Monday, 31 January 2011

InshaAllah - Maher Zain dan kupasannya !


Salam readers,

Oh, sebagai salah seorang kipas susah mati maher zain, aku just nak share dengan korang video ni. Ni percubaan pertama maher zain untuk memelayukan lagu dia sendiri khusus untuk peminat-peminat dia kat Malaysia. Walla~ Hebat-hebat. Ada juga artis besar dari luar sanggup ubah lagu sendiri untuk fans dia. Taknak bebel panjang. Jom kita dengar sama- sama. Dan aku akan cuba kupas apa kelemahan lagu ni.



Ada ketika, hadir perasaan hampa
Kehilangan dalam diri sendiri
Bagai malam yang penuh kegelapan
Sendu, pilu, tiada jalan yang terang
Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu
Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha Allah
Insha Allah, pasti muncul jalan-Nya
Ada ketika
Kesilapan sering berulang
Hingga terasa lewat untuk berubah
Penuh keliru dan tersalah keputusan
Membelenggu penyesalan dalam minda
Usah putus asa
Dan janganlah berduka
Kerna Allah sentiasa di sisimu
Insha Allah
Insha Allah, pasti ada jalan-Nya
Insha AllahInsha Allah, pasti muncul jalan-Nya
Kembalilah,
Kepada Ilahi
Yakin pada-Nya
Pohonkan doa, bertawakkallah
Oh ya Allah
Pimpinlah hamba dari kesesatan
Kau Yang Maha Esa
Maka tunjukkan nur kebenaran
Nur kebenaran
Di jalan yang terang
Di jalan yang terang
******************
Okeh-okeh. Bagi aku lagu ni ada kelemahan lirik nya, sebab kebanyakannya lirik cuba diubah bulat-bulat dari lirik asal dan benda ni menampakkan kejanggalan pada irama sendiri. Kedua, bila kita dah dengar lagu asal, dan lagu itu, dan kita dengar dalam versi lain, ada dua kemungkinan sama ada sedap atau tak. Walaupun dinyanyikan oleh orang yang sama, bila korang translate dalam bahasa lain, mungkin ada sikit lari sedapnya dari lagu asal. Contoh, korang amik lagu Hujan, or faizal tahir, then translate jadi Inggeris, memang hancuss kecuali penyanyi asal pandai cover. Kan?
Contoh, lagu faizal tahir.
BM - Ingat tak lagi waktu kau bersamaku, kaku aku melihatmu.
BI - Remember the time you are with me, feel rigid to see you.
Nyanyilah. Ha ha. Susah kan? Macam tu lah jugak tadi. Apa-apa pun, Maher Zain dah berikan yang terbaik untuk lagu ni, dan kita patut bangga sebab bahasa melayu dijadikan pilihan. Dengarnya, lagu ni ada dalam 5 bahasa, english, france, turki, arab dan melayu. Korang pernah dengar?
P/S : Macam mane Maher Zain nyanyi dalam bahasa urdu ? Walla~

7 Tips Promosi blog di Facebok !


Salam readers,

Entry kedua aku untuk hari ni. Actually, aku dah lama nak post, cuma kesuntukan masa yang melampau. Muahaha. Korang percayalah ea.
Baru-baru ini, aku baru je join group Sahabat Blogger dan i'am a new one kat situ. So, kalau korang nampak nam Syafiq ridhwan, itulah aku. Sebut pasal facebook, sebenarnya, di samping korang chat dengan kawan-kawan, dari sudut blogger, dia ada kelebihan tersendiri dan korang perlu manipulasikan kelebihan ini sebagai medium untuk kenalkan blog korang.

Jom, kita tengok satu persatu. Okeh.

*****************

1. Jangan buat profile invisible.
Bab ni dah sentuh soal privacy. Ada orang suka privatekan diorang punya profile sampai kita sebagai pengunjung sukar nak kenal sama ada itu profile dia atau tidak. Yang peliknya, diorang letak facebook badge kat blog, tapi semua benda nak privacy. Tak boleh jugak kan? Atleast, bagitahu serba sedikit tentang perihal diri korang. Tunjukkan kemesraan. Dengan itu, bila korang update blog, dan letak di status facebook. Ramailah yang baca. He he.

2. Masukkan Url dalam profile
Bila blogger-blogger lain datang profile korang, then dia check kat bahagian info, dia tahu korang ada blog, dan tak mustahil korang pernah kenal dia sebelum ini. So, terjadilah jalinan kasih antara korang.

3. Gunakan aplikasi facebook.
Contoh, aku ada letak facebook badge kat bahagian kanan blog, dan sebenarnya ada banyak aplikasi yang facebook tawarkan untuk kita sebagai blogger. Just go and explore. Korang akan tahu pelbagai jenis lagi.

4. Masukkan feed Rss
Bila korang masukkan benda ini, setiap kali korang posting, secara automatik, post itu akan muncul di blog. Caranya bagaimana? Nanti aku akan ajar korang untuk entry seterusnya.

5. Join group.
Aku rasa group-group dalam facebook untuk blogger terlalu banyak. Paling latest ni sahabat blogger, so, apa lagi, joinkan diri korang di sana, dan pastikan korang aktif kat dalam group tu. Jangan dah join, tapi takut-takut. Ceh, susah jugak kalau macam tu.

6. Buat fans page.
Benda ni dah banyak dah blogger baru atau lama pakai. Ni salah satu alternatif yang sangat menarik sebenarnya, korang akan ada kipas susah mati korang sendiri. So, setiap kali korang update, peminat ni akan baca korang punya. Biasalah, awal-awal memang sikit, bila korang dah faymes, ribu riban orang yang like. Slow-slow. okeh.

7. Aktifkan diri di facebook.
Last, benda ni memang penting untuk sesiapa pun. Bila korang aktif, orang akan sedar kewujudan korang dan terasa senang dan mudah untuk berkomunikasi dengan korang. Updatelah status, onkan im tu, dan rajin-rajin komen status blogger lain. Korang dapat tukar-tukar pendapat jugak kan? :)

So, itu je dulu apa yang aku nampak dan tahu. Kalau ada lagi, aku kongsi dan kalau korang tahu cara lain, meh bagitahu aku. Hu hu.

Photobucket

P/S : Facebook ada kelemahan dan kelebihan. Ambillah yang baik, buruk tu campak jauh-jauh. Walla~

Sunday, 30 January 2011

Tips tambah kreatif untuk posting ?!

