mungkin gedik. Sifat ni kebanyakkannya dibuat-buat untuk menarik perhatian orang sekeliling dia. Bila keluar dengan pasangan, di depan khalayak ramai. Dia akan cuba buat satu benda untuk tarik perhatian orang ramai. Kira nak tunjuk dia jela couple of the year.  Kebanyakkan orang yang mengada-ngada ni gak, bila korang tengok pertama kali, dah rasa mual. Seriyesly,orang-orang macam ni lebih banyak berlakon daripada natural action.

Macam mana nak tahu sama ada seseorang perempuan itu betul-betul manja atau dibuat-buat ? Selalunya benda ni akan ambil masa yang agak lama dan panjang. Sebab orang yang pura-pura manja selalunya akan bosan bila terlalu lama berlakon. So akan keluar segala sifat yang dah tak manja. :)

Pada lelaki, terpulanglah pada korang nak pilih pasangan yang macam mana. Hidupu masing-masing kan.

Photobucket


Tak tahu ape motif letak kucing ni. Eleh, nak manja gak la tuh. =='

P/S : Cik awek, awak manja tak ea ? Walla~

Sunday, 15 May 2011

Masih tercari sahabat sejati ? Tipsnya ada 5 !


Salam readers,

Tadi lepak-lepak sat dekat blog abang sedare aku, Suterablogger yang aku anggap otai antara otai dalam dunia blogger ni. Dari dia lah, aku berjaya sampai tahap macam sekarang. Thanks bro, nanti bulan 5 ni, lepak makan nasi minyak kat batu pahat okeh.

Actually, aku tertarik dengan entry dia berkaitan dengan sahabat dan kawan. Tak silap aku, aku pernah gak buat entry pasal benda ni dulu. Mungkin ? Aku pun dah lupa. Kali ni aku just nak share dengan korang macam mana nak cari kawan sejati dari dulu sampai sekarang. Memang betul kawan dan sahabat tak sama. Kawan bila senang je ada, sahabat lak masa susah dan senang.

Persoalannya. Macam mana nak dapat sahabat ? Kawan memang ramai. Tapi sahabat masa susah dan senang memang sukar nak cari. Bagi aku persepsi orang pada sahabat memang berbeza. Ada gengster yang suka kawan dengan gengster, so dia akan anggap member dia tu terbaik. Ada orang yang kawan dengan budak surau, so dia anggap kawan dia tu sahabat dia.

Cuma sejauh mana kita tahu yang dia akan bersama dengan kita masa susah dan senang ? Jom aku senaraikan antara ciri-ciri orang yang boleh dipercayai dan dibuat sahabat.

1. Boleh kongsi apa sahaja.

Bila korang ada masalah, dan dia ada masalah. Tiba-tiba, masalah korang akan selesai dulu baru dia. Tapi depends pada keadaan jugak, kalau masalah dia lagi besar dari diorang dan perlu didahulukan, so jangan nak anggap korang belum jumpa calon yang sesuai. Sahabat macam ni selalunya pandai simpan rahsia, dan dialah tempat korang nak share all the problems.

2. Memahami.

Setiap apa yang dia nasihatkan, or pendapat yang dia utarakan, korang takkan rasa sikit pun tak percaya. Korang boleh terima segala apa yang dia cuba sampaikan.Nasihat yang dia berikan gak boleh masuk akal. Bukan sekadar curahan negatif dan bercampur baur dengan emosi. Orang macam ni, confirm perlu dijadikan sahabat.

3. Matang.

Jap-jap. Ni aku huraikan je. Kadang-kadang bersifat kebudak-budakkan tak semestinya tak matang. Cuma ada certain tempat dia akan macam tu. Bila ada masalah dengan orang sekeliling or masalah berkaitan dengan keluarga, dia akan berikan pendapat yang positif disertakan sekali dengan perkara susulan yang korang perlu buat. Maknanya dia tak sokong sebelah pihak je dan tak biarkan korang usaha cari idea sendiri untuk selesaikan masalah.

4. Jujur.

Susah nak tahu sama ada seseorang itu jujur atau tak. Tapi mungkin korang boleh cuba dia dengan soalan-soalan yang korang dah tahu awal jawapannya. Bila korang dah jumpa orang jujur macam ni, cubalah berkawan dengan dia.

5. Pandaikan gembirakan korang.

Bila korang sedih, dia takkan tikut bersedih dengan korang. Cuma dia akan pastikan korang kembali gembira. Teringat lak masa aku zaman sekolah, bila aku putus cinta, member-member aku ni bawak aku pi makan kat kantin. Apa rasionalnya aku pun tak tahu. Tapi dari situ, aku tahu yang diorang ambil berat pasal aku.

Zaman sekarang susah nak cari kawan yang betul-betul bagus. Kalau ada pun tak ramai. So, usahalah cari kawan yang terbaik. Aku pernah terbaca satu hadis ni, untuk korang tahu sama ada dia tu betul-betul boleh jadi sahabat korang, korang kena keluar bermusafir dengan dia selama 3 hari berturut-turut. dari situ, bila terjadi apa-apa, korang akan tahu perangai dia yang sebenarnya.

Photobucket

P/S : Bila dah kahwin, sahabat sejati korang adalah isteri korang sendiri. Walla~

Saturday, 14 May 2011

Jangan lupa sambut Hari Guru ! Kenangan ku.


Salam readers,

Alhamdulillah, selamat sampai di kampung tercinta. Lama dah guwa tak lepak sini sejak fokus exam kat u. Banyak benar dah pembangunan kat Port Dickson ni rasanya. Dengarnya makin hari, makin ramai orang luar yang datang sini. Lagi-lagi pantai depan rumah aku ni. Takpe-takpe, esok guwa try check, mana lah tahu jumpa member-member lama ke. Boleh mintak payung sedas dua roti canai kan.

Setiap hari dunia berubah, pembangunan semakin pesat. Malahan, ramai orang-orang lama meninggalkan kita. Cuma, satu je yang aku respect. Guru-guru masih setia dengan pekerjaan tradisional mereka. Hari ini, bila sebut pasal cikgu, aku sangat hormat pada cikgu-cikgu sekolah rendah dan menengah.

************

Dulu sekolah rendah, guwa bukanlah budak yang jahat sangat. Malahan antara budak-budak yang penakut di kalangan yang penakut. Tapi penakut-penakut guwa, guwa masih ada ramai kawan. Ala, geng budak-budak kecik gak. Apalah sangat kan. Dari darjah satu sampai darjah 6, aku sekolah sama dengan sekolah mak aku. Ops, bukanlah mak aku sekolah gak. Dia mengajar kat sekolah yang sama. Mungkin sebab tu, aku agak terkawal sikit. Semua benda aku buat tak kisahlah dari segi pelajaran hatta permainan pun, mesti mak aku akan tahu. Sebabnya semua cikgu-cikgu yang ada kaitan dengan aku akan report kat dia.

Aku ni belajar tak pandai sangat, kalau rajin banyak baru leh berjaya. Dulu subjek paling aku menyampah tahap gaban adalah sains. Tapi paling aku suka cikgu sains. Sebab masa sains, kiteorang kena tanam-tanam pokok. Aku just suka benda yang praktikal, kalo bab teori, memang ke lautlah jawabnya. Menyampah-menyampah pun, guwa berjaya gak masuk sekolah asrama masa form 1 berbekalkan result Upsr.

Sains aku B..

Masuk form 1 sampai form 3, aku biasa-biasa je. Tak hebat sangat dan takderlah bebal tahap gaban. Lepas form 3, aku dapat masuk kelas sains. Biasalah macam sekarang, kalau students kelas sains je, semua orang  kata pandai. Masuk kelas sastera je, semua kata tak pandai. Hari first, sekejap je aku masuk kelas sains, then aku buat permohonan tukar ke kelas sastera. Bukan guwa rasa guwa nak buktikan guwa hebat. Sebab ? Aku memang tak minat sains.

