Thursday, 30 December 2010
Kenapa aku suka Oh Media !
Salam,
Pagi- pagi lagi, aku dah melayan lagu - lagu anastahir. Huhu. Berguling-guling aku gelak. Bila aku tension je, mesti aku akan buka video-video beliau. Haha. Memang terbaiklah. Haip! Pandai je cakap aku ngah tension (Actually memang tension sebab dah naik sem 2) Hari ini, aku bangun awal dengan semangat untuk menyertai tiga contest. ( canangnya.haha ) tapi, mungkin aku hanya mampu menyertai contest ni dan satu lagi contest. Mungkin juga hanya contest ni yang aku berjaya sertai. Aduhai. *Jangan jadi macam saya.
Contets kali ini, diadakan oleh Oh Media.Com.
Contest apa?
Jom check local listing ! Hehe.
“Kenapa Saya Suka Oh! Media Network”
Aku tak nak huraikan secara panjang lebar, tapi aku cuba buatkan isi ni jadi ringkas dan padat. Okeh?
First of all, aku suka sangat- sangat dengan Oh Media ni sebab bagi aku, dia antara Fanpage terbesar yang mana komunitinya dipelopori oleh sebilangan besar orang melayu. Sebagai orang melayu, atas sebab - sebab itu, aku suka. Settle. :)
Kedua, kenapa aku suka Oh media sebab, Fanpage dan blog - blognya, menyiarkan pelbagai informasi yang menarik. Actually, gambar,video dan artikel yang disiarkan menyebabkan aku tertarik dan seronok untuk tengok. lagi - lagi time exam. Bayangkan, aku sanggup skip masa study semata-mata nak tengok kesemua video beliau. Sakit - sakit. Haha. Hilang sikit tension aku walaupun tak dapat jawab exam paper Math, bla, bla. Aha.
Ketiga, paling aku suka ialah membaca komen-komen readers.Seribu satu kerenah, bila mana ada satu post baru. Mesti akan ada orang yang say '1st', 'scnd', 'third'. aku pun selalu gak main benda ni bila kawan - kawan aku ada post new status kat wall diorang. Aha. Walaupun ada sesetengah orang yang tak suka, tapi kadang-kadang benda macam ni boleh eratkan ukhuwah. Kan ?
Keempat, kadang - kadang dalam lawak yang disajikan, tersedia satu atau dua perkara yang boleh buataku terfikir. Bila disiarkan gambar pengemis, maka aku bersyukur jadi orang yang berkemampuan. Disiarkan gambar - gambar yang pelik - pelik, bencana dan pelbagai permasahalahan, maka semuanya membuatkan aku bersyukur menjadi orang yang berkemampuan. Huhu. Bagus jugak kan?
Last but not least, kenapa aku paling suka oh media ni. Sebab ! Aku berasa semangat untuk mengupdate dan meningkatkan lagi traffic kat blog aku ni. Gila semangat ! Haha. Baru - baru ni juga, aku telah merancang beberapa projek supaya aku dapat tingkatkan lagi penyinggahan readers ke blog aku. Mana tahu, satu hari, aku akan ada Fan page sendiri ? Hehe. Apa - apa pun, Oh Media memang masyuk !
Thats all,
Thank You.
Hehe.
Lalalala~ :D
Wednesday, 29 December 2010
Harimau Malaya membaham Garuda !!
Salam,
Goal ! Goall ! Goalll ! Goallll ! Buat pertama kali dalam sejarah, satu family aku tengok bola sama - sama. Bila adik aku yang perempuan pertama kali tengok bola, aduhai, sangat bising mulut dia. Mengalahkan pengulas tv tu. Memang perempuan macam tu ea? Aha. By the way, congratz aku ucapkan kepada pasukan harimau malaya aka Malaysia kerana mampu menjuarai Piala AFF Suzuki. Ngaummmm. cayalah Malaysia.
Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 selepas perlawanan timbal balik.
Tahniah juga aku ucapkan kepada K. Rajagopal kerana melatih pemain-pemain muda dan memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk bertanding di peringkat tinggi. Bila nak panggil saye pulak ? Walla.
Tahniah juga aku ucapkan kepada penyerang berbisa negara. Mohd Safee Sali kerana berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol ! Memang berbisa la kau ni. Aha.
Malaysia boleh ! Huhu. Semangat pulak aku akhir -akhir ni. Untuk pertama kalinya, stadium yang dulunya kosong, semakin ramai penonton datang. Adakah ini disebabkan isu Indonesia? Adakah semuanya akan berakhir di sini ? Ataupun permulaan kepada kegemilangan penonton negara? Sama - sama kita saksikan liga Malaysia tahun depan. Selamat tinggal 2010. Hehe.
P/s : Aku dengar Khairul Fahmi makin faymes ? Aha. Gadis -gadis sekalian, ambilah player laen. Sesungguhnya, dia dah berpunya. Aha.
Jangan Menangis ! (^^,)v
Inferior Indonesia dan Superior Malaysia !
Salam,
Sebelum aku menulis apa - apa berkaitan dengan entry terbaru ni, aku nak readers semua betulkan dulu mindset korang. Tak kisahlah readers Malaysia, atau negara - negara lain yang memahami bahasa melayu nusantara ni. Mudah- mudahan dengan kesopanan dan budi bahasa korang, takkan ada isu "LASER MELASER" kat blog ni. Ameen.
***********
Indonesia = Inferior
Malaysia = Superior
Baru -baru ni, aku tertarik dengan kupasan salah sebuah blog yang mengupas tentang martabat indonesia di mata rakyat malaysia. Actually, isu malaysia dan indonesia ni telah lama berlaku, cuma sejak akhir-akhir ni, berkaitan dengan bola sepak piala AFF Suzuki menyebabkan hubungan kedua- dua negara menjadi semakin dingin.
By the way, sebagai rakyat malaysia yang memang meminati arena bola sepak. Aku nak berkata, "Menang kalah, adat permainan". Kalau semua nak menang, takkan ada istilah 'kalah' kan?
Indonesia amat mengharapkan kemenangan ini agar martabat mereka tidak dipandang sambil lewa oleh rakyat Malaysia. Antara beberapa perkara yang menyebabkan mereka berasa inferior terhadap malaysia ialah,
1. Penggunaan ‘Indon’ terhadap warganegara Indonesia.
2. Layanan TKI sebagai kelompok masyarakat kelas bawahan.
3. Pemberian hak ketuanan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia.
3. Kesombongan tentera Malaysia yang memasuki wilayah laut Indonesia.
4. Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia seperti batik dan lagu daerah.
5. Kemajuan anak didik Pertamina (syarikat minyak Indonesia) iaitu Petronas yang kini melebihi gurunya.
Dengan kekalahan pada pusingan pertama kepada Malaysia, menambah burukkan lagi keadaan mereka. Bagi aku istilah laser tak harus dipersalahkan. Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho, malahan pemain-pemain terbaik dunia semua pernah dihalakan laser. Adakah isu itu dibesar-besarkan ?
Paling penting, sewaktu perlawanan pertama Malaysia menentang Indonesia, penjaga gol negara dihalakan laser oleh penonton Indonesia. So, memang tak adil kalau kita sahaja dipersalahkan.
last but not least, malam ni kita sama-sama menyokong pasukan negara. 90 minit pertama dah settle. Tinggal 90 minit kedua. Moga semua berjalan lancar, Malaysia berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun.
Monday, 27 December 2010
Tips untuk elak di goda orang ? [ Part 2 ]
Salam,
“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”(Riwayat Abu Hurairah)
Jangan atas sebab aku bagi tips nak elak digoda kaum berlainan, korang sesuka hati menghalalkan yang sama jantina. okeh?
**********
Tips kedua
Versi Lelaki.
Satu hari, aku terdengar ayah mak aku berkata,
"abang..Kopi da habislah.."
" abang penatlah nak pergi beli, lagipun ada bola ni.."
"kejap je bang, kedai kat bawah tu. Jomlah..."
" Erm, 5 minit- 5 minit...Tengah best ni"
"Cepatlah abang, nanti kedai tutuplah.."
"okeh - okeh, yela, jom sekarang.."
Hari ni, selepas aku membuat kajian sendiri, dan membaca pelbagai jenis blog, maka aku sedikit faham, kenapa, mengapa orang lelaki mudah untuk mengalah dan 'cair' dengan kaum wanita ni.
First, aku tanyakan kepada korang, kenapa dan mengapa Syah jehan sanggup membina Taj Mahal untuk mumtaz ? Kenapa dan mengapa seorang suami sanggup bersusah payah untuk mengembirakan hati seorang isteri ?
Zaman lampau, kenapa dan mengapa Nabi adam Alaihisalam sanggup memakan buah khuldi ? Kenapa dan mengapa Aqamah, salah seorarng sahabat nabi tidak dapat mengucap ?
Semuanya sebab perempuan, cinta kepada perempuan. Cinta kepada isteri sendiri.
Oleh kerana itu, tips pertama aku supaya korang tak tergoda dengan godaan seseorang perempuan itu adalah, semasa digoda, korang jangan tanamkan sikit pun rasa kasih dan sayang, apatah sedikit pun rasa suka dalam hati, maka korang akan selamat.
Perempuan bijak menggunakan bahasa tubuh, suara yang beralun - alun semasa bercakap untuk menarik perhatian lelaki. Tak kiralah untuk berbual, meminta pertolongan dan sebagainya. Sekiranya korang tidak dan tak nak tergoda, maka korang layang asa a friend je. Takder sedikit rasa janggal dan suka.
Kedua, korang haruslah menetapkan dahulu gadis dan wanita yang mencapai standard seperti mana korang hendakkan. Aku tak bagitahu korang syarat ni, tapi Al - quran dan hadis sendiri yang beritahu. Maka, aku sampaikan semula,
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
Selain itu, hadis juga ada menunjukkan,
"Nikahilah perempuan itu dalam empat kategori, Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya, Agamanya, Maka, pilihlah agamanya kerana dia akan menjagamu (Hadis riwayat Shaihan).