Salam readers,

Mood aku sejak akhir-akhir ni, semakin hebat dan dahsyat ! Ish, dahsyat ! Bayangkan aku tidur lambat, bangun lambat dan aku masih semangat nak update blog. Dahsyat ~ He he.

Untuk entry kali ni, aku nak kongsi dengan korang bagaimana nak buat setiap entry korang semakin menarik dan nampak more kreatif daripada orang lain. Dan benda ini sebenarnya bermain dengan idea korang. So, bagaimana nak dapat idea yang baik ? Adakah perlu membeli di kedai mamak ? atau perlu mencarinya di mesin atm ? Lets, check local listing ~

****************

1. Selalu baca karya-karya sastera.
Carilah apa-apa buku yang agak sastera sikit untuk membuatkan gaya penulisan korang tak nampak kaku, dan bersifat kebudak-budakkan. Benda ini sangat membantu terutamanya bagi blogger yang tidak mempunyai gaya penulisan tersendiri dan ia akan mengajar korang untuk berbunga-bunga terlebih dahulu sebelum masuk ke bahagian isi. Yela, kalau mula-mula dah masuk isi, ish, menarik apanya.

2. Selalu keluar rumah.
Bagi yang ada kamera tu, rajin-rajinlah keluar rumah. Blogging is share what's your experience yang tak ada pada orang lain. Dan mungkin masa korang keluar tu, ternampak sesuatu benda yang orang lain tak pernah lihat, means, awan berbentuk muka orang, or ombak yang besar, dan lain-lain. Itu dah menjadi satu advantages untuk korang mengarang. Kan?

3. Selalu baca akhbar dan menonton tv.
Yang ini, bagi aku sangat penting, sebab korang akan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling korang. Dan mungkin benda itu ada kaitannya dengan dunia blogger. Contoh,baru-baru ini, kisah LHDN nak memberi cukai kepada blogger yang berjaya seperti redmummy. Paling penting, korang jugak boleh tulis entry berkaitan dengan isu semasa tadi.

4. Selalu bercakap dengan otai-otai.
Maksud aku kat sini ada dua. Pertama kalau korang memang rapat dengan mana-mana otai macam BenashaariRedmummykeretamayat or yang lain, tak salah kalau korang kongsi apa yang korang tak tahu dengan diorang. Tapi aku tak rasa diorang akan balas dengan sekejap, dan mungkin ambil masa yang lama, so alternatif kedua, just be silent readers di blog diorang. Perhatikan apa yang ada pada blog diorang dan tiada pada blog korang. Okeh?

5. Kongsi pengalaman.
Blog sebenarnya satu medium untuk korang kongsi experience korang. Pengalaman masa lampau korang. Tak semestinya korang blogger newbie, dan korang memang noob ! Tak semestinya. Okeh? Mungkin ada pengalaman korang yang tak ada pada otai-ptai lain. Sharing is caring right?

6. Banyakkan berkhayal.
Oh, bukan ambil estacy, bla, bla, sampai korang high. Maksud aku, cuba imagine jalan cerita blog korang pada 5 elemen. dari pendahuluan hingga ke peleraian. Baru tersusun ceritanya.

Korang cubalah dulu, then ada hasil, bagitahu aku. Okeh? He he.

Photobucket

P/S : Sharing is caring, terompah also caring. Walla~

5 Sebab Komen diberikan sedikit !


Salam readers,

Malam yang tenang, hati pun tenang, dengar pulak lagu-lagu bruno mars, memang terdiam lah aku. He he. First of all, aku ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua member blogger yang support aku untuk entry yang lepas. Sorry sangat-sangat menyusahkan korang. Actually, aku just luahkan untuk kongsi apa yang aku rasa, Okeh? Kalau korang dengar, dia tu gatal, miang, menunjuk, bla, bla, bla, Oh, aku memang tak macam tu sebenarnya.

Dan sebenarnya aku tak sangka ramai yang akan comment itu perempuan. Walla~

Ohye, kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan congratz kepada group Sahabat Blogger sebab berjaya membuat gathering diorang pagi tadi di Times Square. Dengarnya ramai yang datang, dan aku salah satu golongan yang tak dapat hadir, ceh, sebab ada sedikit hal yang perlu aku uruskan. Congratz ! Lepas ni, kalau ada sesiapa blogger dari negeri sembilan, and nak pergi gathering dengan aku, tak ada hal, korang dialu-alukan. :)

*****************

Kali ni,aku just nak bagi tips supaya komen orang pada setipa entry yang korang post meningkat. Ada orang tanya, "Bro, aku update entry satu hari 3 kali, tapi tak ada pun orang komen walaupun traffic tinggi'. Kenapa? Jom !

1. Entry terlalu panjang.
Kebanyakan pengunjung susah untuk membaca entry yang terlalu panjang. Dan aku dah buat sendiri kajian bila aku post pasal entry ini, komen yang diberikan banyak berbanding entry-entry aku yang lain. Tapi kes ini dikecualikan sekiranya korang memang mempunyai peminat yang tetap, macam Bro eyriqazzCik nadia bayu,irenenadia, then go on dengan entry tu. SO, apa korang tulis, pendek atau panjang. no problem. Cincai - cinacai pun, berpuluh komen korang dapat.

2. Tidak meminta komen.
Pernah korang datang blog-blog dan at last of the entry, blogger tu kata, "komenlah sikit" or something like thatlah. Yup, memang agak menebalkan muka yang memang dah tebal, but at least, ada interaksi antara korang dan pengunjung. Kan? Paling penting ! Cuba balas setiap komen yang diberikan. walau sebusy mana pun korang. Interaksi tu kan penting. He he.

3. Tidak tahu nak komen apa.
Ada certain post memang awal-awal lagi dah lari dari tajuk, dan ada certain post yang memang agak complicated untuk diberikan komen. Sebab pengunjung tak faham dan jelas tentang apa yang hendak disampaikan. So, mulai hari ini, korang buat ringkas, tapi mudah difahami dan tambah sedikit unsur-unsur humor supaya pengunjung tak mudah bosan.

4. Mereka terkejar-kejar.
Okeh, ni untuk entry yang berpaut-paut ke entry lain. Mungkin ada pengunjung bila baca-baca dan tertekan ke link yang korang suruh pergi tu, automatik meninggalkan page korang kan. Penyelesaiannya mudah, korang jangan letak link yang banyak sangat sampai pening orang nak faham isi entry tersebut. Hadkan link dalam 1-2 je dalam sesuatu entry. Orang paham, komen pun meningkat. Okeh?