Subjek killer form 4 dan form 5 ? Confirm-confirlah add math. Gilaq kau  bab ilmu hisab ni, memang pening kepala otak. Kalau jalan penyelesaian tak cukup satu or dua muka surat, ada dua kemungkinan. Sama ada korang tak tahu, atau jawapn korang tak cukup. Walaupuun aku agak terok, ada seorang cikgu ni selalu support aku untuk add math. Seriyes aku cakap, otak aku ni jenis menghafal dan membaca. Mengira ? Sila tutup buku. Berkat aku di ajaq dan di didik oleh beliau, akhirnya aku lulus add math masa SPM.

Dan sebab result add math aku masa tu. Aku berjaya masuk matrikulasi. Dan akhirnya masuk U.

************
Moral of the story, kalau takder cikgu sains tu, confirm sains aku lagi terok dari gred B. Kalau takder cikgu add math tadi. Confirm, aku takkan berjaya masuk U sampai sekarang. Kesimpulannya, hargailah jasa cikgu korang. Seteruk mana pun dia, dia tetap cikgu. Guwa kutuk kutuk gak, tapi lepas tu jumpa masa akhir sekolah dan minta maaf. Aha. Biasalah budak 'baik'.

Last but not least, Selamat Hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Tanpa hangpa semua. Kami semua takkan berjaya macam sekarang. Terima kasih cikgu.

Photobucket

P/S : Selamat hari guru pada member aku yang sekarang kat maktab. Walla~

Tuesday, 10 May 2011

Susah ke nak ucap terima kasih ?


Salam readers,

Macam-macam reaksi aku terima bila aku start umumkan pemenang semalam. Hehe. tahniah la kepada semua yang berjaya menang, dan pada yang tak berjaya tu, aku minta maaf banyak-banyak. Relaks. Kalau korang rajin datang blog ni, inshaAllah, aku akan datang dan kenal dengan korang semula. So, janganlah risau sangat. Bereh boh ? ^^

Rasanya dah lama aku tak borak-borak benda-benda yang berbentuk ilmiah kat sini kan. Actually, kalau korang tengok tajuk kat atas tu, dah lama aku nak tulis dah. Banyak kali aku duduk depan laptop tapi tak sempat menyempat nak tulis. Biasalah, alasan aku mesti sama. Exam !

Esok dah last paper aku, rasanya aku dah boleh dah nak update blog ni sikit-sikit. Pada yang tertanya-tanya tu dah boleh dah datang sini semula untuk tengok perkembangan blog terbaru terompah caring ni. Terima kasih lah sebab tak putus-putus support blog ni dari dulu sampai sekarang. Jasa korang ?

Tuhan je mampu balas.

************

Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..Em, fitrah dalam diri aku dan diri korang, of course suka rasa dihargai. Kan? Seorang isteri kalau bantu suami dia dalam apa jua hal, dan suami dia cakap terima kasih sayang. Apa agaknya perasaan si isteri tadi ?

Seorang mak yang penat membesarkan anak dia dan bila adanya hari ibu, si anak mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan si ibu tadi, maka apa agaknya yang si ibu rasa ?

Seorang cleaner sebuah universiti tempatan baru selesai membersihkan depan sebuah bilik seorang pelajar, dan pelajar tu bila keluar bilik terus ucap terima kasih kepada cleaner tadi. Apa agaknya cleaner tu rasa ?

Seorang pekerja bertungkus lumus membuat kerjanya dan akhirnya syarikat dia berjaya, bila si bos tahu, si bos datang kepadanya dan mengucapkan terima kasih atas pencapaian yang dia lakukan. Apa agaknya si pekerja rasa ?

Bla, bla, bla, bla, apa yang mereka rasa ?

Confirm !! Mereka akan rasa dihargai. Dan benda ni akan membuatkan mereka rasa gembira dan bermotivasi untuk lakukan benda tu tadi. Seriyesly, tak kisahlah dari seorang cleaner hatta seorang bos sekalipun, selagi bergelar manusia, korang akan rasa dihargai bila diucapkan terima kasih atas apa yang korang buat.

Tapi, masalahnya sekarang. Ramai tak yang nak ucap terima kasih pada hal yang remeh temeh ? Hari ini, ramai orang bila bab menghargai ni agak kurang, tapi kalau bab gosip menggosip nombor satu. Terima kasih pun dua patah perkataan je, dan kalau bergosip paling-paling pun akan keluar 20 patah perkataan. Pelik lak aku.

Terima Kasih..
2 patah perkataan. 

@$%^&*()_++.....
20 patah perkataan.

Mana lagi senang ?

Hari ini jugak, orang akan ucap terima kasih pada orang yang mereka kenal or orang yang dapat beri manfaat kepada mereka sendiri dari segi perniagaan dan sebagainya. selain daripada tu, kalau nak ucap pun bila mereka rasa perlu. Apa kata hari ni, kita cuba jadikan benda ni sebagai hobi. Yup hobi. Kalau hobi korang berblogging, korang akan terus berblogging. Kalau korang punya hobi main bola, korang akan terus main bola.

Cuba kalau hobi korang ucapa terima kasih bila dapat satu pertolongan ? Korang akan terus ucap terima kasih sampai bila-bila kan. Relaks. Kalau korang orang atasan hatta senior macam mana pun, bila korang ucap terima kasih pada orang bawahan or orang yang lebih muda daripada korang, ego dan maruah korang takkan kurang pun. Seriyesly, malah korang akan makin dihormati dan disayangi oleh ramai orang.

Tak percaya ? Jom cuba ! Ja-jap, nampaknya guwa pun kena balik muhasabah diri ni ~ Kita sama je.

Photobucket

P/S : Kadang-kadang terima kasih sayang lebih bermakna daripada iloveyou sayang. Walla~

Pengumuman | 10 pemenang bloglist bersama terompahcaring !


Salam readers,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat tuhan sebab bagi aku kesempatan update belog cap ayam ni. Thanks juga kepada semua readers-readers yang tak jemu-jemu datang kat belog ni. Thanks again and again. Tanpa korang, mungkin belog ni tak sampai tahap macam ni sekarang. Korang memang terbaik. Selepas membuat pemilihan dan meminta pendapat daripada diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitar aku. Akhirnya aku dapat gak 10 belog terbaik dari segi entry-entry mereka.

Fuh. aku rasa lagi susah untuk pilih pemenang daripada menjawab soalan-soalan exam sebenarnya. Banyak benda kena jaga dalam buat pemilihan, lagi-lagi bila blog tu melibatkan orang yang baca dan mungkin jugak kawan baik kita sendiri. Guwa taknak kawan-kawan guwa tacing-tacing ni.

Apakan daya. pilih tetap kena pilih.

Dah-dah, jom kita check siapakah 10 belog yang berjaya. Tahniah aku ucapkan k. :)


Tahniah pada korang yang menang. So, lepas ni bolehlah tengok korang punya nama tersenarai kat sebelah kanan belog ni. :) Hehe. Pada yang tak berjaya tu, jangan risau. Aku hargai semangat korang nak join. Apa pun tak semestinya daripada bloglist kita boleh eratkan hubungan. Korang boleh je komen-komen dan blogwalking antara satu sama lain. InshaAllah, hubungan kita akan jadi lebih erat lepas ni.

Last bu not least, enjoy blogging !

P/S : Guwa tak sangka sambutan memberangsangkan. Cuma guwa je tak rajin nak buat. Walla~

Monday, 9 May 2011

Pengumuman | Jom Join bloglist bersama terompahcaring !!


Salam readers,

Jap-jap, jangan tengok guwa macam tu. Aip, ye-ye, memang guwa tahu guwa lambat. Sat-sat, meh guwa explain satu persatu ya. Kenapa dan mengapa semua benda ini berlaku..