Secara logiknya, sekiranya perempuan yang menggoda tadi menepati ciri-ciri di atas, dia takkan mengoda lelaki kan?
Last, tips terakhir dari aku, untuk elakkan korang digoda orang perempuan macam tu, maka tingkatkanlah ketakwaan kepada Allah.
Aku pernah dengar satu kisah tentang seorang pelacur dan ahli ibadah ni. Ahli ibadah ni sangat tertarik dengan pelacur tersebut. Dijadikan kisah, ahli ibadah tersebut berjaya masuk ke dalam rumah pelacur tersebut untuk memuaskan nafsu. Semasa hendak melakukan persetubuhan, tiba-tiba lelaki ini teringatkan Allah dan menggigil. Maka, dia meminta izin untuk keluar lantas tak jadi untuk bersetubuh.
Endingnya? Lelaki tadi meninggal, dan perempuan itu berkahwin dengan salah seorang saudara lelaki tersebut.
So, fikirlah, mudah-mudahan sebagai seorang lelaki, kita dapat elakkan godaan dan fitnah dari kaum perempuan. :) Moga diberi kekuatan. InsyaAllah.
Wednesday, 22 December 2010
Tips untuk elak di goda orang ? [ Part 1 ]
Salam,
Perut sedang memulas, aku berlari keluar dari kereta, bergegas mencari bilik air dalam rumah. Oh, tandas di bilik, adik aku sedang guna, terpaksa aku gagahkan diri menunggu sambil mengonlinekan diri. Sedang aku membaca satu persatu soalan di formspring, tertarik aku dengan salah soalan salah seorang pengunjung ni.
Aku bukan pengulas sukan,jauh sekali pengulas rancangan agama, aku bukan ahli kaunselor, jauh sekali ahli muzik, kalau korang nak jawapan yang lebih memuaskan hati, maka teruslah membuat direct question pada orang - orang yang lebih berilmu.
Tapi,
Atas sebab kau dah tanye aku, maka aku cubalah sedaya upaya dengan tangan di perut menjawab soalan ni.
Kau tak bagitahu aku sama ada kau lelaki mahupun perempuan, maka atas daya intuisi tinggi yang ada pada aku, aku tafsirkan kau ni unsa, dan aku jawab dalam dua versi. Versi lelaki, dan versi perempuan.
Versi pertama,
Kau seorang perempuan,
Aku bagi satu soalan, sekiranya seorang perempuan berjubah, menjaga aurat, bertudung labuh keluar pergi berjalan di Shopping complex dan seorang perempuan yang menggayakan pakaian ala - ala Angelina Jolie berjalan di tempat yang sama, maka sebagai seorang lelaki yang sejati, mana yang korang tengok dulu?
Mana yang korang nak tengok dulu wahai lelaki ?
Tepuk dada aku, aku terbatuk - batuk.
Tepuk dada korang, sakit tak? Walla ~
Atas sebab itu, sekiranya kau perempuan, sekiranya kau perempuan yang taknak lelaki akhir zaman ni 'mengorat' kau. Kau just perlu bertudung labuh, memakai pakaian yang sopan, menutup segala benda yang tak boleh di dedahkan di khalayak ramai. Itu saje ?
Bukan itu saja, perangai, sifat dan perwatakan kau perlulah selari dengan apa yang di ajarkan agama. Tak susah sangat. Sekali kau berubah, selamanya kau berubah. Menjadi masalahnya sekarang, bila aku berjalan di shopping complex, mata aku dan kawan - kawan aku puas, puas menatap segala benda yang ada pada badan wanita. Atas sebab itu, aku tak hairan.
************
Satu hari, ada seorang wanita berpakaian ala - ala artis antarabangsa sedang berehat di kerusi rehat sebuah shopping complex. Seorang lelaki dengan memakai topi dan bergaya ala korea datang,
"salam, er... awak....."
"Maaf, saya tak suka lelaki gatal macam awak"
"Maaf, saya just nak tegur. Awak punya pakaian tu menyebabkan saya ...... bla, bla, bla......"
Kan dah malu, so jangan perasan semua orang teringin nak ngorat korang biler korang berpakaian macam tu.
Bila ada seorang lelaki akhir zaman yang alim, yang bertanggungjawab dan berpegang dengan agama, dia cuba menegur kau, tapi bila dia cuba bersuara, kau berkata dia mengorat. Oh tidak. Lantas, niat dia terhenti serta merta.
Wahai kaum perempuan, Allah SWT berfirman :
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka
Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka
tidak diganggu." ( Al-Ahzab: 59)
Aku selalu engatkan adik manis ni supaya menjaga aurat. Walla~
Oh....erkk.......perut aku memulas tersangat - sangat ! aku tak tahan, aku pergi dulu ya ! Nanti aku
sambung.......