5. Susah nak berikan komen !
Yup ! Bab yang ini pun aku memang tak berapa minat. Pernah korang datang blog then bila korang nak post comment, akan keluar CAPTCHA atau kod varifikasi. Memang susah nak beri komen, lagi-lagi orang yang rabun macam aku, taip sekali salah, dah kena taip berkali-kali. Bila dah taip betul, tiba-tiba button submit pulak hilang. Ceh. Korang pasang security kuat sangat tak boleh jugak kan.


Photobucket

P/S : Komen itu macam nyawa entry. Bukan nyawa blog taw. Walla~

Friday, 28 January 2011

Seorang blogger juga mampu putus cinta ! Itulah aku.


Salam readers,

( Ini blog peribadi pada awalnya. )

Blogger juga manusia biasa.
Korang dan aku sama je. Dan bila follower aku ribu riban.
Dan aku bercinta.
Akhirnya putus. Itu normal.
Sebab kita sama manusia.

Blogger tak lari dari fitrah alam.
Apa yang penting, kewarasan korang berfikir.
Blogger tak sama dengan dunia lain.
Dunia artis, dunia muzik.
Dunia pelajar. Dunia Mengajar.

Bila korang mengalami saat macam aku.
Redha jela.
Ada yang terbaik untuk korang.

Sebenarnya aku memerlukan rehat.
Doakanlah aku. 

Dan bila aku menaip semula.

Aku nak aku dan korang happy. :)
Semuanya happy.

Rindukan terompahcaring.

Walla~

Photobucket

Thursday, 27 January 2011

Jangan putus asa ? Korang dah cukup bertuah.


Salam readers,

Malam ni aku masih  mencari sebuah mutiara kata, hadis atau kata-kata semangat yang boleh tolong aku untuk tulis entry ni, tapi masih tak dapat-dapat lagi. Terfikir pulak, mungkin aku perlu tunda entry ni esok, or aku kena teruskan jugak ? Kalau esok yang mana dah start cuti, balik naik bus, lapar, singgah makan, beli sikit novel, curi-curi tengok gadis-gadis kat terminal, bla, bla, bla, dan akhirnya sampai rumah, aku tertidur sebab kepenatan.

Perlu ke aku teruskan jugak ?

Aku teruskan menaip. walaupun dalam keadaan mata terkebil-kebil menahan ngantuk.
First blood !
Kawan-kawan yang sibuk bermain dota.

Aku teruskan menaip.

****************

Siapa di antara korang rasa semua benda tak cukup, kadang- kadang korang rasa ruangan hidup korang terlalu sempit, kadang- kadang korang rasa terganggu, makan tengahari korang buat korang rasa lesu dan berat, korang tiba-tiba berada di tempat yang memalukan, tiba-tiba korang tinggikan suara tanpa sebab..

Mesti korang pernah terfikir yang dunia ini tak adil, semua benda tak pernah adil. Dia dapat follower lebih, dia dapat traffic ramai, dia ada awek lawa, dia ada family bahagia, dia Hensem !

Maka, satu nasihat aku yang dinasihatkan oleh ayah aku kepada aku, jangan berputus asa, sebab putus asa itu memisahkan korang dari rahmat tuhan. Sebab putus asa akan buatkan hidup korang tak gembira. Paling penting, putus asa membuatkan korang terlupa untuk senyum,

Aku terukan lagi menaip..,

Cuba lihat sekeliling betul-betul, dan korang sebenarnya akan jumpa pelbagai jenis jalan penyelesaian.
Cari kawan yang memahami, keluar dengan kekasih istimewa, makan dengan hati yang senang, menari dengan adik beradik, letakkan diri di tempat yang berbeza, InsyaAllah, korang akan bahagia.

Kadang-kadang, tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat . Boleh jadi, tak dapat sekrang, korang akan dapat akan datang. Okeh?

Last but not least, senyumlah, senyum boleh rawat semua penyakit, terutamanya penyakit hati. Senyum :)
Satu prinsip hidup aku, enjoylah hidup ni sebaik mungkin, sebab hidup ini sangat indah, asalkan korang tak langgar syariat sudah lah.

Photobucket


P/S : Bahagia bukan pada luaran, tapi pada hati. Walla~
P/S 2: Sorry, entry yang membosankan, aku sedang berada dalam mood ngantok. Hee.


Tuesday, 25 January 2011

Thanks dunia blog sebab beri aku 1 K ! Contestku bermula !



Salam readers, 


996, 997, 998, 999, ..... ? 1000. Oh ! Aku tersenyum..


First untuk semuanya, aku nak ucapkan ribu riban thanks pada korang yang tak putus - putus support blog ni dari awal sampai sekarang. Tak lupa haters- haters yang kadang-kadang menyebabkan mood aku kadang-kadang berskala negatif. Korang semua kalau bersatu padu, boleh buat aku duduk 24 hours depan laptop untuk layan kerenah korang. Walla~


Kali ni, aku just taknak bebel panjang sampai kelaut, pada follower yang ke 1000 iaitu Cik Izzra, Ohye, aku dah cuba dapatkan information tentang dia, tapi aku masih tak dapat search link url dia, so, kalau korang kenal dia, dan empunya diri baca benda  ni, meh bagitahu aku. Aku nak buat special review tentang dia. Okeh?


Photobucket


************
Sempena meraikan pencapaian dalam dunia blog ni, aku just nak buat satu segmen mudah, dan segmen ni ada hadiah tersendiri yang menarik.


So, untuk sertai segmen ini, syarat-syaratnya sangat mudah !


Photobucket


1. Buat satu entri di blog anda bertajuk "Kenapa saya terdetik membuat blog...." dan di dalam entri korang (tidak kiralah berapa panjang pun), korang perlu menyertakan sekurang-kurangnya 1 point kenapa korang membuat blog.( ada gambar lagi bagus )
2. Copy banner dan buat backlink ke blog ini.
3. Copy dan paste link entri korang kat entri ni.
4. Tag kepada 2 orang.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan penganjur dan rakan-rakan blogger lain berdasarkan kekreatifan dan kisah yang paling menarik, keputusan adalah muktamad. ( hadiah sehingga tempat ketiga ) 
6. Tarikh tutup adalah 2 / 2 / 2011. ( sebarang pindaan akan diberitahu )

**********

Senang kan? Jom, pakat-pakat ramai -ramai sertai segmen ini ! Actually, aku buat sekadar nak eratkan ukhuwah dan nak kita kongsi apa yang kita rasa pada awal dulu.

Last but not least, majulah blogger untuk negara.

P/S : First time, aku macam skema, dan aku sebenarnya cuba jadi macam tu sampai sekarang. Walla~

Monday, 24 January 2011

7 'C' perempuan tak disukai lelaki !


Salam readers,

Korang masih takder kekasih hati ? Tapi banyak kekasih gelap banyak ? Ceh.
La, korang tak payah risau, sebab jodoh pertemuan semua di tangan tuhan, dan confirm-confirm sebenarnya dah ditetapkan sejak azali lagi. Mungkin jodoh korang pemain bola sepak, mungkin artis, mungkin pekerja kilang biasa, mungkin bla, bla, bla, dan mungkin penulis blog  terompahcaring. Walla~

Who knows?
Allah knows.

Apa-apa pun, korang kena usaha untuk cari jodoh, bukan duduk diam macam kayu. Okeh?

************

( Pandangan dari seorang lelaki yang tak hensem, lelaki rendah, lelaki yang gemok, dan jangan salahkan aku kalau korang lelaki hensem, dan korang ada boyfriend yang kacak macam rosyam nor dan tinggi macam peter crouch )

Untuk entry kali ni, aku cuba kongsi dengan korang terutamanya kaum wanita, apa yang selalu sangat dingomelkan oleh orang lelaki ni tentang korang. Dan benda ni, aku dah bincang secara one way dengan Dr Fadzilah Kamsah.

So, apa sebenarnya yang orang lelaki tak suka dengan orang perempuan ?

1. Comot
Korang dressup lah lawa mcam mana pun, tapi kalu korang still amalkan benda ni, Tapi,  ada ke perempuan macam ni ?

2. Cerewet
Bab ni aku rasa ada perempuan memang expert. ada je tak kena, itulah, inilah, ceh. So, korang kena elakkan benda ni, terima jelah apa yang kekasih korang buat kan. Lelaki ni kan penyayang orangnya. Walla~

3. Cemburu
Cemburu tanda sayang. memang. Aku setuju dengan benda tu, tapi kalau cemburu melampau, aku tak berapa nak setujulah. Adoyai. korang percayalah sikit. Kepercayaan tu penting, lagi-lagi yang long distance. Kan ?

4.  Cuai
Bab ni lebih kepada punctual. Contoh, korang janji pada pukul 3, den pukul 3 baru nak mandi, nak bersolek, nak gosok baju, bla, bla, bla, bla, ceh -,-'

5. Celupar
Bab ni, bukan aku, kalau korang tanya kat atok, abah, pakcik dan saudara mara lelaki sendiri pun, diorang takkan take time untuk cakap 'Tak Suka' !

6. Cabul
Means kat sini, bukan korang pergi mencabul orang. Cuma hilang rasa malu, dan bebas bergaul dengan mana-mana lelaki dengan melampau. Letak lah sikit rasa malu, ni terpekik terlolong cam polong. Malu abah, malu.

7.  Cabar
Lelaki memang mempunyai ego sendiri, benda ni memang dah fitrah dalam diri mereka dan aku. So, atas kebijaksanaan korang, janganlah korang cakap 'saya cabar awak....' kecuali, diorang tu Abu, Ali dan diorang merupakan kawan-kawan korang. He he.

Photobucket

P/S : Lelaki ? Ada pendapat lain ? Walla~

Apa kaitan follower dan visitor ? Thanks semua follower !


Salam readers waima haters,

1,2,3,4,5,6.. Adik aku cuba mengira beberapa ketul ais yang dimasukkan oleh akaknya ke dalam air sirap kat dapur. Manakala aku pulak dalam bilik, juga sedang semangat mengira. 941, 942, 943, 944..
Oh ! Aku tersenyum...

First of all, aku nak ucapkan thanks pada semua kawan- kawan blogger yang sudi jenguk blog ni dan sudi untuk mennjadi follower-follower aku. Yeyah ! Thanks again and again. Actually, aku tak sangka blog ni  akan sampai tahap macam ni, dan aku memang noob sebenarnya dalam bab-bab blogging ni dari dulu sampai sekarang. Korang kalau nak tips simple-simple, aku boleh tolong, tapi bab permainan SEO ataupun benda-benda dahsyat lain, aku boleh tolong jugak, tolong tunjuk kan link blogger-blogger otai yang lain. He he.

*************
( Ini dari pendapat aku, kalau korang ada pendapat lain yang positif, aku alu-alukan )

By the way, sejak follower bertambah ramai ni, memang aku akui yang visitor pun berlaku sikit kenaikan. Korang nak tengok ? Jap, meh aku tunjukkan.

Photobucket
Ada orang kata, ala, follower dia ramai, mesti traffic dia gempak. Oh ! Korang memang nak kena ketuk ketampi sebab berani cakap macam tu. Kalau korang perhatikan masa 22 januari tu, aku tak buat satu pun blogwalking, dan masa tu, follower aku ada 8++. So, sepatotnya dengan follower yang ramai, aku boleh up traffic aku dengan slumber badak., tapi lain pulak jadinya. 

Untuk semalam, lepas follower aku mencecah 9++ dan ditambah dengan post terbaru, hampir 5++ yang datang dan view blog aku. Oh, bagai di syurga. Muahaha. Dan ramai yang sudi drop komen diorang. 

So, untuk dapat follower yang ramai, korang kena ada visitor yang ramai, untuk dapat visitor yang ramai, korang tak perlukan follower yang ramai. Sebab ada blog yang follower sikit pun, lagi hebat traffic dia dari aku. Ceh. -,-' Yang penting, blog korang secukup rasa. 

Last but not least, kesimpulan yang aku dapat buat,

Follower + Blogwalking + Update post = More visitor !

Photobucket
Macam ni lah

P/S :  Korang, terima kasih lagi. Walla ~

Saturday, 22 January 2011

Perbezaan blogger wanita dan blogger lelaki ?!


Salam readers,

( Beberapa fakta yang aku dapat bila buat blogwalking dan blogjogging )

Sedang aku merajinkan diri mengadap laptop, kebetulan esok dah mula start kuliah, dan sudah menjadi kelaziman bagi student muda macam aku untuk buat kerja last minute, aku terperasan satu benda yang buat blogger lelaki dan blogger perempuan mempunyai satu perbezaan yang amat ketara.

Dan benda ni buat aku jadi macam 'lalang' sebab tak tahu sama ada nak stay dengan cara lelaki ataupun berubah kepada cara perempuan. walla ~

********************

( Salam bro, aku ingat ko patut banyakkan letak gambar ko sendiri, so, orang boleh kenal ko dengan lebih dekat, dan paling penting ko tak perlu lagi nak search kat pakcik google. setuju tak? )

Dan giliran aku menjawab..