Firt of all, thanks pada korang-korang yang still datang belog yang dah bersarang ni. Ada jugak beberapa orang yang pm aku kat inbox  tanya awat belog tak berupdate. Thanks-thanks atas keprihatinan korang. Okeh-okeh, kan aku dah cakap sebelum ni yang aku dalam minggu exam kan? So, masa aku kat bilik memang banyak terbatas. er, awat facebook aktif ? Ye-ye. memang facebook aktif sebab nak update status pakai masa 5 saat, untuk update entry, kena guna masa 50 minit. Kan lain tu. So, atas sebab tu, aku jarang update. Maaf maaf maaf.

Ingat tak akhir bulan 4 dulu, aku ada anjurkan satu bloglist bersama terompahcaring ? Alhamdulillah, ramai gak yang join. Gilaq ramai sampai akur asa terharu biru sebab kena berperang dengan internet u yang lambat macam ciput ni dan kena buka korang punya entry satu persatu untuk baca. Jangan risau. Aku dah hampir baca semua, untuk kali ni, aku just nak listkan blogger-blogger yang dah join bloglist tu sekarang.

Ops, ni bukan pemenang. Aku just listkan dulu semua yang menyertai. Okeh ? Meh check local listing !!


  1. http://salwaabubakar.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  2. http://www.penulissenja.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  3. http://maddikmal.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  4. http://www.cikbulat.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  5. http://mirazali.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  6. http://sarahdandia.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  7. http://www.makbed.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama-terompah.html
  8. http://ijustneedyourightnowbaby.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  9. http://scha-adi.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  10. http://budakpelat.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  11. http://lulu-pages.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  12. http://norlida89.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  13. http://pojiekyra891.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  14. http://ctqueen.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  15. http://nasrulhaqazami.blogspot.com/2011/04/jom-join-blogist-bersama-terompahcaring.html
  16. http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  17. http://dausinstep.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  18. http://masturazakaria.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama-terompah.html
  19. http://alyaesprezzo.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  20. http://iejjahygmnulis.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  21. http://nuansapengembara.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama-terompah.html
  22. http://najihahfara.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  23. http://memyselfandnotirene.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  24. http://kamaryeahtajuddin.blogspot.com/2011/04/come-join-bloglist-with-terompahcaring.html
  25. http://nanabibi.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  26. http://www.gadizmlayu.blogspot.com
  27. http://hanya-yang-cool-belaka.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  28. http://faralovexx-akudandiriku.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  29. http://winkwinkwithwen.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html joined
  30. http://cintaelmiesya.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  31. http://rafidah-fydana-farhana.blogspot.com/2011/04/join-bloglist-bersama-terompah-caring.html
  32. http://aizasahree.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  33. http://mrspinu.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-bersama.html
  34. http://fierapirot.blogspot.com/
  35. http://azrijohan.blogspot.com/2011/05/jom-join-bloglist-bersama.html
Okeh. ni senarai nama yang dah join. Thanks banyak-banyak sebab support guwa. Awal-awal segan gak nak buat. Muahaha. Yang penting berani mencuba. Okeh, ni senarai yang terdahulu. So, aku masih bukak pada siapa-siapa yang nak join sehingga pukul 12 malam ni. Dan pada pukul 12 malam esok, aku akan umumkan 10 belog yang terpilih. Maknanya ?

12 malam ni - Tarikh tutup.
12 malam esok - Tarikh pengumuman !

Pada sesiapa yang masih rajin nak join, boleh join na. Untung-untung entry korang menarik, korang menang. :) 

P/S : Guwa janji esok malam guwa umumkan. Senyum sikit ? Baru ler cute. ^^ Walla~

Monday, 2 May 2011

3 ustaz a.k.a penceramah yang aku kagum !


Salam readers,

Alhamdulillah, makin rasa semangat lak bila nak berblogging bila exam nak semakin habis. Banyak sebenarnya faktor lain yang membuatkan aku makin semangat. Antaranya makin ramai blogger yang aku kenal dalam dunia blogger ni. Hubungan ngan kawan-kawan dan orang-orang sekeliling pun makin bagus. He he. So far, thanks to Allah. Dan thanks pada hangpa yang support belog ni dari dulu sampai sekarang.

Tibe-tibe guwa rasa nak tacing lak.

Okeh-okeh. Hari ni, aku baru lepas study statistic yang memyenakkan kepala otak lagi-lagi bagi orang macam aku yang memang tak minat mengira. =.=' Lepas study tadi, tiba-tiba terdetik nak update blog yang dah bersarang ni . Kali ni, aku just nak kongsi dengan korang semua terutamanya remaja-remaja tentang beberapa orang ustaz yang aku dan kawan-kawan aku kat u ni selalu tengok. Seriyes, terbaik habaq hang. Bila aku ada masalah berkaitan agama, ustaz-ustaz ni lah antara tempat-tempat yang aku akan rujuk dulu selepas Al-Quran dan hadis.

 Jom usha..

1. Ustaz Kazim Elias.




Korang pernah dengar tentang Ustaz Kazim Elias ? Ceramah-ceramah dia ? Aku rasa nakal macam mana seseorang tu pun mesti dia pernah dengar pasal ustaz ni. Jom, aku terangkan biodata tentang ustaz ni. Al fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz adalah merupakan seorang pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. Beliau banyak memberikan ceramah-ceramah berkaitan dengan perkahwinan, motivasi, hari kiamat dan sebagainya. Kenapa aku tertarik dengan ceramah beliau ? Sebab ceramah beliau sangat sempoi tapi sangat-sangat bermanfaat. Walaupun usia beliau dan aku sangat jauh, tapi gaya penyampaian dia sangat diminati oleh remaja-remaja seusia aku. Paling aku suka adalah loghat utara yang kadang-kadang keluar. Ha ha

2. Ustaz Azhar Idrus.




Pernah kenal dengan Ustaz yang berasal daripada terengganu ni? Korang kalau jenis yang sukar faham bahasa terengganu mungkin agak sukar nak faham apa yang  dicakapkan oleh ustaz ni sebab kebanyakkan ceramah-ceramah beliau disampaikan dalam bahasa terengganu. Jom usha biodata beliau. Berasal daripada Kuala Terengganu. Pernah jadi seorang pemuzik pada tahun 1985. Belajar talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Penyampaian beliau lebih kurang sama dengan Ustaz Kazim Elias sebab ada unsur-unsur humor dalam penyampaian beliau. Dan ternyata memang awesome !

3. Ustaz Akhil Hayy.


Ustaz Akhil Abdul Hayy yang lebih senang namanya dibunyikan sebagai 'Aqil, bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an. Transformasi daripada kehidupan sebagai penyanyi kepada pendakwah menjadikan perjalanan kisah hidupnya menarik perhatian terutama di kalangan jemaah yang setia mengikuti setiap ceramah agama beliau. Aku tertarik dengan cara Ustaz Akhil Hayy memberi ceramah yg lebih mesra remaja di samping banyak diselitkan dengan lagu-lagu berbentuk dakwah. Dan kehebatan beliau dalam berzanji dan mengalunkan lagu-lagu nasyid membuatkan aku terus jadi pengikut setia beliau.

Apa lagi, jom usha video-video mereka di youtube. Confirm korang akan tertarik. :)

P/S : Guwa tak pangkah bendera hijau waima biru jugak. Walla~

Thursday, 28 April 2011

2 blog cap ayam yang ada potensi besar !


Salam readers,

Alhamdulillah, semalam aku berjaya menjawab test yang pertama dengan jayanya. Thanks pada sesiapa yang doakan aku untuk menghadapai test tu. Walaupun soalan-soalan tu agak mencabar, tapi maybe sebab dah baca banyak sangat info dan nota sampai naik tepu otak ni, maka aku jawab dengan relaks. Cuma aku terkejut sebab baru dekat sejam, dah budak yang keluar. Adakah soalan tu terlalu senang ? Atau sebenarnya mereka jeles dan rasa tercabar bila tengok member-member diorang keluar awal ? Aku hanya pejam mata je.