Chow, salam.......
Tuesday, 21 December 2010
Analisis blog terompah !
Salam,
Actually, untuk entri ini, aku just nak bagitahu sedikit analisis tentang blog aku. Supaya korang dan korang boleh tahu, adakah blog aku ini didatangi oleh orang tua ke, remaja, mahupun kanak - kanak. Paling penting, adakah saham blog ini laku di kalangan para wanita ataupun aku sebenarnye diminati dan digilai oleh para lelaki ? Hehe Oh, aku akan cuba bagitahu sebentar nanti. By the way, aku nak meminta kerjasama korang dan korang agar tidak menggunakan bahasa yang pelik - pelik di sini. Kenapa ? Blog aku ni bersifat universal. Ada di kalangan pengunjung blog ini merupakan makcik yakni adik beradik kepada parents aku. ada juga merupakan guru - guru aku semasa aku sekolah rendah sehingga ke universiti ini. Kiranya tak sedap pulak bila orang - orang dewasa sebegitu melihat So, kerjasama korang amat aku hargai. Terima kasih. :)
Taknak lengahkan masa, jom kita pergi kepada poll nuffnang yang aku sediakan di sebelah kanan blog aku. Ada 3 tinjaun yang aku buat.
Pertama, adakah pengunjung blog aku ini lelaki atau perempuan ?
Kedua, berapakah usia pengunjung blog aku?
Ketiga, apakah yang dikehendaki oleh pengunjung blog ni ?
Jom, check local listing.
************
First, aku tunjuk korang apa yang aku dapat dari poll tentang jantina pengunjung blog aku ni.
Pertama - 69 % - Wanita
Kedua - 30 % - Lelaki.
Ada pelbagai andaian yang aku cuba buat.
Pertama, mungkin lelaki kurang gemar menjawab poll sebegini berbanding wanita.
Kedua, kaum wanita lebih banyak memonopolikan industri blogger ni.
Ketiga. pendapat korang ?
Apa - apa pun, thanks pada korang semua yang menyokong blog ni. takda lelaki, perempuan tak boleh hidup, tanpa perempuan, lagilah lelaki tak boleh hidup.
Yang kedua, jom kita check sama - sama berapakah usia pengunjung blog ni.
Pertama - 61 % -18 - 21 tahun
Kedua - 19 % - 22 - 25 tahun.
Ketiga - 16 % - 13 - 17 tahun.
Keempat - 2 % - 25 tahun ke atas.
Secara overall, aku rasa hampir semua usia pernah datang melawat ke blog ni. Bagus -bagus.
Last, daripada analisis aku. Apa yang korang sebenarnya nak dari aku ialah.
Pertama - 50 % - Informasi terkini
Kedua - 33 % - Agama
Ketiga - 11 % Berita aneh dan pelik.
Keempat - 5 % - Gosip - gosip.
Aku akan usahakan apa yang korang minta ni, insyaAllah.
Last but not least, rajin -rajinlah membuat blogwalking ya.
Kata orang tak kenal, maka tak cinta.
Kenal je ngan aku, cinta tu....... Walla~
Monday, 20 December 2010
Keistimewaan ayah kita, ayah dia ?
Salam,
Errkkk... Alhamdulillah, kekenyangan pula selepas menyantap roti canai dan sambal air tangan dari my mom. Memang terbaik. Betullah kata orang, masakan mak juga terbaik. Kan ? Untuk post kali ni, aku bukan hendak bercakap tentang mak, maknyah apatah lagi nenek mahupun atuk, kecuali seorang hero malaya ini. Ayah !
Baru - baru ni, aku ditegur oleh salah seorang kawan aku kerana banyak menulis artikel mengenai para wanita. So, aku pun terfikir juga, betul juga kata kawan aku tu. Kalaulah aku asyik menulis tentang wanita, bila masa aku nak menulis tentang lelaki pula kan? dan paling penting, aku akan dituduh mempergunakan blog untuk membodek para wanita ni. Oh ! tidak. Maka atas sebab itu, aku cuba menafsirkan keistimewaan seorang ayah, seorang lelaki. Jom check local listing !
****************
Suatu ketika, ada seorang anak wanita bertanya kepada Ayahnya. Dia bertanya kerana tanpa sengaja dia melihat Ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkedut dengan badannya yang semaking membongkok, disertai dengan batuk batuk kecil.
Anak wanita itu bertanya pada ayahnya,
"Ayah, mengapa wajah Ayah kian berkedut dean badan Ayah semakin hari semakin membongkok?"
Ayahnya menjawab.
“Sebab aku Laki-laki.”
Anak wanita itu berguman,
”Saya tidak mengerti.”
Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak wanita itu, lantas menepuk nepuk bahunya, kemudian Ayahnya mengatakan,
“Anakku, kamu memang belum mengerti dan faham tentang lelaki.”
