Tuesday, 18 May 2010

Cara meluahkan cinta yang betul?



Salam..

Soalan : saya menyukai seorang wanita dan dia juga menyukai saya. tetapisaya tidak bercinta sebagaimana yg dilakukan oleh golongan remajasekarang. masing-masing tahu akan isi hati tetapi tidak pernahmeluahkannya..mengikut pandangan islam bagaimana islam menetapkanperhubungan antara seorang lelaki dan wanita yang saling menyukai?

Jawapan;

Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumlah dalam diri setiapmanusia. Namun perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yangdiizinkan Syarak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan(yang bukan mahramnya), hendaklah perasaan itu diterjemahkan melaluiakad perkahwinan. Jadi, berjumpalah dengan wali wanita yang saudarasukai itu dan pinanglah ia untuk dijadikan isteri yang sah.

Janganterjemahkan perasaan suka/cinta itu melalui hubungan percintaan(sebelum berkahwin) sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang hariini kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati,menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepadazina.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Tidak akutinggalkan selepasku fitnah yang paling merbahaya ke atas lelakimelebihi fitnah dari wanita” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Usamahr.a.)

Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud);“Tidak terlihat oleh dua orang yang saling menyintai seumpama (cintayang lahir dari) perkahwinan” (HR Imam Ibnu Majah dan al-Hakim dariIbnu ‘Abbas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Al-Jami’as-Saghier; hadis no. 7361)

Menurut Imam at-Thibi; hadis ini bermaksud :  "apabila seorang lelakimelihat kepada seorang wanita dan hatinya menyintainya, lalu iamengahwini wanita itu, maka dengan perkahwinan akan bertambah kuatlahperasaan kasih itu."
Ulamak-ulamak lain berkata " ubat paling besar yangdapat mengubati perasaan cinta ialah berkahwin." (Faidhul-Qadier, hadisno. 7361)

Wallahu a’lam.

p/s : aku juga sedang bercinta..=) peringatan untuk kita bersama..

2 comments:

  1. kamu pula bagaimana?
    menunggu juga kad jemputannya.

    ReplyDelete
  2. haha..insyaAllah..akan diberitahu 6 or 7 tahun dari sekarang~=)

    ReplyDelete