Saturday, 5 June 2010
Anda kenal Imam Syafiee ?
" Tidak ada seorang pun mengambil dakwat dan menggoreskan mata penanya ke atas kertas, melainkan Al-Syafiee menguasai akan ilmu yg dia tulis itu." (Ahmad bin Hanbal)
Siapakah yang tidak mengenali Imam Syafi'e? Seorang imam mujtahid yg di sanjung sehingga sekarang walaupun beliau telah meninggal lebih seribu tahun yg lalu. Tambahan pula, di Malaysia yg mana seluruh rakyat mengaku mereka bermazhab Imam Al-Syafiee. Namun pernahkah kita tefikir bagaimanakah caranya Imam Al-Syafi'e menuntut ilmu.
Adapun Imam Al-Syafi'e seorang yg amat teliti dalam menuntut ilmu sehingga beliau pernah berkata : " Sesiapa yg menuntut ilmu, maka hendaklah ia teliti supaya jangan sedikitpun tertinggal ilmu walau sekecil manapun ilmu tersebut."
Kesungguhannya dalam menuntut ilmu terpancar dalam syair-syair yang berikut :
Tidak patut aku bersikap ghairah terhadap sesuatu,
apabila aku tidak punya ghairah terhadap ilmu.
Bagaimana tidak, selama 30 tahun,
ia merupakan penawar hati, penerang otak
dan pelindungku daripada duka cita.
Pernah Imam Syafi'e ditanya bagaimanakah keinginannya terhadap ilmu. Lalu beliau menjawab : " Aku mendengar sesuatu menggunakan huruf yang aku tulis, kerana ia mampu mendengar apa yang ditelingaku tidak boleh dengar. Dan anggota badanku yang lain terasa ingin sangat mempunyai telinga , agar ia juga boleh merasakan apa yang ingin didengarkan oleh telinga." lalu, beliau ditanya lagi : "Bagaimanakah kesungguhanmu terhadap ilmu?" beliau menjawab : "Seperti orang yang haus terhadap harta, seperti itu jugalah kehausanku terhadap ilmu." Kemudian dia ditanya lagi : Bagaimanakah caramu menuntut ilmu itu ?" beliau menjawab : " seperti seorang ibu yang mencari anaknya yang hilang. Begitulah kesungguhanku dalam menuntut ilmu."
Lebih mengagumkan lagi, pernah Imam Syafi'e menceritakan : " Selama 16 tahun, aku tidak mempunyai makanan kecuali 2 ketul roti dan sebiji kurma. Aku memakannya hanya sekadar untuk mengalas perutku yang lapar." Beliau ditanya : "kenapakah engkau melakukan itu ?" Maka beliau menjawab " Aku melakukannya agar aku mudah dalam menghafal ilmu dan fiqh. aku meninggalkan makanan itu demi ilmu. dan kemudian Allah memberikanku rezeki lagi." Imam Al-Syafi'e juga pernah berkata : " wahai Abu Musa, aku pernah menderita miskin sebanyak tiga kali. Bukankah engkau pernah melihatku sedang makan ikan dan kurma. tiada makanan selain itu"
Subhnaallah!! hebatnya Imam Al- Syafi'e dalam menuntut ilmu. Adakah kita merasai seperti mana yg beliau rasai dalam mencari ilmu. Sanggupkah kita meninggalkan makanan yang lazat, untuk menuntut ilmu. ?
P/s : Tepuk dada, tanya iman kita. Jangan tanya selera, tu yang asyik nak diet je.walla~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kagum smgat beliau..smg ak dpt jd cm dia
ReplyDelete