Dan mereka dan tuhan je yang tahu.

Rasanya dah lama aku tak review blog orang. Lama kot. Sejak last sekali aku rasa aku review blog cik bie dulu masa dia menang contest burfday aku. Lepas tu aku banyak buat post-post pasal entry berkaitan dengan perempuan dan lelaki di samping banyak terlibat dengan tips dan tips yang lain pada blogger-blogger baru. Kali ni, dengan kerendahan hatinya aku ingin mengreview dua blog yang bagi aku sebenarnya cap ayam, tapi sebenarnya diorang ada potensi yang besar utuk maju dalam dunia blogger ni. Kenapa aku panggil diorang blog cap ayam, sebab aku pun dulu macam tu. Tak percaya ?

Jom. check local listing..



Korang nak tahu pasal kisah teknologi terkini ? Nak tahu pasal gadget-gadget terbaru ? Nak tahu pasal it dengan lebih mendalam ? dan bagi lelaki, nak tahu cara masukkan patch dalam PES ? Korang boleh datang kat belog ni dan tanya dia tentang semua benda tu. Seriyesly, dia akan terangkan kat korang satu persatu sampai korang faham. Blog ni agak sempoi sebab menggunakan tempalte yang simple.

Actually, dia ni salah sorang member aku sejak zaman sekolah lagi dan sampai sekarang, masuk universiti yang sama. Dia masuk dalam dunia blog pun mungkin sebab muak tengok aku update blog depan dia. Tak silap aku baru 2 bulan dia blogging since bulan dua tahun ni, tapi berkat kerajinan dia update entry dan buat blogwalking, maka tak silap aku sekarang blog dia dah hampir seribu orang follower.

Amacam ? Hebat tak hebat ? Walaupun dia blogger baru, tapi aku rasa kalau kita usaha lebih, of course kita akan lebih dikenali dan blog kita akan mula dapat perhatian dalam dunia blog ni. Macam KAB kan.



Semart-semart blog ni. Korang suka tangkap gambar dengan dua jari telunjuk dan tengah terkangkang ? Atau suka tangkap gambar dengan berwajahkan mulut itik ? atau sebenarnya korang suka tangkap gambar dengan pinjam spek-spek pasar malam dan pakai kejap untuk bergaya ? Lupakan je semua tu. Kali ni, korang boleh tangkap gambar dengan gaya yang berbeza. Macam mana ? Just lawat blog ni dan tanya dengan empunya blog sebab dia ni adalah salah seorang photographer yang sedang meningkat naik dalam industri tangkap-tangkap gambar ni.

Dengarnya dah ramai orang yang jadi talent dia setakat ni. So, sebelum dia pandai kenakan charge mahal-mahal, apa kata korang megorak langkah lebih awal untuk jadi talent dia. Blog dia banyak info-info pasal photogrpaher ni. Kalau korang ada idea baru atau nak buat kawan dalam dunia photographer, carilah dia. Sebab dengarnya dia dah ramai link dengan photographer-photogrpaher hebat kat luar sana.

************

Apa pun, dia juga merupakan salah seorang kawan aku sejak zaman sekolah sampai masuk universiti yang sama. Dua-dua orang ni kawan aku sejak form 1 lagi. Tak sangka masing-masing akan jadi blogger gak bila masuk u ni. Sekarang ni, kiteorang juga sedang busy menguruskan kelab blogger under UTHM yang ahlinya hampir mencecah 200 orang dan bercadang untuk membuat proposal untuk menubuhkan kelab blogger dalam universiti ni.

Doakan kiteorang berjaya. ^^

P/S : Guwa dah up korang baik ni, pasni belanja coolblog sorang satu. Walla~

Wednesday, 27 April 2011

Adakah lelaki berblogging itu pondan ?


