Wednesday, 30 June 2010

6 jenis perempuan yang perlu difikir untuk dijadikan isteri ?

Photobucket



“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.”

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali

Tutorial : Mendownload Video dari facebook?

Salam,

Untuk pertama kalinya, Encik terompah akan membuat tutorial sendiri. Hehe. Tak sangka-tak sangka. Dulu belajar, sekarang kata orang bolehlah sikit-sikit nak mengajar. Lagipun, aku masih rasa diri ini perlukan banyak bimbingan lagi dari senior-senior blogger ni.Huhu.

Yes! Untuk tutorial julung-julungnya ini, aku ingin berkongsi cara-cara untuk mendownload video daripada facebook menggunakan pelayar Rubah Api (Mozilla Firefox). Caranya tidak begitu sukar pun. Kenapa perlu adanya tutorial ini? Sebab, bagi situasi seperti aku, bila ada kawan-kawan yang mengupload video dalam facebook. Aku hanya mampu melihat semasa membuka facebook,tak dapat nak tengok bila dah offline. So,dengan adanya add on ni, masalh-masalh seperti itu akan selesai dengan amat mudah..(^^,)

Ini langkah-langkahnya.

Cari add-on Greasemonkey pada rubah api.


CARI AD-ON GREASEMONKEY


Pasang Greasemonkey

 INSTALL GREASEMONKEY



Cari dan pasang script untuk greasemonkey ini.

SCRIPT VIDEO FACEBOOK


FACEBOOK VIDEO

Setelah selesai install, downloadlah apa-apa video yang anda suka.


Selamat mencuba..!!

 P/S : Semua benda ada pro dan kontra, maka aku bersangka baik pada video yang korang nak download..Walla~

Tuesday, 29 June 2010

Kebenaran di sebalik World Cup 2010


Salam,


Petikan daripada Bradokapak


Sekarang kita tinggalkan millatfacebook dan segala lelucon mengenainya. Kita bicara kembali mengenai Fifa World Cup yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Antara soalan atau kata-kata yang sering kita dengar ketika musim bola:

“Kau sokong Negara mana? Aku sokong Jerman. Tahun ni aku yakin Jerman menang punyalah!”
“Malam ni jom lepak NZ Curry House, kita tengok Jerman lawan Australia ramai-ramai. Mesti best punya lah. 
Nanti kalau Jerman menang aku belanja kau makan”

Pasti anda pernah terdengar suara-suara seperti itu bukan? Ok, kita teruskan bicara.

World Cup 2010 pujaan dunia sudah pun bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri mengakui yang saya juga turut menontonnya, dan saya memang menyokong pasukan Jerman. Itu pun sebab pemain-pemain mereka yang hebat-hebat. Apapun, yang penting adalah dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan THH ketika dunia tertumpu pada Afrika Selatan.


(Ini adalah gambar bola sepak yang digunakan dalam kejohanan World Cup 2010. *Jahbulon adalah tuhan ritual Masonic paganisme)
Sekarang kita lihat pula poster rasmi untuk Fifa World Cup 2010 ini.



Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.
Jadi, kepada anda diluar sana yang menggunakan poster World Cup ini sebagai ‘wall photo’ di facebook anda atau ‘profile picture’ di myspace anda, maka tukarlah ia. Ada sesuatu yang lebih menarik. Anda boleh ‘copy’ gambar dibawah untuk kegunaan anda. Dipersilakan.


(Ayat 'FIFA' untuk tahun 2010 adalah 'Fight Israel Free Al-Aqsa')

P/S : Hehe..smart kan gambar bawah ni..Ketiga-tiga artikel terkini merupakan artikel yang perlu dibaca oleh umat islam..!


Kebenaran di sebalik Sukan Olimpik 2012


Petikan sambungan daripada Bradokapak

Salam,

Sekarang kita tinggalkan cerita mengenai World Cup ini. Mari kita masuk cerita mengenai sukan Olympics 2012. Memandangkan sukan ini belum berlangsung, maka saya hanya akan ulas serba sedikit sahaja. Selebihnya, kita perlu nantikan ia berlangsung dahulu atau anda juga boleh lakukan kajian mengenainya.






Sekarang mari kita tonton video pula.





2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Syeikh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.
Sekarang lihat pula logo bagi sukan Olympics 2012 ini.


Jadi saya kita anda semua sudah tahu apa disebaliknya, tidak perlulah saya huraikan dengan mendalam. Jangan kita ditipu hidup-hidup sudahlah. Sekarang ni banyak orang bercakap hal-hal konspirasi, tetapi disebalik kata-katanya itu terselit konspirasi yang telah dirancang secara teliti. Dan ianya pula dibiayai oleh pihak-pihak tertentu bagi mencari sesuatu.
Tetapi ingat! Perancangan Allah adalah meliputi segala perancangan! Dan Allah lah sebaik-baik perancang! Tipu daya kaum kuffar dan pengikut-pengikut mereka akan jatuh juga satu masa nanti!
Setakat ini sahaja dahulu catatan daripada saya, saya juga sedang sibuk melakukan satu kajian mengenai sejarah, jadi jika ada mana-mana pihak yang sudi tampil membantu, dipersilakan. Maaflah kalau teratak saya ini tidak di’update’ selalu.
"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam...”..

P/S : Berpegang teguhlah dengan Al=Quran dan As_sunnah..






Cara mengetahui tentang kebenaran Millatfacebook ?


Salam,

Sebelum ni, aku pernah siarkan tentang kebenaran di sebalik Millatfacebook kan?
Huhu, cuma tidak tunjukkan cara untuk membuktikan kebenarannya. So,untuk entry kali ni, bagi sesiapa yang beilmu dan berakal,dan mempunyai kemahiran berfikir dengan baik. Jom, kita check sama-sama, cara sebenar untuk membuktikan tentang Millatfacebook yang dicanag-canang sebagai hasil tangan orang islam..

Kenapa Millatfacebook disyak wasangka sebagai propaganda orang yahudi?
Seperti yang kita ketahui, Millatfacebokk diwujudkan atas sebab sebuah society dalam facebook telah mengadakan satu hari melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W..( laknat yahudi )
Persoalannya..

* Mengapakah terlalu pantas mfb tersebut wujud? Baru satu hari fb lakukan ‘Hari melukis Muhammad’ tapi mfb sudah siap dicipta? Hebat betul pereka mfb ini? Atau dia sudah menjangkakannya dari awal lagi?

* Kalau sudah menjangkakannya dari awal, mengapa server mfb tersebut terlalu lambat? Setiap kali saya menjejakkan kaki ke mfb, pasti akan ‘page loading’ berjam-jam.

* Dan mengapa Facebook.com tidak mengambil tindakan terhadap pereka mfb ini? Kerana pereka mfb ini telah mencuri hak cipta fb dengan meletakkan facebook pada jenama mereka. 

* Pada sekitar 3 hari mfb diwujudkan, satu ‘quote’ telah muncul di muka hadapan mfb yang berbunyi “If Facebook can reach 1Thousand Million followers, We at Millatfacebook also can! Yes, We Can!”
Apakah itu “Yes, We Can!”?? Aku rasa anda sudah tahu apa jawapannya.

Seterusnya, kita tinggalkan huraian nama mfb ini, sekarang mari kita trace IP Adress mereka. Kita jejaki dari mana ia berasal? Adakah ia sama seperti facebook? Adakah ia juga milik Amerika/CIA? Mari kita lakukannya. Anda juga boleh melakukannya bersama-sama saya.


Cara-caranya:
1)  
Pe
Pe  Pergi ke Start Menu, kemudian klik pada Run…
2)  Taip ‘cmd’ pada ruangan komen untuk Run …
3)  Kemudian akan muncul satu kotak berwarna hitam
4)  Taipkan ‘ping millatfacebook.com’ pada ruangan yang terdapat dalam kotak hitam tersebut. 
      Dan tunggu beberapa saat. Anda akan dapat hasilnya.
5)  Hasilnya akan kelihatan seperti ini atau mungkin lain sedikit:
Microsoft Windows [Version 5.1.2600]
Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.

C:\Document and Setting\kapak>ping millatfacebook.com
Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=51
Ping statistics for 204.61.223.84:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 329ms, Maximum = 352ms, Average = 381ms
C:\Document and Setting\kapak>

6)  Seterusnya 'copy' Ping Statistics (IP Adress) tersebut dan 'paste'kan di http://www.ipaddresslocation.org/ip-address-tracker.php
7)  Anda akan dapat hasilnya! Dan hasilnya akan kelihatan seperti ini:

IP Address Finder

IP Address:204.61.223.84
Hostname: node-lb0.millatbook.com
IP Country: United States

IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: Texas
Guessed City: Friendswood
IP Latitude: 29.5141
IP Longitude: -95.1903
Organization: Lakota Data Center LLC
ISP Provider: Lakota Data Center LLC

8)  Sekarang lihat hasilnya. Sudah dapat apa yang saya cuba sampaikan?
9)  Ok, sekarang kita trace Ip address bagi facebook.com pula. Lakukan cara no1 – 7 semula. Dan anda akan  dapat hasilnya seperti berikut:

IP Address Finder

IP Address: 69.63.189.11
Hostname: www-10-01-ash2.facebook.com
IP Country: United States

IP Country Code: USA
IP Continent: North America
IP Region: California
Guessed City: Palo Alto
IP Latitude: 37.4429
IP Longitude: -122.1514
Organization: Facebook
ISP Provider: Facebook

http://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.pnghttp://maps.gstatic.com/intl/en_ALL/mapfiles/transparent.png
Quote dari Indonesia:
NB: Untuk millatfacebook.com ternyata nggak punya hosting sendiri, tapi beli di Lakota Data Center, LLC, Perusahaan web hosting punya Amerika, tepatnya di Texas.. (sama aja bohong, kalaupun buatan orang Pakistan, databasenya juga masuk ke Amerika/CIA) Kalau anda udah membikin grup atau situs kecil didalam millatfacebook, lalu anda dedahkan gerakan anda atau apa-apa tentang Islam, ternyata anda sudah ditipu, dan orang yahudi dan amerika ini sudah mendapat untung darinya dengan menipu anda…
-Ini hanya trik sederhana untuk mengetahui Negara asal penyedia situs tersebut. Percaya atau tidak, itu tergantung teman- teman. Mungkin ada tambahan?
 
Bagaimana? Masih percaya millatfacebook berasal dari Pakistan? Sampai sekarang pun aku tidak tahu siapa yang mendirikannnya, aku hanya tahu bahawa ia berasal dari US, hanya berbeza Negara dan bahagian. Dan boleh jadi ia juga milik satu perusahaan yang sama dengan facebook.

Jadi sekarang apa solusinya?

Mungkin sebaiknya kosongkan info profil fb dan mfb anda, apapun situasinya terutama aktiviti dan organisasi kita. CIA dan Mossad sedang aktif mengumpulkan data-data peribadi untuk pencantuman data. Kita tidak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya."

"Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat islam..”

Monday, 28 June 2010

Buat yang baru hendak melangkah ke alam universiti..

Salam,

Hehe. Untuk entry kali ni,aku tak sempat nak update sendiri, tapi aku telah berjaya untuk mendapatkan persetujuan dari seorang akhi untuk menyiarkan artikel beliau. Siapa? Ni hah.. myfitri.com
Jenguk-jenguklah ea? Banyak informasi-informasi berguna kat situ. Aku tertarik untuk menyiarkan artikel ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang masih tertanya-tanya tentang persiapan dan persediaan untuk memasuki universiti ni. Sekadar perkongsian bersama, insyaAllah.




Lepas memeningkan diri dengan soalan matrik atau UPU, kini sang adik lepasan SPM nak mengorak langkah pula untuk menjejakkan kaki ke alam universiti.  Persoalan tadi dah tak melekat lagi di minda lepas puas menimbangnya dengan alat penimbang digital dengan seberat-beratnya.hehe…
Sangat gembira sang adik dalam perjalanan ke IPT yang dituju walaupun bercampur baur dengan perasaan berdebar yang menjengah di hati dan di kepala yang bersarang dengan pelbagai persoalan sampai kadang-kadang bercakap seorang diri!
Senang ke dapat kawan baru nanti?
Agak-agak nanti kena buli tak dengan senior?
Macam mana lah hidup kat sana nanti…takkan nak suruh parent datang tiap minggu pulak macam kat sekolah asrama dulu.  Bagi duitlah bawak KFC lah hantar baju kotor kat rumahlah.  Jauh kot.
Dengar kata ada charlie (kalau dapat UiTM Penang).  Kalau melekat kat muka kang memang nampak macam gangster nanti.  “Jatuh duit hantaran!” kata pensyarah CITU saya…Aiyaa…
Mana yang dapat tawaran oversea pulak jangan kata la.  Lagilah gembira walaupun kena pergi program persediaan dulu.  Macam tak sabar-sabar pulak nak ke negara atas laut tu.  Kalau boleh terus nak fly esok!
Begitulah tadi cerpenku yang tak siap.  Tapi rasanya macam tulah ‘feeling’ masa masuk universiti dulu.  Macam-macam benda masuk dalam kepala ni masa dalam perjalanan ke sana.  Tapi yang charlie tu hanyalah rekaan semata-mata sebab dah masuk UiTM Penang baru tahu pasal makhluk Allah yang seekor ni.  Kecil tapi berbisa!


Result power akan kekal sampai ke degree?



Mesti pernah dengarkan pepatah ‘hidup di dunia ni macam roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah’..lepas tu kena lenyek bila kat bawah.hehe…  Macam tu jugalah dengan result SPM.  A+ yang beratur tu tidak menjamin gemilangnya korang di universiti nanti.  Bukan nak menakutkan tapi hanya kenyataan yang bersandarkan pengalaman.
Masuk universiti macam melangkah masuk ke darjah satu sekolah rendah waktu muda dulu.  Pelajar yang melangkah masuk semuanya ‘kosong’.  Result SPM yang canggih-canggih dah boleh masuk muzium kat rumah.  Semuanya setara tanpa ada bezanya.
Kejayaan di alam yang satu lagi ni bergantung pada usaha sendiri sepanjang menuntut di unuversiti.  Ramai yang dismiss walaupun tempoh pengajian yang masih separuh berbaki.  Kalau student mechanical kat UiTM Penang masuk 500 yang tinggal masa semester 6 hanya separuh.  Sebab berhenti separuh jalan tu tak tahulah.  Masing-masing ada sebab sendiri.  Takkan nak interview sorang-sorang pulak kan?
Cuma beringatlah.  Kalau gagal sekali lepas tu kena repeat satu perkara biasa.  Sebab subjek dekat universiti bukan macam SPM.  Bila subjek susah memang susah betul cuma tak mustahil untuk melepasinya.  Bila gagal sebab subjek susah ia adalah satu perkara biasa.  Tak semua orang yang laju pick-up nya untuk memahami sesuatu yang sangat kompleks.
Tapi kalau akibat kegagalan diri sendiri mennyesuaikan diri kat tempat baru tu sendiri mau ingatlah.  Masalah culture shock lah yang selalu berlaku. Dah ramai yang jadi macam tu.  Berhati-hati sebelum terkena pada diri sendiri.  Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri  untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.  Itulah yang dipanggil kehidupan…
Selamat belajar kepada mereka yang nak masuk Diploma di universiti pilihan masing-masing hujung minggu ni.  Moga pencarian ilmu ini menjadi suatu jihad untuk kita semua menyumbang kepada agama Islam yang kita cintai.  Gunakan masa 3 tahun di sana dengan sebaik-baiknya untuk mengumpul pengalaman buat bekalan di sepanjang perjalanan di masa depan.
Perkara remeh-remeh letaklah dulu ke tepi.  Banyak lagi yang lebih penting dalam perjalanan mengejar cita-cita yang belum pasti.  InsyaAllah korang boleh buat punyalah!


Saturday, 26 June 2010

5 warna alam yang ada pada 5 waktu solat ?

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Salam,

"Syafiq..solat cepat,!dah masuk waktu ni..."
Begitulah masa aku kecik-kecik dulu.Setiap masa sentiasa perlu diingatkan untuk bersolat..(^^,)
Apa hikmah yang kita dapat di sebalik menunaikan solat ni?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Ana rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita..

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...

P/S : Mudah-mudahan aku tak pernah leka. Walaupun banyak mata memandang sinis kepada aku..






   

Filem : The Legend is Born (IP Man)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sinopsis Malay.

Untuk filem Ip Man kali ni. cerita yang disajikan tidak sehebat berbanding dengan Ip Man 1 dan Ip Man 2. yang lepas Jalan ceritanya lebih berat dan berkisar tentang perjalanan hidup Ip Man semasa muda,konflik dalam persahabatan, konflik dalam percintaan dan konflik dalam memartabatkan ilmu warisan kungfu Wing Chun. 

