Tuesday, 29 June 2010

Kebenaran di sebalik World Cup 2010


Salam,


Petikan daripada Bradokapak


Sekarang kita tinggalkan millatfacebook dan segala lelucon mengenainya. Kita bicara kembali mengenai Fifa World Cup yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Antara soalan atau kata-kata yang sering kita dengar ketika musim bola:

“Kau sokong Negara mana? Aku sokong Jerman. Tahun ni aku yakin Jerman menang punyalah!”
“Malam ni jom lepak NZ Curry House, kita tengok Jerman lawan Australia ramai-ramai. Mesti best punya lah. 
Nanti kalau Jerman menang aku belanja kau makan”

Pasti anda pernah terdengar suara-suara seperti itu bukan? Ok, kita teruskan bicara.

World Cup 2010 pujaan dunia sudah pun bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri mengakui yang saya juga turut menontonnya, dan saya memang menyokong pasukan Jerman. Itu pun sebab pemain-pemain mereka yang hebat-hebat. Apapun, yang penting adalah dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan THH ketika dunia tertumpu pada Afrika Selatan.


(Ini adalah gambar bola sepak yang digunakan dalam kejohanan World Cup 2010. *Jahbulon adalah tuhan ritual Masonic paganisme)
Sekarang kita lihat pula poster rasmi untuk Fifa World Cup 2010 ini.



Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.
Jadi, kepada anda diluar sana yang menggunakan poster World Cup ini sebagai ‘wall photo’ di facebook anda atau ‘profile picture’ di myspace anda, maka tukarlah ia. Ada sesuatu yang lebih menarik. Anda boleh ‘copy’ gambar dibawah untuk kegunaan anda. Dipersilakan.


(Ayat 'FIFA' untuk tahun 2010 adalah 'Fight Israel Free Al-Aqsa')

P/S : Hehe..smart kan gambar bawah ni..Ketiga-tiga artikel terkini merupakan artikel yang perlu dibaca oleh umat islam..!


1 comment: