Thursday, 10 June 2010

Prince Of Persia : The Sand Of time..



Salam,

First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ni yang sudi datang singgah dan melawat blog terompahcaring ni. (^^,) Bermula dari bawah dan Alhamdulillah, tanpa kalian semua, mungkin aku dan blog ni tak kan sampai tahap macam ni ( wah,macam nak ambil award pulak! ). By the way, thanks a lot again. Hehe.

Untuk entry kali ni, sekadar berkongsi perasaan, kepuasan dan pengalaman ( bukan kongsi kekasih taw ) semasa aku menonton filem yang di direktorkan oleh Mike Newell ni yang bersiar seluruh dunia pada 27 May 2010 lepas. Memang terbaik! Hehe. Bagi aku rugi pada sesiapa yang masih belum menonton filem ni.

Jom check local listing.

Prince of Persia The Sands of Time ini mengisahkan , menurut legenda Persia, sesiapa yang memiliki sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu) akan mampu membalikkan masa. Jam pasir ini adalah pemberian para dewa yang tak boleh digunakan sesuka hati. Di tangan orang yang baik, jam pasir ini boleh mendatangkan kebaikan dan sebaliknya di tangan orang yang jahat, kehancuran yang akan dibuat juga tidak amat dashyat.


Satu-satunya orang yang boleh mengeluarkan ‘pasir waktu’ ini dari dalam jam pasir adalah Dastan (Jake Gyllenhaal) yang memiliki Dagger of Time (belati waktu). Dastan, seorang panglima, bukanlah lelaki yang jahat namun dengan tipu daya dan kepandaian seorang ahli sihir (Gisli Orn Gardarsson), Dastan akhirnya melepaskan ‘pasir waktu’ ini dan mengakibatkan kekacauan di mana-mana.

Seluruh kerajaan telah musnah sekejap dan penghuninya berubah menjadi mahkluk yang menakutkan. Kini keselamatan seluruh dunia berada di tangan Dastan. Dia perlu mengembalikan ‘pasir waktu’ ini ke dalam jam pasir dan menghentikan kehancuran di muka bumi. Walaubagaimanapun, Dastan tidak bersendirian. Ada Putri Tamina (Gemma Arterton) yang bersedia membantunya dalam melaksanakan tugas ini.

P/S : Hehe.aku tengok dengan begitu semngat mencari tanda-tanda freemason dalam filem ni

4 comments: