Sunday, 6 June 2010

Rakan blogger ? Jom dengar dan bersyair..

Salam,

(Anda pandai bersyair? Pernah mewakili sekolah dalam bersyair? Kalau hebat, Jom kita sama-sama dendangkan syair ini )

Ops.. sudah beberapa hari, aku tak meng-update blog aku ni dengan air tangan aku. Al-maklumlah, masuk je cuti sekolah, macam biasalah, ramai pakcik-makcik, atuk nenek yang buat kenduri kendara untuk anak masing-masing. Bagus-bagus, harap-harap dengan usaha murni tu makin ramai bayi-bayi yang tak tertinggal dalam longkang, tepi-tepi tong sampah, mahupun dalam tandas sekolah dan awam. Kasihan diorang, ada ayah dan mak, mak tak mampu nak sara. Ada ayah dan mak, dua-dua tak rela nak jaga. Orang mana? orang kita..! ( tiru ayat nabil,walla~ )

Untuk entry kali ni, aku terpanggil untuk share satu syair.( Wah, encik terompah semakin sayangkan bangsa ). Actually, syair ni amat berbeza dengan syair-syair lain yang pernah aku dengar. Syair ni gak membuatkan aku sedar tanggungjawab aku sebagai khalifah atas muka bumi ni. Sedih, ditambah ngan sound effect kat belakang, kalau anda dengar sorang-sorang, waktu malam pulak tu. Nak tak nak, mesti mengalir air mata tu. Hati sekeras batu pun ley cair tau ( kalau hati tu ais ) haha.
Tak percaya? Jom dengar..


Sila klik button berwarna hijau. Anda masuk ke zon sedih.




SYAIR RINTIHAN HATI

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi.

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai 'abdi
Kepada Allah Allahu Rabbi

Diriku ini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya.. indahnya.. oh indahnya...

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah.

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah.

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian.

Teruskan.. oh teruskan..
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu.

P/s : Nangis tak? Sedih tak? Kalau tak menangis, cuba-cubalah menangis ya.walla~












1 comment:

  1. subhanallah,syukran pasal share syair nih...
    lg 1,kata2 kat banner tuh terbaik...

    ReplyDelete