Tuesday, 1 June 2010
Follower aku semakin meningkat? Nak tips?
Salam,
Alhamdulillah, sedar tak sedar follower aku sudah mencecah hampir 200 orang sejak semalam. Satu peningkatan yang amat tak disangka. Huhu. By the way, thanks pada semua kawan-kawan yang sudi datang ke sini untuk melawat, untuk membaca ataupun sekadar menjenguk blog aku ni. ( yang penting singgah, haha )
Actually, pada awal dulu blog ni ditubuhkan, tak pernah pulak aku terfikir akan dapat mengumpul pengikut seramai ni. (^^,) Dulu aku buat blog ni sekadar untuk meluahkan perasaan ( kira macam diari lah ) Sejak akhir-akhir ni, baru aku terpanggil untuk berkongsi isu-isu agama, isu-isu semasa dan hal-hal berkaitan dengan pengalaman diri. Dari survey yang aku buat, kebanyakan blooger berminat dengan 3 benda ni yang mana kalau menarik memang traffic up dan sentiasa ada ramai visitor. Hah! Ni dia.
1. Agama ( Orang zaman sekarang memang haus benda ni, termasuk aku )
2. Isu-isu semasa ( Hal-hal semasa, supaya sentiasa up to date )
3. Berita pelik,aneh dan menarik.( Hah! yang ni untuk release tension setelah penat mengupdate entry)
So, ni lah antara entry menarik yang akan buat sesetengah orang tu sentiasa datang kat blog kita.
Selain itu,apa yang aku selalu buat dan paling penting sekali !
Sentiasa membuat kunjungan dengan blog-blog lain dan meninggalkan jejak di sana.
Dengan ni, orang lain yang datang melawat blog tersebut juga mungkin akan datang melawat ke blog kita.
Kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi,kita merasa ( wah.! encik terompah pandai berkata-kata..haha )
Aku juga akan sentiasa meng pin-pong setiap entry aku di GENG BLOGGER.COM.
Setiap entry yang dipost akan dikategorikan mengikut kategori masing-masing.
Jadi setiap entry yang kita buat tu akan sentiasa diketahui oleh blogger-blogger yang juga merupakan ahli dalam geng blogger. Atas sebab tu, mungkin dyorang akan datang melawat ke blog kita. Siapa tahu kan?
Tips last yang aku selalu praktikkan adalah berkaitan dengan tajuk entry.
Bagi menarik minat pengunjung, kita boleh memikirkan setiap entry dengan tajuk-tajuk yang menarik.
Kita juga boleh meletakkan tanda soal di hujung setiap tajuk ( ni cara yang aku belajar ) macam yang aku buat bagi entry-entry terbaru aku.
Setakat ni je.Nak bagi tips banyak-banyak pun, aku bukan otai dalam bidang blogger ni. Masih lagi kena belajar banyak perkara. Hehe. Cuba-cubalah ya. InysaAllah, korang akan berjaya.(^^,)
P/s : Er..agak-agak bila aku akan jadi hebat macam Benashaari ? Macam Kereta mayat ? Suterblogger ? Aduhai~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah. maken glamor. =P
ReplyDeletetahniah2! :)
ReplyDeletekemas r blog awk...ajar la...
ReplyDelete1 lagi...sebab kamu tak kerek...
ReplyDeletei'll follow u back...=)
wah!berguna nie...thanks br0...
ReplyDeletewah,berguna nie!!!
ReplyDelete