Filem ini mengisahkan sewaktu Ip Man masa muda. Selepas kematian tok guru Chan Wah Shun di Foshan, Ip Man telah melanjutkan pembelajarannya ke Hong Kong. Di sana dia menyambung ilmu Wing Chunnya dengan kaedah yang berlainan teori dari guru Leung Pik, yang mana telah banyak membantu menjadi ahli kung fu Wing Chun yang terbilang.Namun begitu, seketika pulangnya dia dari perantauan,kaedah baru itu mendapat tentangan daripada tok gurunya kerana menghilangkan seni gaya Wing Chun yang asli.

Sekembalinya ke tempat asalnya di Foshan, belaku pertempuran hebat antara Ip Man dengan musuh ketatnya akibat dendam keluarga dan juga melibatkan maruah negara. Filem aksi ini turut diselitkan babak menyanyat hati dengan kisah percintaan yang gagal.
-
Dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis iaitu anak kepada seorang timbalan datuk Bandar tetapi mendapat tentangan daripada bapanya.Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom! Wayang ya..(^^,)



P/S : Memang menarik! dan terbaik! Hehe..

Thursday, 24 June 2010

Gempar !! Dajal telah muncul di Khurasan INDIA!

Salam,

Inilah sebagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahwa telah muncul "Dajjal" bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadist dari Jamiu at Tirmidzi,

"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bagian timur bernama Khurasan"

Maka boleh jadi yang dimaksud Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "


Dan Sai Baba ini bisa jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?

-Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
-Menyembuhkan orang lumpuh dan buta,
-Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
-Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap,
-Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang Bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.

Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)


BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:


-Dajjal seorang laki yang berbadan pendek, gempal, berambut kerinting, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berbadan pendek dan berambut krinting.

-Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami buta di waktu muda kemudian sembuh kembali.

-Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

-Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan sekelip mata.

-Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

-Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

-Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memberitahu dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.

-Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

-Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mendakwa bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

-Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis dasarnya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

-Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

-Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

-Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk melalui berlafadz ALLAH dalam sekejap.

-Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

-Dajjal boleh berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba boleh berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

-Dajjal boleh membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

-Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit, dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

-Dajjal boleh memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai baba boleh mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

-Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

-Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

-Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari zaman banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan. 




Kesimpulan: Bahwa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan diatas adalah bagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal besar).

Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadits shahih adalah sebagai berikut :

-Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
-Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang beriman.
-Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."

Rasulullah SAW bersabda : “Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: “Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’.”(HR. At-Tirmidzi)

Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari ”

ALLAHU AKBAR! LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL "ALIYUL ADZHIM….

Sudah selayaknya kita senantiasa memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT saja. Bacalah selalu doa di bawah ini selepas shalat Fardhu, di akhir tahiyyat sebelum salam, insya Allah, kita selalu dalam lindungan-Nya.

"ALLAHUMMA INNI 'AUDZU BIKA MIN ADZABIN JAHANNAM, WA MIN ADZABIN QABRI, WA MIN FITNATIN MAHYA WA MAMAAT, WA MIN SYAHRII FITNATIN MAHSYIHIL DAJJAL"

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, kuberlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian serta kuberlindung kepadaMu dari kejahatan dan fitnah Al-Masih Dajjal”


***Konspirasi Dajal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan "berdakwah" dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Surga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah surga.

Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Shalat adalah buang-buang waktu, Alquran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan keberadaan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah didalam cerita/kisah rasul-rasul terdahulu.

Itulah sebagian sifat dari Dajjal laknatullah alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama setan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran: "Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)

Wednesday, 23 June 2010

3 Award sekaligus..siapa yang kena?

Salam,

Hehe..dah beberapa minggu agaknya aku tak mengupdate blog kesayangan aku ni. Maaf sangat - sangat sebab aku sibuk dengan kawan - kawan dan persiapan untuk memasuki universiti bulan julai ni. Wah, encik terompah akan bergelar mahasiswa. Hopefully, semuanya akan berjalan dengan lancar dan tiada gangguan - gangguan yang tidak diingini akan berlaku. InsyaAllah..

By the way, untuk entry kali ni, aku masih tak bersedia untuk menulis panjang - panjang. Terpanggil untuk menulis ni pun atas sebab aku ternampak award - award yang dihadiahkan kepada aku. untuk kali ni, aku tak ingat da berapa award yang aku dapat. Hehe. Rasanya tak adalah banyak sangat. Bolehlah, sekadar untuk blogger beginner kan.Tak payah beli rak pun untuk letak award-award lagi. Wee~


Hehe..tengok - tengok. Aku tak tipu kan? So,tanpa melengahkan masa lagi. Jom kita tengok bagaiman rupa award yang aku dapat. =)

Untuk award pertama..DUNIA NAJAH


Macam biasa,kalau ada award mesti ada soalan sekali kan.

1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Hehe..empunya blog sangat cumel.

2. Bagaimana anda digelar blog yang best dan great?
Mungkin blog yang kemas dan tidak serabut.(^^,) puji blog sendiri la ni..

Untuk award kedua.GADISKECOH


Haha..Top blogger? Wah..gempak - gempak! Ni yang buat aku semakin semangat dalam bidang blogging ni.
Nah, nak award,jawab soalan dulu. Hehe.

1- Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu?
Hehe..terompah in da house. Kenapa? Meh jenguk kat entry ni Di sebalik nama terompahcaring?

2- Apa nama url blog dan dari mana datang idea itu?
http://terompahcaring.blogspot.com..Er,masa bila  ea..er...masa...

3- Apa method dalam penulisan GadisKecoh?
Erm,santai dan lebih kepada isu-isu semasa dan agama.

4- Pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Er,tidak pernah. Huhu. Usaha keras kot nak sampai tahap macam ni.

5- Pernah ahli keluarga anda baca blog nie?
Setakat ni,hanya saudara mara sahaja. Hehe. Masih belum lagi.

6- Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik
Persepsi orang berbeza kan. Persaingan secara sihat tu Wee~

7- Bila blog anda diberanakkan?
Er, sekitar tahun 2008 rasanya. Tapi mula pandai berjalan masa tahun 2009. Lambat kan? Haha

8- Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Masa tu, rakan-rakan smka kot. Ahmad uzair dan sekutu - sekutunya.

9- Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah
Dah habis sekolah la. Huhu. Bangga kot. Yela, bukan senang nak orang sedar kewujudan blog kita ni.

Untuk award ketiga.NYNAMYSARAH


Hah! Actually untuk award ni, aku dah dapat 2 kali dah. (^^,) Sebelum ni, rasanya pernah dapat award yang sama. Walau apa pun,memang tersangat-sangat terima kasih sebab sudi bagi lagi kepada aku. Hehe. Thanx ya. Sob3. Macam menang Grammy award pulak rasanya.  Nah,soalan untuk meraih blog ini pulak.

1. Buat entri terima kasih atas award yang diberikan
Thanx ya cik sarah. Akan dikenang sepanjang hayat hidupku. Haha

2. Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri.
  • Gemar menulis terutamanya cerpen dan puisi. Hehe
  • Suka sangat-sangat bermain futsal.
  • Ayam goreng merupakan makanan paling digemari.
  • Suka menyanyi.
  • Suka mengonlinekan diri.
  • Hobi terbaru. Berminat dengan bidang photography.
  • Suka bermusafir.
Huhu.setakat itu sahaja. Oh ya, mesti korang pelik kan? Award ni tidak difowardkan kepada  orang lain. Hehe, jangan risau, aku akan forwardkan dalam entry terbaru ya. So, sentiasalah jenguk - jenguk blog ni. (^^,) 3 award sekaligus aku bagi. InsyaAllah.. Ok, got to go lah. Perut dah berbunyi. 
Chow~ Salam.

Filem : The A-team

Photobucket



Kolonel Hannibal Smith (Liam Neeson), seorang penyamar yang memimpin sepasukan untuk misi khusus. Kumpulan ini mempunyai kepantasan , kehebatan luar biasa untuk sebuah kumpulan yang sangat bersemangat. Pegawai : Templeton “Face” Peck (Bradley Cooper), ialah seorang pegawai yang sentiasa mendapat kejayaan dengan setiap apa yang dirancang. Baracas BA (Quinton “Rampage” Jaquemin), seorang pemandu yang berbadan sasa, dan HM “Howling Mad” Murdock (Sharlto Copley), seorang pilot berbakat dan berkemahiran tinggi yang berpura-pura menderita sakit jiwa. Pasukan ini (semuanya merupakan mantan tentara) telah dijebak untuk kesalahan yang tidak mereka lakukan. Mereka diburu tanpa henti oleh Kapten Charise Sosa (Jessica Biel), wanita yang pernah menjadi kekasih Face

VIDEO TRAILER DARI THE A-TEAM, KLIK DI SINI

Jenis Film :
Action/comedy
Produser :
Ridley Scott, Tony Scott, Stephen J. Cannell
Produksi :
20th Century Fox
Homepage :
http://www.ateam-movie.com/
Pemain :
Liam Neeson
Bradley Cooper
Quinton Jackson
Sharlto Copley
Jessica Biel
Patrick Wilson
Brian Bloom
Sutradara :
Joe Carnahan
Penulis :
Joe Carnahan
Brian Bloom
Skip Woods

P/S : Secara keseluruhan,memang cerita ni terbaek! Best dan menarik. Tak sia-sia aku pergi tengok kat wayang. Hehe

Filem : Kecoh Betul

Photobucket


KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Belon dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang. Mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor. Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak dalam kancah Ah Long apabila mereka meminjam duit dari mereka. Mereka terpedaya dengan iklan mendapat duit dengan cepat telah terperangkap dalam perangkap Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti mereka sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya akibat kes ragut sebelum ini. Dayana seorang gadis yang pernah diperdaya oleh teman lelakinya sendiri yang merupakan seorang pengedar pil ectasy. Aiman bertekad untuk mengubah hidup Dayana . Belon yang berminat dengan wanita berusia terpikat dengan tuan rumah yang merupakan seorang ibu tunggal, Salmah. Joe pula berusaha memikat anak gadis Salmah, Yatt@Yati yang agak kasar perwatakannya.

Kekecohan berlaku apabila mereka memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang mereka. Dayana telah diculik kerana ketiga-tiga mereka tidak berjaya melunaskan hutang.

Mampukah mereka menyelamatkan Dayana? Mampukah mereka mendapatkan wang untuk melunaskan hutang-hutang mereka? Bagaimana mereka mengatasi kekecohan ini?

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL.

Monday, 14 June 2010

Wanita dan rama-rama.

Photobucket




Salam.



Untuk entri kali ni, oleh kerana mood aku dalam mood pencinta binatang, so akucuba untuk kaitakn binatang dengan manusia. Maka terjadilah sebuah artikel macam di bawah ni.(^^,) Tak nak bebel panjang,panjang, apa kata kita baca sama-sama k..



Rama-rama ,

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi
rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan
tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan
sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di
situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.



Cubalah
tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat
di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari
anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh
angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya
lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.



Rama-rama
ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun
setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah
telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang
terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar
ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan
coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala
dia didampingi oleh suaminya.



Rama-rama terpaksa
berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri
daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang
mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa
pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.



Sulitnya
untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi
bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita
untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja,
usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah
menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda
dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul
sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.



Usah
jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi
diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak
anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan
dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan
masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan
sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah
terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia
sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu
indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu
kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda
ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.



Mahalkan
harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda
di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah
terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna
anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai
anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda
tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama
mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang
bebas bagaikan sang rama-rama.