Demikian bisik Ayahnya, membuat anak wanita itu semakin kurang faham. Kemudian anak kecil itu menghampiri Ibunya lalu bertanya,
”Ibu mengapa wajah Ayah menjadi berkedut dan badannya semakin membongkok? yang peliknya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit.”
Ibunya menjawab,
“Anakku, jika seorang lelaki yang benar benar bertanggung jawab terhadap keluarga itu memang akan menjadi sedemikian.”
Hanya itu jawapan si ibu. Selepas beberpa tahun, anak itu kini menjadi dewasa, tetapi dia masih tidak faham tentang jawapa ayah dan ibunya dahulu. Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimat yang menjawab segala persoalaannya selama ini.
“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, tenang dan terlindung. “
“Ku-ciptakan bahunya yang kuat untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus kuat juga untuk melindungi seluruh keluarganya. “
“Ku-berikan kemahuan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kelaparan, walaupun seringkali dia
mendapatkan rungutan dari anak-anaknya.“
“Ku-berikan ketabahan dan kecekalan yang akan membuat dirinya pantang menyerah. Demi keluarganya, dia merelakan kulitnya ditujah panasnya matahari, demi keluarganya, dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan disirami hujan dan hembusan angin, direlakan tenaga kudratnya lelah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.”
“Ku-berikan kesabaran, ketekunan syang akan membuat dirinya selalu berusaha memdidik dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya. “
“Ku-berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam pelbagai keadaan dan situasi , walaupun kadang kala, anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Sebenarnya, perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa tenang pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta perasaan itulah yang memberikan ketengan saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi & mengasihi sesama mereka.”
“Ku-berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan kepadanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, saling melengkapi serta saling menyayangi.”
“Ku-berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup dalam keluarga bahagia dan badanya yang membongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya demi kelangsungan hidup keluarganya. “
“Ku-berikan kepada Lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang keluarga, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggung jawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”
Terbangun anak wanita itu, segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri anak wanita itu memeluk kaki ayahnya dan mencium telapak tangan Ayahnya.
” Aku mendengar dan merasai bebananmu ayah..."
Jadi, selagi mana korang rasa ayah korang masih hidup, maka hargailah dia sebaik-baiknya.
Bagi yang telah pergi, korang doakanlah dia semoga di tempatkan di kalangan orang- orang yang soleh. Ameen.
Last, bagi yang ayah dia tidak sebagus ayah lain, bersyukurlah korang, kerana tanpa dia dan mak korang, korang takkan dapat baca blog aku ni. Walla~
Saturday, 18 December 2010
[ Match ] Malaysia Vs Vietnam - Part 2
Salam,
Wah, akhirnya Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir sejak 14 tahun yang lalu yakni pada edisi pertama lagi Piala Suzuki ini dipertandingkan. Tahniah aku ucapkan. :)
Ternyata corak bertahan dan serangan balas yang digunakan oleh K. Rajagopal berjaya membawa Malaysia menamatkan kemarau tahun 14 ke perlawanan akhir.
Walau bagaimana pun, Malaysia tidak boleh cepat berpuas hati kerana lawan mereka di peringkat akhir nanti mungkin merupakan pasukan yang telah berjaya memalukan mereka seawal pusingan pertama lagi iaitu Indonesia dan boleh jadi pasukan 'underdog' iaitu Filipina.
Terpulanglah kepada kebijaksanaan jurulatih K. Rajagopal bagaimana cara melatih pasukan Malaysia dan kesungguhan para pemain sendiri menggunakan peluang sewaktu bertemu antara kedua pasukan ini di final nanti.
Laluan kedua- dua pasukan.
Malaysia 2 - 0 Vietnam
Malaysia 0 - 0 Vietnam
Malaysia layak dengan agregat 2 - 0.
Laluan kedua -dua pasukan.
Filipina 0 - 1 Indonesia
Indonesia ? - ? Filipina.
Rasanya tiada masalah bagi pasukan Indonesia kan??
Sama - sama kita sokong peningkatan bola sepak negara kita. :)
Thursday, 16 December 2010
6 Penipuan Kafir Barat !
Salam,
Letih. Letih. Letih. Huhu. Dah lame dah aku tak buka dan jenguk aku punya formspring. Bila aku buka semula, hampir berpuluh soalan yang tertunda dan tunggu dijawab. Maaflah ya semua. Aku ni jenis jarang sangat - sangat nak online formspring. Online pun bila aku teringat. By the way, ramai yang hantar emel kat aku. Suruh aku huraikan macam-macam persoalan. Ada suruh huraikan pasal cinta, pasal yakjuj ma'juj, pasal peristiwa 2012 dan banyak lagi.
Ada gak yang suruh bagi tips nak naikkan follower, up traffic, dan tak kurang yang tanya pasal latar belakang diri aku. Trimas aku ucapkan. InsyaAllah, kalau ada mood, dan ada kelapangan masa, aku akan cuba rujuk pada ustaz - ustaz yang aku kenal, dan huraikan persoalan korang satu persatu ya. InsyaAllah. Berkaitan dengan up traffic tu, aku syorkan korang pergi pada blog-blog otai macam blog sutera blogger, dan ada beberapa blog lain yang lagi hebat dan mantap dari aku. :) Tanye jelah kat diorang, akan berjawab punya k? Bukan aku tak nak beri tips, cuma aku rasa aku ni tak pandai dan hebat sangat.