Yo bro. Bukan aku taknak letak gambar sebenarnya, tapi first, aku takot gambar aku diguna pakai oleh mana-mana pihak yang tak bertanggungjwab lantas digunakan untuk iklan-iklan yang komersial, tapi satu sen pun aku tak dapat. Oh ! Jawapan nak mamca artis. Aha.

Okehla, aku bagitahu korang apa perbezaan blog lelaki dan blog perempuan.
Korang perasan yang kebanyakan blogger perempuan lebih cenderung untuk memaparkan gambar mereka sendiri. Sebab. Blogger tu memang lawa. Dan kalau aku tayang gambar aku, maka follower aku makin kurang dan mungkin jadi negatif. Secara tak langsung, income aku akan menurun dengan mendadak, akhirnya blog ni akan ditutup. Walla~

Penat aku fikir reason tu. Harap orang boleh terima.....

Lets, aku bagi pendapat aku sendiri.

Bagi blogger lelaki macam aku, aku lebih fokuskan kepada kekuatan menulis berbanding dengan meletak gambar-gambar sendiri. Sebab aku tak hensem ! Ceh. Dan aku tak layak untuk jadi model mana-mana photographer. Aha. Tapi, aku tak nafikan ada blogger lelaki yang letak gambar-gambar mereka sendiri. Ada 3 reason aku bagitahu.

1. Dia seorang model.
2. Dia merupakan blogger photograhy.
3. Er.. Er..

Last, aku tak cakap semua blogger perempuan suka letak gambar diorang je, dan aku tak rasa blogger lelaki lebih fokuskan kepada kekuatan menulis. Dan kalau korang berjalan dan musafir dalam dunia blogger ni, macam-macam jenis blogger yang korang akan jumpa, ada yang letak video menyanyi, ada yang letak video flash sendiri, ada yang reka filem sendiri, ada yang tak pernah update entry. Muahaha.

Photobucket

P/S : Actually, dua-dua saling memerlukan. Korang jangan pikir lain, aku tak gatal pun. Walla~

Cinta itu bukan tuhan ! What The C !


Salam readers,

Wah ! Penat-penat. Thanks sesangat pada pihak Universiti Sains Islam Malaysia sebab bagi tempat yang selesa dan makanan yang sedap. Terbaik ! Penceramah yang mantop, dan paling penting, hampir 8o peratus peserta adalah perempuan yang cantik menarik, memang da bomb ! Sebab korang, aku hampir tak boleh fokus apa penceramah tu nak sampaikan. Ceh !

By the way, tak lama lagi kita akan sambut raya cina, dan masa tu memang masa kegemaran bagi gadis- gadis kampung dan bandar untuk berpacaran dengan pasangan masing-masing., bagi pasangan yang dah jadi kekasih halal, malam jumaat akan jadi semakin menarik berbanding malam-malam yang lain kan. Oh ! Aku belum berkahwin, jangan kata aku itu, jangan kata aku ini !

Aku hanya akan duduk rumah dan cuba curahkan idea mengupdate blog sampai korang paham.
Okeh?


***************

( Khas untuk diri aku dan orang yang sedang setia menunggu malam jumaat, tak lupa pada yang tak sabar tunggu cuti raya cina untuk bergendut dengan pasangan masing-masing )

Kisah pertama.

Di suatu hari yang nyaman, di sebuah asrama yang terletak berhadapan dengan sebuah kedai cina, ada seorang budak tak mampu tidur dengan nyenyak. Fikiran dia hanya satu, untuk mengusha perempuan yang dia nampak pagi tadi. Maka dengan semangat, dia cuba menaip dan memikirkan ayat yang sesuai untuk memulakan sesi perkenalan awal dalam handphone.

Dan terjadilah dialog berikut.

Tet. tet. tet.

" Salam , ni ...... ea?"
" Ye saya, ni siapa?"
" Saya yang tegur awak pagi tadi."
" Owh, awak rupanya. Nak apa? "
" Saja nak berkawan dengan awak. Boleh ? "

Dan dialog itu berterusan selama seminggu.
...........................................................................( seminggu kemudian )


" Salam, awak-awak, saya rasa saya nak terus terang dengan awak"
" Apa dia? "
" Saya nak awak jadi girlfriend saya, boleh?"
" Er, boleh, tapi dengan syarat."
" Apa dia?"
" Hari jadi saya, saya nak anak patung, bukan yang kecik, tapi sama saiz dengan awak, bunga kalau boleh nak sejambak, nak warna pink tau, nak keluar shoping tapi awak belanja, bla-bla bla. "
" Untuk awak, saya sanggup !! "

*****************

Kisah kedua.

Ada seorang suami yang agak hensem, dia telah mendirikan rumah tangganya hampir beberapa tahun dengan isterinya yang sopan,cantik dan menarik. Dia gak telah dikurniakan 2 ekor anak kucing dan seorang anak lelaki yang comel. Satu hari, dia telah terjumpa dengan bekas kekasih lamanya, dan tiba-tiba dia menjadi resah hati. Tidur malam berpeluh-peluh, tangan mengiggil. Rupa-rupanya, dia megetahui yang bekas kekasihnya masih lagi mencintai dirinya dan dia terkenang zaman lampaunya.

Maka lagu New boyz pun berkumandang.

Sejarah mungkin berulang ~
Walau engkau ku maafkan, oh kekasih ~

Kenapa dia perlu resah hati ?

************

Adik, bro ! Cinta bukan Tuhan Tak semua apa yang cinta nak, kita totally kena ikut. Bila cinta melanggar batas-batas dan nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, nak atau taknak, korang kena usaha untuk hentikan. Ada paham?


Zaman sekarang, cinta telah diagung-agungkan melebihi batas normal. Aku tak peliklah bila bukak paper hari ni, seorang duda berkahwin dengan artis X, seorang artis Y bercerai atas sebab artis Z, bla, bla, bla.. Bro ! aku bagitahu korang ea, mencitai isteri atau suami orang, haram hukumnya bro. Takkan korang nak masuk neraka atas sebab macam tu. Tapi cinta itu buta kan? Yeyah ! Cinta memang buta, tapi orang yang bercinta tu lagi buta, Takkan demi cinta, korang nak buat dosa. Aku taknak, sebab aku muda lagi. walla~


Last but not least, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta'. 


Bro, akak, adik manis, aku sebagai lelaki pun macam korang, tiap-tiap hari fikir macam-macam tentang perempuan, tapi satu je kita ni kena sedar, kalau bagi cinta untuk dapatkan seks, korang takkan pernah puas. Macam air laut, makin minum, makin rasa tak puas. kan3 ? ( lagak gaya macam ustaz. aha )


Bagi akak-akak dan adik manis sekalian, ingat ! korang bagi seks untuk dapatkan cinta, korang hanya berjumpa dengan lelaki kasanova dan hidung belang je. Takkan bahgia sampai korang kahwin nanti. Taknak percaya? Buatlah, then dah terkena, korang boleh drop kmen kat entry ni. Walla~




Photobucket


P/S : Aku tak sabar nak kahwin, malam jumaat tetap aku sanjung ! -,-' lalala~

Friday, 21 January 2011

Sifat gedik ?! Perempuan ke lelaki ?

Salam readers,

First of all, aku nak bagitahu yang maybe aku akan off satu hari untuk blogwalking. Pagi sampai malam sebab aku terlibat sedikit dengan seminar kerajaya mahasiswa kat negeri sembilan. InsyaAllah, kalau malam takder hal, aku akan mula lawat dan bagi tips-tips berguna kat blogger - blogger baru sperti mana yang korang mintak.
Okeh?

dan jangan tangisi pemergian daku....

****************

Untuk entry kali ni, aku teruja dan bersemangat untuk berkongsi dengan orang - orang yang ada sifat gedix tak kisahlah perepmuan atau lelaki. bagi aku semua boleh dapat sifat ni secara reflex action. Macam mana?

Aku bagi contoh, bila korang keluar dengan kekasih halal korang. Berjalan-jalan di supermarket, tiba-tiba ternampak satu lagi kekasih halal sedang berasmara, maka korang pun mula membuat hal gedik tadi bersama pasangan korang supaya taknak kalah. Akhirnya korang menang dan pakwe korang belanja makan kfc.

Aku fokuskan entry ni pada orang perempuan.
Sebab korang ada sifat semulajadi macam ni.
Tapi kalau lelaki pulak terasa, er...

Mudah tertarik dan perasan.

Andai lah tiba-tiba korang terperasan yang seorang lelaki @ perempuan ni perasan kat korang, maka dengan tiba-tiba posisi badan korang dibetulkan. Tangan memegang hp dengan pantas dan sibuk memikirkan apa yang tak kena dan tak cukup pada muka korang. Huh! Masa ni, korang akan terus berfikir apa yang hendak korang cakap sekiranya dia menegur. Tentang masa depan, tentang anak-anak. Aduhai~ tak tegur lagi ni. Dah macam-macam dah difikirnya.

Perasan cantik.

"Awak tak tegur saya sebab awak perasan awak cantik" Yup! Kebanyakan gadis-gadis bersifat simptom ni mempunyai perasaan perasan cantik. bab ni, aku taknak kupas panjang-panjang, aku pun perasan aku ensem. Walla~

Semangat.

Berasa teruja dan bersemangat bila mana berada di dalam sekumpulan orang lelaki. Kebanyakan perempuan macam ni akan terasa dirinya sedang diperhatikan. Oleh kerana itu, semua perkara yang dibuat akan di cover supaya tidak nampak cacat celanya. Cover punya cover, sekali jalan, tersadung kaki. Lelaki pun ada gak macam ni. Cover depan perempuan bukan main, sekali terjatuh longkang lak. Adoyai ~ 

Mengada-ngada.

Mengada-ngada! Hah..Ni bukan trademark lagi,dah macam lesen untuk berniaga pentingnya. Selagi mana korang yang mempunyai ciri-ciri di atas, korang mesti akan mempunyai ciri yang ni. Masa ni,suara tiba-tiba tukar jadi ala- ala chipmunk. Intonasi suara dikawal lagak orang sedang menyanyi. Aduh! Ustaz pun boleh cabut kopiah kalau iman tak kuat. Tapi, yang jadi masalahnya kalaulah yang gedik tu lelaki ? Er...

Terasa popular.

Korang rasa semua orang minat kat korang. Memang koranglah mempunyai peminat paling ramai. Bahkan, kalau korang masuk AF terkeluar, undi masuk yang dibuat tu mesti seratus peratus untuk korang. Walla~ Masa ni lah, korang akan mula keluarkan ayat-ayat power untuk meng-ayat mana-mana orang yang korang rasa sesuai. Mintak no phone, try mesej, call , dan terakhir ajak dia keluar dengan korang. Sekiranya dia menolak, akan terkeluar ayat macam ni." Ala, dia saje buat-buat taknak dengan aku. Jual mahal la tu.. "


Cameraman vs Camerawomen.

6. Addicted dengan lensa kamera. Bila ada je orang pegang kamera,dan lensanya menghadap ke arah korang. maka, secara tiba-tiba korang menajdi fotogenik. Muahaha. Paling penting, korang pandai membuat gaya berbeza walaupun ditangkap dengan lebih 50 kali shoot. Aku pun macam ni gak. Aha.

So, macam mana?

Ada dua situasi benda ni takkan dipanggil gedik.

1. Berlaku antara suami dan isteri
2. Anak bongsu dan ibu bapanya.

Photobucket


P/S : Gedik ni kalau bertempat, sangat bagus. Bukan semua negatif. Sebab aku kadang-kadang macam ni jugak. Walla~



P/S : Komen korang untuk entry sebelum ni akan aku balas nanti. Maaf ya semua.

Thursday, 20 January 2011

Sistem Ujrah PTPTN menipu ?

Salam readers,


Siapa yang ada ambil ptptn? So, korang dah tukar sistem ni atau belum? Actually, aku tak tukar lagi sebab busy yangteramat-amat. 


Tadi, sedang syok berblogwalking, aku terbaca tentang artikel ni. Aku tak tahu sama ada betul atau tidak. So, bagi sesiapa yang ada pendapat, meh kongsi dengan aku. Selalu aku kongsi dengan korang kan. Aha.


Jom, kita tengok, apa yang menjadi kesangsian.


1)- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.



Credit to : Al - Fikrah.


Credit tambahan to : zaharudin.net. 


Photobucket

P/S : Aku tak sokong parti X, aku tak sokong parti Y. Korang jangan pandai-pandai.

Wednesday, 19 January 2011

Autoblogwalking satu penipuan? Aku pun nak join !


Salam readers,

Baru-baru ni, agak ramai yang post pasal penipuan autoblogwalking ni. Actually, aku pun pernah dengar pasal benda ni dan aku pernah nak guna benda ni dulu. Cuma aku tak pernah pulak terfikir nak ambil tahu pasal cara diorang buat macam mana. So, kiranya aku terselamat la ni. Tapi kalau aku buat, mesti traffic aku ramai, mesti visitor aku cecah ribu riban. dan paling penting, mesti ramai yang tarik menarik aku ke neraka.. Huh !