Jadilah rama-rama yang
mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang

10 sebab wanita tidak suka bertudung.



Assalamualaikum W.B.R...

Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Agak sukar untuk saya bicarakan, kerana aku adalah lelaki...
Kurang sangat pengetahuan tentang wanita, apatah lagi untuk menegur wanita dan kaum hawa sekalian tetapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan cerita barangkali, boleh dihujahkan, dibantah malah diperbetulkan kalau tersalah. Jangan dimaki hamun sudah.

Aku mendapat e-mail daripada rakan myspace yang meminta pendapat. 
Tulisannya begini..‘ape pendapat ko klo orang kte 'wat pe pki tudung klo hati x ikhlas' n 'yg pkai tudung bukannya bek pon...'
Huhu, ayat terakhir itu, aku amat tak suka. Namun tidak mengapa, aku cuba untuk menjawab. Yang lain, bolehlah memberi pandangan.
Setelah sedikit perbincangan dengan rakan lain, aku suka untuk merujuk sebuah artikel, dan pengolahan mungkin akan mengikut gaya aku. Artikel ini bertajuk ‘ 10 Sebab Paling Top Wanita Muslim Tidak Suka bertudung'..Lupa siapa pengarangnya.. Aku ambil sedikit sahaja untuk "tatapan" umum...


 

(Kata ganti nama diri "aku" ditukar ke "saya" untuk melembutkan sedikit pembacaan)

SEBAB PERTAMA:

SAYA TAK YAKIN LAGI DENGAN APA PERLUNYA BERHIJAB(BERTUDUNG) .
Pernahkah dengar sebab yang ini? Saya pernah dengar." Tudung? What the H**L you nak I pakai tudung? Apa yang penting sangat yek? Kalau just nak jaga nafsu para lelaki, please la. Tak kuasa I..Alamakk, tolongla. Iman dalam dada, bukan pada rambut I yang canteek nie ha"
Kata-kata yang pernah terhambur satu ketika dulu, ketika menegur. Mulut sedikit memuncung-muncung tatkala mempertahankan diri beliau, intonasi bahasa sedikit beralun lembut pedih.
Betulkah beliau belum yakin?
Tatkala kita mengucap syahadah kita mengakui, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,beerti beliau telah meyakini aqidah. Muhmmad itu pesuruh Allah yang beerti beliau telah mengakui apa-apa yang dibawa oleh Muhammad adalah hukum Allah yang benar.
Jadi bagaimana pula dikatakan meyakini Allah dan Rasul tetapi tidak yakin dengan hukumnya?
Jika kerajaan mengumukan cuti umum, kita yakin dengan pengumuman kerajaan. Namun adakah dikatakan kita orang yang yakin jika tetap beriya-iya pergi kelas atau kerja?
Itu bukannya yakin, yang itu, " Bengong." Kata- kata Ustaz Abdullah,bekas pengetua SMKA Kerian.

Allah berfirman:
Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila diajak kepada Allah dan rasulnya agar rasul memutuskan Diantara mereka, mereka berkata," Kami dengar dan kami taat." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.( Surah An-Nur.24:51)



SEBAB KEDUA:

SAYA NAK PAKAI TUDUNG NIE TAPI MAK SAYA TAK BERAPA NAK BAGI.BUKANKAH MENTAATI IBU BAPA TUE WAJIB?
Pernah Tipah cakap benda ni pada sahabat saya, " Halo geng, sori la. Aku bukan taknak ikut cakap korang tapi mak aku cakap dunia dah berubah, zaman dah maju, So, aku ikut je, malas nak bantah-bantah." Oh Tipah, jawapanmu itu mensyahdukan sungguh, terharu.
Tapi Tipah Allah berfirman:
Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)
Allah fiman lagi Tipah:
Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)
Tipah, nak tanya sikit. Macamana awak boleh patuh kepada mak awak dan engkar kepada Tuhan yang menjadikan awak dan mak awak?
Oh Tipah, jangan tertipu lagi.


SEBAB KETIGA:

KEDUDUKAN DAN PEKERJAAN SAYA TAK MENGIZINKAN SAYA UNTUK BERTUDUNGLAH..
" Saya ni student engineering, susahlah nak pakai kain, tudung bagai. Leceh. Saya suka lagi pakai jeans then kenakan dengan baju t-shirt. Barulah engineer." Kawan-kawan yang sering memberikan alasan ini pada kami.
Mungkin betul, dan banyak lagi yang tak berapa nak betul.
Sebabnya, ramai je kami jumpa rakan-rakan muslimah yang cantik bertudung walaupun bekerja sebagai engineer, student engineer. Teramat ramai.
Mungkin muslimah yang ni ada terbaca firman Allah:
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dan memberinya rezki yang tidak disangka-sangka. ( Talaq, 65 :2-3)
Rakan-rakan, yang menentukan kedudukan kita di dunia ini adalah Allah kan? Allah boleh aja menjatuhkan kita daripada kedudukan kita sekarang. Jadi, jangan sombong kepada Allah.