Anyway, today, aku just nak berkongsi pengetahuan aku tentang 6 benda yang korang kena tahu tentang propaganda kafir barat ni. 6 benda ni lah yang menjadi kebiasaan kita sehari- harian.
Jom check !
1. Dalam buku biologi mengatakan, kalau kita nak dapat vitamin B atau nak tambah darah, kita kena makan hati ayam.Tapi sebenarnya, dalam islam dan nabi sendiri tak menggalakan kita makan organ dalaman haiwan. Kenapa?Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di United Kingdom yang Yahudi ,ketika mengajar, semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, dan ia sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan orang Melayu kita juga yang ketagih minum.
6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal nij juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. Aku pun sebenarnya suka sangat minumsoya ni. Aduhai, dah kena kurangkan sekarang.
So, aku dah bagitahu korang, apa yang aku tahu. Aku just berkongsi je. So, sama-samalah kita boikot barangan keluaran kafir ni. Bagi aku, kalau nak sangatlah.
1. Derma je darah untuk gantikan arah yang baru.
2. Kopi Goji, Lasindah cafe, dan kopi cap telvisyen, memang faveret aku. Cubalah.
3. Kalau taknak makan kambing, makan daging unta. Sedap gak. Mahal sikitlah.
4. Kurangkan Mcdonald, pergilah KFC, (Kelantan fried chicken)
5. Minum radix cola, support Hpa.
6. Susu gak terbaik. Korang minumlah. aku syorkan susu kambing hi goat. Memang terbaik !
Wednesday, 15 December 2010
[ Match ] Malaysia Vs Vietnam
Salam,
Yeah ! Akhirnye, selesai menyaksikan match antara malaysia dan vietnam. Berjaya gak team Malaysia kalahkan Vietnam. Kirenye malaysia berjaya membawa bekalan selesa ke Stadium Mydinh kat Vietnam. Tak nak bebel panjang, jom kite tengok laluan kedua-dua pasukan sebelum bertemu di separuh akhir.
Vietnam.
- Kalahkan Myanmar ( 7 - 1 )
- Kalah dengan Filipina ( 0 - 2 )
- Kalahkan Singapura ( 1 - 0 )
Malaysia.
- Tewas dengan Indonesia ( 5 - 1 )
- Seri dengan Thailand ( 0 - 0 )
- Kalahkan laos ( 5 - 1 )
Separuh akhir pertama.
Malaysia 2 - 0 Vietnam
Separuh akhir kedua
Malaysia ? - ? Vietnam.
So, selaku rakyat malaysia, jom la kite sokong sama - sama kemajuan bola sepak negara kita yang semakin merundum sekarang. Mudah- mudahan, dengan kejayaan di Piala Suzuki ni, satu permulaan kepada siri kejayaan bola sepak negara. Walla ~ :)
Pepatah common : Majulah sukan untuk negara. Hehe
Monday, 13 December 2010
[ Match ] Manchester VS Arsenal !
Salam,
Huarghhhh !! Ngantoknya mate aku ni. Baru je selesai solat subuh, dah mengadap laptop kesayangan ni. Walla. Actually, aku tak tidur lagi dari malam tadi gara- gara semangat tersangat-sangat nak tengok match pasukan faveret aku lawan. Nasib baik menang ! Kalau tak, sia-sia jek.
Hari ni, aku agak busy sikit. Pukul sepuluh pagi nanti, kene drive pergi seremban2,jaya jusco. Kawan aku nak pinjam hardisk pulak. Balik, ada kawan ajak teman pergi pekan port dickson ni, nak cari sponsor baju pulak. Ponat den. Haha.
Pagi yang sejuk, mulut yang membeku. Aku terus pergi pada post match tadi k? Ni apa yang aku nampak. Korang punya mata dan aku punya mata berbeza, harap korang tak sanggah apa yang aku cakap. ok ? :)
Post Match.
- Anderson main dengan agak bagus. Walaupun ada ura-ura yang dia akan dijual dan dipinjamkan, tapi sejak skor masa lawan Valencia hari tu, aku rase dia ada potensi untuk menyerlah. Ingat ! Position dia attacking midfielder, bukan defensif.
- Park Ji sung agak keletihan. Aku tak tahu kenapa, tapi skor yang dia buat sedikit sebanyak menutup aksi kurang bertenaga dia. Gol ? Yup, gol nasib. Tapi nasib pun main peranan dalam apa - apa game kan ?
- Arsenal bermain dengan agak agresif, dapat dilihat dengan arshavin, chamakh, nasri dan song dilayangkan kad kuning.
- Nani bermain dengan bagus, cuma aksinya terbatas apabila dikawal ketat oleh clichy. Yup, tapi selepas separuh dalam separuh masa kedua, clichy agak kepenatan mengawal nani. Sehingga manchester berjaya mendapat penalti.
- Rooney bermain dengan sangat sangat baik ! Cuma aksinya sedikit tercalar apabila gagal menjaringkan penalti.
- Rafael bermain d bahagian pertahanan kanan dengan sangat berkesan. Gerakan yang dilakukan arshavin disekat berkali-kali hinggakan arshavin dikeluarkan.
- Arsenal perlu mendapatkan seorang keeper bertaraf dunia sekiranya hendak memenangi liga perdana inggeris.
- Rooney agak kesorangan bermain di hadapan, sekiranya digandingkan dengan berbatov, mungkin akan ada sedikit kelebihan di bahagian depan.
- Gandingan mantap Ferdinand dan Vidic menyukarkan pemain arsenal melakukan gerakan dan hantaran pendek seperti yang diterapkan oleh arsene wenger.
- Kemasukan walcot dan van persie agak lewat. Seharusnya, walco dimasukkan lebih awal mengasak di bahagian kanan.
Apa-apa pun yang aku cakap ni, sekadar dari permerhatian mata kasar aku. Korang rasa tak betul, kita boleh discuss sama - sama. :)
Nak tengok highlight match ? Datang kat link ni Manchester Vs Arsenal . :)
Dah - dah, aku ngantok, aku nak tidur. Jadi kelawar lah aku. Aha. Nyte. Salam.
Gemok sangat? Nak Kurus?
Salam,
Huhu, kali ni aku terawal pulak nak update. Rasa semakin rajin pulak bila blog aku ni makin ramai orang datang. Seronok? Jangan cakaplah. Teruja aku. Bila aku flashback semula, awal - awal pembabitan aku dalam arena blog ni, aduhai. Tiada idea, tiada follower, tiada kawan. Aku tulis, aku baca sendiri, aku tulis, aku komen sendiri. Haha. Aku malas nak bebel panjang-panjang kali ni. Banyak lagi entry yang aku nak update lepas ni.
Topik hari ni, aku just nak korang taw beberape tips untuk kuruskan badan. Walaupun BMI aku hampir kepada 23 lebih, haha. Aku tetap bersemangat nak kongsi tips- tips dengan korang gak, aku tulis, aku praktikkan. Korang baca, korang amalkan k. Jom, check local listing !
First
Tetapkan matlamat korang untuk jadi kurus perlahan-lahan.
Biasanya benda ni korang ley target, macam mane nak kawal pemakanan korang. Atleast setiap minggu,ada penurunannye. Tak kisahlah sikit atau terlalu sedikit, yang penting menurun.
Kedua
Tak payah nak guna ubat -ubatan. Semulajadi kan lebih bagus.
Yang ni, korang jangan sesekali berani ambil apa-apa ubat-ubatan yang menipu tanpa kebenaran pihak doktor k.
Ketiga
Elak makan makanan ringan pada waktu malam.
Biasanya orang-orang macam aku ni, bila tengok TV waktu malam,mulut mesti nak mengunyah. So, aku kenelah kurang makan jajan- jajan ni, elok lebih banyakkan makan buah.
Keempat
Tetapkan masa makan yang sesuai.
Kalau boleh masa makan hendaklah fixed dan tak beubah-ubah. Ni yang malam bawak ke pagi, pagi bawak ke petang. Manalah tak buldozer . (aku lah tu)
Kelima.
Makan guna pinggan yang saiz S, bukan pinggan saiz L.
Keenam.
Lakukan aktiviti yang elakkan dari teringat makanan.
Ala, korang yang pernah putus cinta tu mesti senang. Caranya sama je, lupakan kekasih lama, lupakan makanan. Aha.
Ketuju
Rehat dengan secukupnya.
Yang ni, korang kene pastikan rehat secukupnye, bukan terlebih cukpu. Ada paham? So, baca betul-betul, jangan salahkan aku kalau korang bertambah berat badan k.
Tu tips dari aku. Ohye, ni ada satu tips yang kalau korang rase tips-tips tadi tu membebankan. Haha. Dengan gelak,korang leh jadi kurus. :D
Tak percaya? Jom layan video ni.
Jom ramai- ramai gelak ! Hahaha.
Sunday, 5 December 2010
5 "F" yang perlu kita take note !