Ada orang kata aku pun guna autoblogwalking sebab aku punya komen kat chatbox sentiasa sama. Yeyah ! Pandailah siapa yang mengata tu. Jaga korang, aku jumpa, aku balik terompah kat korang. Walla~ Actually, aku guna manualwalking. Penat kot pergi satu-satu blog dan drop komen. Tapi tak apalah, hasilnya? Tak sia-sia kan. Paling penting, aku suka gunakan word yang sama iaitu ' ziarah :) '. Ada jugak blog newbie yang aku komen. Bagi yang dah hebat tu, koranglah komen blog aku ea. Aha.

Saya seorang budak pemalu....

Dari blog yang noob, aku perlahan-lahan bawak blog ni sampai tahap sekarang. Bagi blogger-blogger baru, korang jangan risau, slow-slow, memang agak perit bila tengok visitor yang datang tu sikit. Ala, kita kan budak baru belajar, Aha.

***************

Jom masuk hal yang lebih series. Aku dengar ada jugak golongan yang menentang benda ni dan menghalalkan penipuan ni. Pening-pening.

Jom,golongan-golongan ingkar,meh aku beritahu satu cerita.

Pada satu masa dulu, ada seorang robin hood, kerja dia memang suka mencuri, tapi niat asalnya baik. Satu je tujuan dia mencuri untuk menolong orang fakir miskin. Tapi apa yang menyebabkan robin hood ni masuk neraka? First, memang dia kafir, tapi kalau dia masuk islam dan still gunakan nama asal? Dia akan masuk gak neraka, sebab dia mencuri. Paham.?

Niat tak menghalalkan cara.

Pada satu masa dahulu, ada seorang aku. Aku ni merupakan seorang pelajar sebuah asrama. Pada satu hari jumaat, aku ni nak pergi solat jumaat. Tiba-tiba, selipar aku hilang, so, oleh sebab taknak tertinggal solat jumaat. Aku terus merembat selipar orang lain dan aku pun pergi dengan hati yang slumber.

Aku tetap salah. Sebab, dia mencuri selipar orang lain dan menyebabkan orang tu pulak pergi mencuri selipar lain.

Niat tak menghalalkan cara. 

Sama jugak macam benda alah ni, niat asal korang nak up traffic untuk berkongsi ilmu apa yang korang tulis, nak upkankan duit nuffnang untuk sedekah kat masjid, tapi cara korang salah !
Sebab ada berlaku penipuan kat situ.
Paham?

Kalaulah benda ni korang tetap lakukan, keaslian dan keoriginalan berblogging tu dah tak ada. Hilang macam tu je. Paling penting, word "usaha" tu akan lenyap macam tu je.
Okeh? Ada apa-apa tak faham, bolehlah komen. Aku nak cepat ni, sebab nak buat manualwalking. Kalaulah aku pandai buat auto blogwalking...
Walla~ Chow~

Photobucket

P/S : Autoupptraffic ngan autofollower ada tak? Muahaha.

Tuesday, 18 January 2011

Aku sedang sidekick golongan rotoba !


Salam readers.

( WARNING ! entry ini agak panjang )

Malam tadi baru aku post, dan pagi ni tiba-tiba ada beberapa golongan rotoba datang blog aku dan membuat aku rasa masuk air pulak.

"Salam bro, blog ko ni lebih banyak merepek lah. Kadang-kadang tu, pendahuluan panjang sangat, tapi isi tak adalah banyak mana pun. Kalau ko kurangkan bunga-bunga kau tu, aku rasa blog kau akan bertambah menarik. bla, bla, bla . Thanks"

Lagi satu,

"Salam bro, kau dah ada isteri ke? dah kahwin ke? Kalau tak ada, tak payah ler tulis bab-bab yang berkaitan dengan kahwin, nanti orang kata apa pulak, kau kan takder pengalaman."

*************

Korang tanya sekali dua, dan korang tanya dalam keadaan aku pagi nanti ada kuliah. Ceh. Takper, aku jawab kejap.

Waalaikumsalam saudara, kat malaysia ni ada pelbagai jenis blogger. Ada yang tulis entry panjang, dan ada yang tulis entry pendek. Okeh, let say korang memang suka baca entry pendek, tapi padahal ada gak antara visitor aku tu suka baca entry panjang, sukakan penjelasan panjang lebar macam pak imam tua bagi tazkirah kat surau kampung tu, sampai diorang boleh tertidur-tidur. Kalau aku ikut kata korang, esok, akan ada email sampai kat aku dan tertulis.

"Salam bro, blog kau ni pendek sangat lah. Kadang-kadang aku tak faham pun apa yang kau cuba sampaikan. Terangkanlah panjang sikit. Bukan susah sangat pun kan? Nak atau tak nak je, bla, bla, bla...thanks"

Tengok?? So, aku nak ikut cakap yang mana satu?

Akhirnya, aku buat ikut kemahuan dan keselesaan aku sendiri. Okeh?
Lagi satu, kadang-kadang ada benda yang korang buat, korang tak boleh nak terus straight to the point. Ada faham ? Apa dia ? Ish, korang tanya lagi. Bab - bab bersetubuh dengan isteri, korang takkan nak datang macam keldai jumpa keldai, datang-datang kat isteri................................. Siap !
Mesti ada bunga-bunga dulu, mestiaada tari menari dulu sampai isteri korang tersenyum lebar, baru buat..........

Tapi, ada benda yang perlu korang jawab pendek-pendek.
Bila pensyarah atau orang tua atau cikgu -cikgu atau hatta orang yang berilmu dari aku tanya soalan kepada korang, korang tak perlu bagi jawapan panjang dan lebar sangat.
Contoh :
Pensyarah tanya : Mat, awak dah hantar assignment awak?
Mat : Dah puan.

Thats all,
Dan korang tak perlu jawab macam ni.
Mat : Dah puan, semalam  atas meja puan pada pukul bla, bla, bla.

Ada faham? So, tak semua benda kena jawab panjang dan tak smeua benda kena jawab pendek !

*****************

Okeh. Soalan kedua, bab kahwin.
Saudara, kalau kau cakap ,macam tu. Senang lah aku nak jawab kat lecturer aku.
Lecturer : Awak, terangkan maksud apa itu marketing?
Aku : Tak tahu puan, saya tak belajar lagi.
Lecture : Asal awak tak baca buku semalam?
Aku : .................................