Salam readers,

Uhuk-uhuk. Batuk lak dah nak dekat-dekat exam ni. Dugaan dugaan. Sabar jelah, harap-harap berkat batuk ni, result aku cemerlang. Actually, esok akan bermulanya kertas pertama final exam. Setakat ni aku dah baca dah apa yang perlu baca, maybe lepas post entry ni, aku akan lepak lak bilik member, pekena kerepek dan baca nota-nota Titas yang agak menimbun. Ouh.

Doakan aku berjaya gemilang dan terbilang. Ameen..

***********

Kebanyakkan perkara-perkara yang menulis mesti dikaitkan dengan orang perempuan. Dan bila korang libatkan benda ni dengan berblogging, maka secara tak langsung mesti akan ada orang kata yang blog ini hanya untuk perempuan. Betul ? Sehinggakan ada orang yang kata bila lelaki berblogging, si lelaki tadi akan meniru gaya perempuan. Dan akan di cop sebagai pondan.

Biasa yang cakap ni mesti lelaki jugak.

Kepala otak otak kempas merekalah..

Okeh-okeh. Jom kita usha mengapakah lelaki berblogging. Ada 3 point utama yang mengatakan sebab lelaki berblogging.

1. Suka berkongsi.

Bab ni, lelaki ni bukan pondan sebenarnya. Cuma dia banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian dia. Daripada dia menconteng no telefon entah siapa-siapa kat tandas-tandas awam, lagi bagus kalau diorang tulis sesuatu yang datangkan manfaat kepada orang lain. Nak tulis diari ? Lagilah macam perempuan. So, nak atau taknak, mereka-mereka akan masuk jugak dunia blogging ni. Bila aku kaji lagi mendalam, kebanyakkan penulis-penulis novel dan penulis-penulis buku, hampir sebahagiannya orang lelaki. adakah mereka pondan ? Tak.

Korang pernah dengar Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani ? Adakah mereka pondan? Tak kan. Bezanya mereka dengan blogger lelaki adalah medium penulisan tadi.

2. Sukakan benda yang mencabar.

Siapa kata berblogging itu tak mencabar. Salah korang tulis, masuk ISA. Salah info korang dapat, korang kena maki hamun. Lagi-lagi kalau info tu info agama yang menyeleweng, lagilah dosa yang korang dapat berlarutan sampai bila-bila. Kiranya blogging ni sesuailah dengan lelaki yang gemarkan benda-benda mencabar. Bila perempuan berblogging, selalunya blog tu mesti akan dapat pujian. Tapi bila lelaki mula berblogging, hanya yang kacak dapat pujian. yang tak kacak ? Akan dipinggirkan. Itu yang aku nampak sekarang ni. Lagi kacak diorang, lagi cepat diorang dapat pengaruh. Tapi adakah lelaki dipinggirkan tadi pondan ? Tak. Takkan sebab diorang tak kacak dan teringin tulis blog, diorang pondan ? Ish-ish.

3. Sebab hobi

Masing-masing ada hobi. Adakah dengan berblogging, lelaki akan bertukar perwatakn menjadi lembut lalu keluar mengusha laki laki kacak yang berada di luar sana ? Adakah dengan berblogging akan menjadikan lelaki itu teringin memakai baju-baju ketat perempuan ? Adakah dengan berblogging akan menyebabkan lelaki terasa ingin membuang aset utamanya dan digantikan dengan aset utama kaum perempuan ? Tak. Ianya sekadar hobi. Hobi yang sesiapa pun boleh buat kan.

Last but not least, dengan berkongsi pengalaman tadi, sukakan benda yang mencabar tadi, dan lakukan hobi tadi, korang akan dapat banyak kelebihan sebenarnya. Apa dia ?

Member baru.
Info terbaru.
Celik IT.
Wang.

Bukan jadi pondan !

Chow~ nak menelaah sejarah lak lepas ni. 


P/S : Kalau lelaki tu memang pondan sebelum dia buat blog dan dengan kepondannya dia mula berblogging. Tu tak dikira. Walla~