Salam,
First, aku nak ucap maaf berbanyak-banyak maaf kepada semua pengikut setia blog ni. Kenapa aku mintak maaf? Actually, aku agak lambat mengpost entry terbaru, lambat daripada apa yang aku jangkakan. :) Maaf sangat-sangat. Al-maklumlah, aku masih dalam exam week. So, mood aku pun masih ada lagi saki baki mood study walaupun kebanyakannye aku memang dah buang sendiri. Ohye, bila sebut pasal exam ni, aku dah hampir settle jawab semua paper. Cuma tinggal lagi satu paper lagi hari rabu ni. Doakan ea. Lepas tu, aku akan enjoy dengan sebenar-benar enjoy. Haha. Just untuk sebulan je. Then, nak or tak nak, terpaksa gak naik study semula. Itulah? Asam garam seorang student. (skema lak ayat ni, Haisyh )
Untuk entry kali ni, aku taknak bebel panjang-panjang. Kata orang, biar ringkas, asal padat. Actually, post kali ni, aku just buat kesinambungan dari post terdahulu. Korang baca tak ? Kalau tak baca, nah, bacalah. KLIK SINI Kenapa? bila aku fikir-fikir balik, kenapa zaman sekarang makin ramai muda mudi yang akhlaknye makin kurang. Adakah sebab "bab akhlak dalam buku agama tingkatan satu sampai tingkatan lima tak cukup padat isinya"? atau pun "memang salah parents yang tak beri didikan akhlak? " Hmm. Apa-apa pun, aku nak korang semua berwaspada dengan lima F yang aku akan cakap ni. Be careful k?
First !
FACEBOOK.
Bagi aku, facebook ni ibarat parang bermata dua. Satu mata yang sangat tumpul yang boleh membawa kepada kebaikan, dan mata yang sangat tajam, di mana boleh membawa kepada kemudaratan. Banyak masalah yang dulunya tak boleh dan tak mungkin terjadi, tapi akan dan boleh terjadi bila kita gunakan facebook. Korang tahu kan? By the way, tak semua perkara yang kita gunakan dalam facebook yang bersifat negatif. Dengan adanya laman sosial ciptaan mamat zuckerberg ni, aku masih boleh menambahkan bilangan kawan, membuat jejak kasih (bukan awek lama, tapi kawan lama) dan bermain farmville, mafia war yang boleh hilangkan stress terutamanya time-time exam. Bagus gak kan?
Kedua !
FASHION.
Bab ni memang aku lebih suka tekankan kepada gadis-gadis tak kisahla gadis gadis "semasa" ataupun "sewaktu" dengannya. Dengan fashion ni lah, bila aku keluar pergi mana-mana shopping complex, mata aku tak senang. Asyik bergerak-gerak je. Secara tak langsung, anggota badan aku yang lain pun turut bergerak. Aduhai. Uit gadis-gadis, aku ingatkan korang ni. Surah Al Ahzab : 59.
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”
So,korang tahu kan fashion terbaik untuk diri korang? Kalaulah semua pakai beradab, mesti mata aku tak nakal. Bukan mata aku je, bahkan mata-mata orang lain yang bernama lelaki pun akan duduk diam. Ia akan duduk diam tanpa berkata-kata sehingga dia bertemu dengan yang? Halal. :)
Ketiga !
FOOD.
Hari ini, kita boleh nampak berapa banyak kedai or restoran yang jual makanan haram secara terang-terangan dan kita sendiri boleh nampak betapa ramainya orang islam yang "slumber badak" masuk dalam restoran-restoran tu walaupun tahu restoran tu tak halal. Uit pakcik. Uit abang. Aku bagitahu korang ni.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.”(Hadis riwayat Muslim).
Barang-barang yang bersih? Korang tahu sistem penyembelihan ayam,itik, unta, kambing, lembu kat kedai yang tak halal tu macam mana?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Korang dah besar. Fikirlah molek-molek.
Keempat !
FOTO.
Zaman sekarang dengan gambar pun, secara tak langsung menyebabkan akhlak korang semakin lama semakin teruk. Oh tidak ! Dulu foto diambil untuk di jadikan kenang-kenangan, tapi sekarang? Foto ni gak ada kaitan dengan facebook tadi. Korang ambil gambar dengan tudung di tangan, so, dosa korang yang ditengok tu berantai-rantai panjangnye. So,hati-hatilah. Karikatur nabi lah, itulah, inilah. Akhir zaman. teruk-teruk.
Kelima !
FILM.
Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu, kalu dulu filem hitam putih. Sekarang ni, kalau pakai televisyen hitam putih, first impression orang pada korang mesti korang ni berjiwa patriotik yang tinggi. Dengan peredaran zaman nilah, filem-filem sekrang lebih bertenaga, lebih masyuk, lebih sedap, lebih mantap dari dulu. Dengan kelazatan filem-filem macam ni lah,korang akan terus hanyut dengan khayalan dunia. Ish3.
Last but not least, apa yang aku tulis ni, aku nak ingatkan korang dan? diri aku sekali. Aku adalah aku, korang tetap korang, dan mak aku tetap mak aku. Masing-masing ada peranan sendiri. So, korang pikirlah k? Aku dah fikir, dats why aku tulis. Korang ada pandangan? Korang share dengan aku. Kata cikgu aku kat sekolah dulu, "lima otak lebih bagus dari satu otak". Lagi banyak otak,lagi bagus. Huhu.
Sekadar itu je, Jumpe lagi lain kali. Chow~
Aku tak paham ape plan ni, tapi aku nampk 5F jek. Haha.
Subscribe to:
Posts (Atom)