Monday, 14 June 2010

Di sebalik nama terompahcaring ?


Salam,

Uit3.. Haha,untuk pertama kalinya dalam tahun ni, aku cuba merungkai misteri di sebalik penggunaan nama terompahcaring ni. First of all,thanks kepada semua kawan-kawan yang asyik bertanyakan soalan tentang nama nie. Memang tak putus-putus soalan ni dari awal tahun hari tu hingga sekarang. Thanks juga sebab sudi dan setia menunggu hingga saat ini. Okeh! Taknak bebel panjang,lets check local listings ya.yeaah!

Terompah caring.. 

Terompah..

Mengikut kajian aku, aku pelih nama terompah nie sebab terompah ni maksudnya lebih kurang sepadan dengan kasut.
Tapi, bukan pasal maksud yang aku nak cakap sebenarnya.
Sebenarnya, aku nak huraikan berkisar tentang zaman terompah ni digunakan. Pada aku, terompah ni kebanyakan digunakan pada zaman dulu. Sekarang ni, agak-agak andalah, ada ke remaja-remaja kita yang nak or masih mahu gunakan terompah nie?Zaman yang mana croc, levies, teen spirit, bonia dan sewaktu dengannya. (Ish, aku pown tak nak) Sebab apa?
Bunyi benda tu tak boleh tahan.."keletak,keletuk.."

Apa kelebihan terompah ni? Kalau jumpa kawan, dari jauh lagi dia sudah  tahu kita datang. Haha..
Lagi satu, kena tahanlah kalau jalan kat supermarket. jangan hairan kalau semua mata tengok pada anda sorang. Haha.
So, sebenarnya aku pakai nama terompah nie, tujuan aku adalah untuk Popularkan semual perkataan ni.
Taknaklah perkataan terompah ni hanyut ditelan zaman. Sampai generasi-generasi baru ni tak tahu tentang kewujudan perkataan terompah ni. So, bila sampai ke blog ni, Atleast mncari juga diorang dlm kamus tu lantas digunakan dalam menulis karangan. InsyaAllah, boleh dpt A. Haha..(bergurau-bergurau)
Bagi aku kalau aku tak boleh bantu dengan memakai kasut kayu ni atas sebab mengikut fesyen peredaran zaman. Jadi, aku rasa aku boleh bantu dengan cara macam ni..kan?


Keduanya. Dalam kamus dewan mengatakan terompah bersamaan mksud dengan capal, dan capal lebih banyak digunakan pade zaman-zaman terdahulu seperti zaman nabi. Atas sebab itu juag, kenapa aku pilih name ni. Mungkin anda anggap biasa je, tatpi aku bangga sebab sekarang ni pun ada juga orang-orang islam yang prihatin dan ada idea untuk buat capal-capal baru ni. Contohnya seperti capal nabi. Bangga tu.! So, rasanye aku secara tak langsung menolong juga orang-orang ni untuk promosikan dia orang punya penjualan capal. Haha.


Ketiga dan terakhir..korang tahu tak, kebanyakan pada zaman sekarang ni, terompah banyak digunakan di mana? Yup! Betul, surau dan masjid. betul tak? So, aku rasa aku nak memartabatkan semula terompah ni mengikut zaman teknologi ni.. Aku harap dengan menerangkan di sini dapat menjawab persoalan-persoalan korng tu k? Kalau ada apa-apa yang tak puas hati atau masih musykil..
Hantar-hantarlah komen tu ya. Perkara kecik, semua boleh diselesaikan kan..
InsyaAllah..(^^,)
Salam permisi ya semua..!






   

1 comment:

  1. salam..
    hehehehehe...
    adik penah story skit kat akk y u choose dis name...n im proud with u coz u chose it...

    ReplyDelete