SEBAB KEEMPAT:

PANASLAH MALAYSIA NIE,SUSAH NAK BERTUDUNG.
Mila pernah hamburkan ayat ni. " Huh panas betul Malaysia ni. Ni semua global warming la ni. Potong sana, tebang sini. Abih rosak pokok, udara, panas jadinya. Yang paling penting diorang dapat dosa juga sebab membuatkan aku tak pakai tudung, panas tau. Hehe." Mila tersebgih-sengih tatkala bercakap, senyum .
" Neraka lagi panas." Kata-kata kami tika itu, terus terdiam Mila. Muka nak nangis. " Ambik kau" Dalam hati kami, sekadar berbisik.
Allah berfirman:
Katakanlah " api neraka jahannam lebih panas ",jika mereka mengetahui ( At-taubah,9:81)

SEBAB KELIMA:

TAKUTLAH KALAU PAKAI TUDUNG TAK IKHLAS NAK BUAT APA,NANTI AKHIRNYA BUKA GAK.RAMAI DAH JADI MACAM TU.
Alasan yang ini jika diaplikasikan menggunakan logik, pasti akan lahirnya ramai manusia yang meninggalkan terus ibadah.
" Malaslah nak solat, aku tak ikhlaslah. Nanti last-last aku tinggalkan juga, buat bertambah dosa je. Buat tak ikhlas."
" Malaslah nak puasa..malaslah nak itu, malaslah nak ini..aku tak ikhlaslah.."
Amboi-amboi, ikut suka hati je yek.
Bukankah Allah menyuruh kita sentiasa berdoa agar tsabat( tetap teguh) dalam agama ini?
Sewajarnya kita berdoa dan beristiqamah, bukannya tengok orang lain buat kejap dan tinggalkan , maka kita pun terasa kita akan jadi begitu.
Jika kita terasa lemah, Allah menyuruh kita meminta tolong daripadanya dengan sabar dan solat. Bukannya minta pada pakwa, bukan juga pada yang lain. Hanya pada Allah. Lindungi daripada sifat sekejap-sekejap.


SEBAB KEENAM:

SAYA AKAN BERTUDUNG BILA ALLAH BERI HIDAYAH KAT SAYA NANTI..
" Tunggulah dulu, nanti aku dah pergi haji aku pakailah. Aku tak puas lagi nak enjoy, kau ni. Aku muda lagi, hidup hanya sekali, so kita enjoyyy." Rambut digerbang-gerbangkan, tangan pula diangkat keatas. Buat muka ala-ala puteri gitu. Rasa menyampah pun ada, tapi nak buat mecamana, kawan-kawankan.
" tapikan maut tu sentiasa hampir?" Kami bertanya.
" Hei, mulut tu jaga sikit. Aku muda lagi tau. Sihat, tubuh solid molid lagi. Jangan nak sebut-sebut mati." Marah pula kakak ni.
" Ha, tahu pula takut." Kami mengejek.
" Bukan takut, just ngeri."
Allah berfirman:
Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun ( Al -A'raf, 7:34 )
Kalau bukan sekarang, bilakah lagi? Nak tunggu, tunggulah.
Saya beritahu je.
Ada lagi alasan?
Silakan dengan alasan-alasan itu. Sebabnya nanti mulut tak akan dapat mempertahankan kita, lidah kelu tak bersuara. Yang jawab adalah anggota badan kita, kepala, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.
" Mana mungkin telinga boleh bercakap, bukan ada lidah pun kat telinga." Huh ada juga yang membantah ye.
" Pada radio dan telivisyen pun tiada lidah, bagaimana pula radio dan telivisyen boleh bersuara? Manusia mencipta keduanya, dan Allah yang mencipta menusia. Jadi jangan pelik jika ciptaan Allah berjuta kali hebatnya." Kata Ustaz Ali Tantawi.



Maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara. 

Hanya pendapat dan pandangan peribadi.
Syurga atau neraka?
Yang mana anda pilih?

P/S : Kutujukan petikan ini untuk semua wanita di luar sana. Semoge anda semua sentiasa dinaungi rahmat dan kasih sayang Allah..wee~

Di sebalik nama terompahcaring ?


Salam,

Uit3.. Haha,untuk pertama kalinya dalam tahun ni, aku cuba merungkai misteri di sebalik penggunaan nama terompahcaring ni. First of all,thanks kepada semua kawan-kawan yang asyik bertanyakan soalan tentang nama nie. Memang tak putus-putus soalan ni dari awal tahun hari tu hingga sekarang. Thanks juga sebab sudi dan setia menunggu hingga saat ini. Okeh! Taknak bebel panjang,lets check local listings ya.yeaah!

Terompah caring.. 

Terompah..

Mengikut kajian aku, aku pelih nama terompah nie sebab terompah ni maksudnya lebih kurang sepadan dengan kasut.
Tapi, bukan pasal maksud yang aku nak cakap sebenarnya.
Sebenarnya, aku nak huraikan berkisar tentang zaman terompah ni digunakan. Pada aku, terompah ni kebanyakan digunakan pada zaman dulu. Sekarang ni, agak-agak andalah, ada ke remaja-remaja kita yang nak or masih mahu gunakan terompah nie?Zaman yang mana croc, levies, teen spirit, bonia dan sewaktu dengannya. (Ish, aku pown tak nak) Sebab apa?
Bunyi benda tu tak boleh tahan.."keletak,keletuk.."

Apa kelebihan terompah ni? Kalau jumpa kawan, dari jauh lagi dia sudah  tahu kita datang. Haha..
Lagi satu, kena tahanlah kalau jalan kat supermarket. jangan hairan kalau semua mata tengok pada anda sorang. Haha.
So, sebenarnya aku pakai nama terompah nie, tujuan aku adalah untuk Popularkan semual perkataan ni.
Taknaklah perkataan terompah ni hanyut ditelan zaman. Sampai generasi-generasi baru ni tak tahu tentang kewujudan perkataan terompah ni. So, bila sampai ke blog ni, Atleast mncari juga diorang dlm kamus tu lantas digunakan dalam menulis karangan. InsyaAllah, boleh dpt A. Haha..(bergurau-bergurau)
Bagi aku kalau aku tak boleh bantu dengan memakai kasut kayu ni atas sebab mengikut fesyen peredaran zaman. Jadi, aku rasa aku boleh bantu dengan cara macam ni..kan?


Keduanya. Dalam kamus dewan mengatakan terompah bersamaan mksud dengan capal, dan capal lebih banyak digunakan pade zaman-zaman terdahulu seperti zaman nabi. Atas sebab itu juag, kenapa aku pilih name ni. Mungkin anda anggap biasa je, tatpi aku bangga sebab sekarang ni pun ada juga orang-orang islam yang prihatin dan ada idea untuk buat capal-capal baru ni. Contohnya seperti capal nabi. Bangga tu.! So, rasanye aku secara tak langsung menolong juga orang-orang ni untuk promosikan dia orang punya penjualan capal. Haha.


Ketiga dan terakhir..korang tahu tak, kebanyakan pada zaman sekarang ni, terompah banyak digunakan di mana? Yup! Betul, surau dan masjid. betul tak? So, aku rasa aku nak memartabatkan semula terompah ni mengikut zaman teknologi ni.. Aku harap dengan menerangkan di sini dapat menjawab persoalan-persoalan korng tu k? Kalau ada apa-apa yang tak puas hati atau masih musykil..
Hantar-hantarlah komen tu ya. Perkara kecik, semua boleh diselesaikan kan..
InsyaAllah..(^^,)
Salam permisi ya semua..!






   

Thursday, 10 June 2010

Millatfacebook hanyalah propaganda orang yahudi ?

Salam.

Entry kali, aku tak khususkan untuk blogger-blogger umum, tapi kepada blogger-blogger yang mempunyai kemahiran dalam seni IT ni.(^^,).
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan penciptaan jaring sosial untuk umat islam iaitu Millatfacebook.
MillatFacebook yang dikatakan dibuka oleh pakar IT dari Pakistan adalah bertujuan untuk mengumpulkan komuniti islam..tetapi baru-baru ini apabila diselidik ternyata ia adalah milik yahudi...adakah ia benar?? mari kita lihat..Ops..sebelum tu, kita jangan tuduh-menuduh, tapi,kita boleh berfikir dengan betul kan.so,sama-sama kita beri pendapat.


Pertama, untuk millatfacebook.com (double L) yang katanya dari Pakistan




Ini hasilnya setelah ping dari cmd :



Microsoft Windows [Version 6.1.7600]

Copyright (c) 2009 Microsoft Corporation. All rights reserved.

C:\Users\Free Palestine>ping millatfacebook.com

Pinging millatfacebook.com [204.61.223.84] with 32 bytes of data:

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=383ms TTL=47

Reply from 204.61.223.84: bytes=32 time=379ms TTL=47

Ping statistics for 204.61.223.84:

Packets: Sent = 2, Received = 2, Lost = 0 (0% loss),

Approximate round trip times in milli-seconds:

Minimum = 379ms, Maximum = 383ms, Average = 381ms

Control-C

^C

C:\Users\Free Palestine>



Dari sini didapat kan IP Address: 204.61.223.84



Lalu, metode selanjutnya, dengan melakukan trace pada IP Addres tersebut. Bisa Anda boleh memasukkan IP Addres nya disini

Dan berikut hasilnya:



IP Address: 204.61.223.84

Hostname: node-lb0.millatbook.com

IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: Texas

Guessed City: Friendswood

IP Latitude: 29.5141

IP Longitude: -95.1903

Organization: Lakota Data Center LLC

ISP Provider: Lakota Data Center LLC



Kedua, dengan metode yang sama, untuk milatfacebook.com / joinpk.com (L nya satu)



Berikut hasilnya :



IP Address: 64.202.189.170

Hostname: pwfwd-v01.prod.mesa1.secureserver.net

IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: Arizona

Guessed City: Scottsdal

IP Latitude: 33.6119

IP Longitude: -111.8907

Organization: GoDaddy.com

ISP Provider: GoDaddy.com



Ketiga, situs jejaring sosial koprol.com yang ternyata bukan milik Indonesia, tapi milik Republik Korea



Berikut hasilnya utk koprol.com :



IP Address: 180.233.199.240

Hostname: 180.233.199.240

IP Country: Korea, Republic of

IP Country Code: KOR

IP Continent: Asia

IP Region:

Guessed City:

IP Latitude: 37

IP Longitude: 127.5

Organization:

ISP Provider:



Keempat, sebagai perbandingan, situs asli facebook.com (milik mark zuckerberg)



Berikut hasilnya :



IP Address: 69.63.189.16

Hostname: www-11-01-ash2.facebook.com

IP Country: United States

IP Country Code: USA

IP Continent: North America

IP Region: California

Guessed City: Palo Alto

IP Latitude: 37.4429

IP Longitude: -122.1514

Organization: Facebook

ISP Provider: Facebook



BAGAIMANA ? MASIH PERCAYA MILLATFACEBOOK BERASAL DARI PAKISTAN ?

SAMPAI SEKARANG PUN SAYA TIDAK TAHU SIAPA YANG MENDIRIKAN, SAYA HANYA TAHU BAHWA ITU BERASAL DARI AMERIKA, HANYA BERBEZA NEGARA BAGIAN. DAN BOLEH JADI MILIK SATU PERUSAHAAN YANG SAMA DENGAN FACEBOOK



KEMUDIAN KOPROL, BENARKAH PUNYA INDONESIA ? TERNYATA BUKAN



Apakah site IP Locator nya yang salah ? Ternyata site nya TIDAK SALAH. Ini contohnya untuk site yang memang beasal dari negara tersebut. Saya ambil contoh situs koran republika

Hasilnya memang benar berasal dari Indonesia, ternyata IP Locator nya benar.



IP Address: 118.82.8.132

Hostname: 118.82.8.132

IP Country: Indonesia

IP Country Code: IDN

IP Continent: Asia

IP Region: Jakarta Raya

Guessed City: Jakarta

IP Latitude: -6.1744

IP Longitude: 106.8294

Organization: PT. Digital Wireless Indonesia

ISP Provider: PT. Digital Wireless Indonesia



P/S : "Ketahuilah yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu ummat islam.."