
Salam.
Untuk entri kali ni, oleh kerana mood aku dalam mood pencinta binatang, so akucuba untuk kaitakn binatang dengan manusia. Maka terjadilah sebuah artikel macam di bawah ni.(^^,) Tak nak bebel panjang,panjang, apa kata kita baca sama-sama k..
Rama-rama ,
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi
rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan
tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan
sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di
situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah
tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat
di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari
anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh
angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya
lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama
ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun
setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah
telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang
terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar
ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan
coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala
dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa
berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri
daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang
mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa
pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya
untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi
bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita
untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja,
usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah
sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah
menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda
dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul
sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah
jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi
diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak
anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan
dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan
masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan
sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah
terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia
sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu
indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu
kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda
ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan
harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda
di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah
terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna
anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai
anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda
tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama
mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang
bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang
mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang
bagus bagus bro...
ReplyDeletewargh,,sangat bermakna bro,
ReplyDeletetx atas ingatanmu untuk kaumku..
wanita bagaikan sang pelangi juga
ReplyDelete;)
thnx syafiq..ak ske ayt2 ko..menyentuh kalbu..kihkihkih..
ReplyDeletethnx coz ingtkn ak..:):)
thnx coz ingtkn ak..:):)ske sngt ayt2 ko..:):)
ReplyDeleteaku akn jdkn nie sbgai peringtn..:):)
salam ukhuwah saudara..
ReplyDelete"nice, simple tapi bermanfaat...^_^.. teruskan menulis ye..."
moga sentiasa dalam redha Allah s.w.t. slalu..ameen..
salam memang betul...lagi di tutup lagi mahal harganya.
ReplyDeleteopsss..
ReplyDeleteagak mendalam apabila dikatikan dengan rama-rama..
sebab hj Hasbullah Awang pun pernah melabelkan Hafiz Hasyim 'bak rama-rama' yg dilahirkan semula masa kat Piala Thomas..
out of topix?:))