Kau ingat aku tulis tak membaca dulu ke? Dan aku ni bukan budak kecik lagi wa;aupun aku rendah..
Okeh? Lagipun aku sedang ambil kokourikulum munakahat sem ni dan pada masa sama, aku dapat ulangkaji balik apa yang aku belajar. Macam nescaffe 3 in 1 ? Cuma bezanya ni 2 in 1. Walla~

Ada benda yang korang tak boleh bagi pendapat, ada benda yang korang boleh bagi. Dan ada benda pada awalnya korang tak boleh, dan akhirnya korang boleh bagi pendapat bila korang dah tahu apa benda tu dan masa yang sesuai untuk korang. Faham? Pening? memang aku nak bagi korang pening.

Senang macam ni, first,

Ko duduk dalam negara x, negara x ada mempunyai masalah politik
Korang pada umur 17, tak tahu apa benda bagai jenis parti semua.
Dan korang belajar.
17,1819,20........
21, korang dah faham, dan korang mempunyai masa yang sesuai untuk bagitahu. So apa lagi, teruskanlah !

Ada faham?

Fuh, entry panjang dan ke laut ni, korang abaikan je kalau malas. Okeh?
Aku dah lambat ni, nanti kalau lecturer aku tanya, nak jawab pendek ke panjang ea..
Chow~

Photobucket


P/S : Mengarang entry bukan macam mengarang surat rasmi. Walla~

3 penyakit utama seorang blogger.


Salam readers,


Baru-baru ni, aku mendapat satu penyakit, satu penyakit misteri yang tiada pengubatnya. Aku dah cuba usaha dan usaha mengubatnya, pergi pusat kesihatan universiti, jumpa doktor pakar, tok imam, tok mudim, jumpa kekasih halal, apa jenis tok dan doktor semua aku dah jumpa, dan semuanya tak berkesan. 

Akhirnya aku balik bilik dengan nafas turun naik, turun naik dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas  kepala. Aku merasakan  masa depan aku memang dah gelap Tiada satu cahaya pun yang akan datang sehingga aku terbaring atas katil ditemani kipas syiling yang seakan-akan mnegertikan nasib hidupku.

Aku pandang ke syiling dan....

Kroh~ Kroh ~ 


**********************

( Aku tujukan entri ni kepada diri aku sendiri, dan pada orang yang terasa ada pertalian suadara dengan aku dan sekepala air dengan aku beserta orang yang mempunyai latar blogging yang sama dengan dengan aku )

Dalam berblogging ada tiga penyakit, yang akan buat blog korang sentiasa kosong dan tiada satu pun update terbaru dalam blog korang. Apa dia? Meh, aku bagitahu

Pertama,
Malas.
Idea selalunya akan datang dalam satu-satu masa dengan banyak, korang pernah mengalaminya? Nampak kucing, nak tulis pasal kucing, nampak cicak, nak tulis, pasal cicak, nampak pepatung nak tulis pasal pepatung, nampak bla, bla, bla.. Semuanya korang nak tulis. Tapi tetap blog korang kosong. Kenapa? Sebab malas ! banyak lagi perkara lain yang korang kena buat, dan akhirnya blog korang terbiar beberapa hari tanpa berita. Aku ambil contoh, andaikan korang suka dengar radio X, dan satu hari radio X tu tak bersiar seperti biasa, korang dengan perasaan naik syeikh terus memaki hamun dan mungkin lebih dasyat dari tu.
So, samalah seperti blog korang. Okeh?

Kedua,
Tak ada mood.
Kebiasaanya perkara ni lebih berlaku kepada blogger wanita. Sebab? Korang dikurniakan 9 perasaan. dan 9 perasaan tu selalu bercampur baur. Bila bergaduh dengan boyfriend, korang tak update blog, teringat kucing kat rumah, tak update blog, bergosip sakan, tak update blog, bila datang bulan, bla, bla, bla. Kadang-kadang perasaan rajin dah ada, tapi disebabkan tak ada mood, niat korang terbatal camtu je. Kan-kan?

Ketiga,
Tak ada idea.
Malas dah campak jauh-jauh, mood pun dah ada bila boyfriend/girlfriend call tadi. Tapi, blog still kosong. Camner-camner? Sebab idea zero ! Kadang - kadang bila idea dah ada, korang pulun habis satu hari, Contoh, hari ni korang update sampai 7 entry, esoknya ? Korang update -7 entry. Adoyai. Janganlah tamak, simpan sikit entry-entry yang lebih untuk esok atau hari-hari akan datang. Okeh? Orang tamak ni, bangga sekejap je, esok lusa, ish3.

So,kesimpulannya, korang kena pastikan 3 elemen ni ada, dan korang akan berjaya jadi blogger yang bersemangat. Bukan bersemangat mengutuk, tapi bersemangat untuk berkongsi. Okeh?

Photobucket
P/S :  Kalaulah sang buaya tak tamak, mesti spesies kancil dah tak wujud sekarang. Jumpa tulang kancil, macam jumpa tulang dinosaur kot. Walla~

Monday, 17 January 2011

Apa hikmah membaca Al-Quran dan berblogging?


Salam readers,

Pada satu hari,sedang aku berjalan, aku ternampak satu sign board bertulis
"Jangan pijak rumput ini"Tak sampai beberapa saat aku baca, ada satu pasangan kekasih ni, memijak rumput itu dengan slumber sambil bercekerema tanpa mengendahkan aku.

Dan aku cuba kategorikan orang itu sebagai golongan "rotoba". Apa itu golongan "rotoba"?
Rotoba adalah kata dasar perkatan arab yang bermakna slow atau lembab.

Dan benda ni berlaku jugak berlaku pada blog aku.
Bila aku  tulis, "jangan komen benda-benda yang pedas, atau kritik mengkritik dengan niat nak menjatuhkan orang"
Esok, bila aku bukak, masih ada orang yang buat macam tu. Kiranya korang juga adalah "rotoba".
Jangan salahkan aku, salahkan je diri sendiri. Okeh?

*********************
( Aku cuba buat satu benda yang boleh kaitkan dengan agama secara santai dan tenang, maafkan aku kalau salah, dan korang jangan jadi golongan rotoba pulak bila bab mengomen, Walla~ )

Mengapa korang baca Al-Quran, padahal korang tak faham pun semua maksudnya?
Kenapa?

Jom, baca cerita ni.

Ada seorang lelaki tua hidup di satu kampungbersama cucunya. Setiap pagi, orang tua itu selalu bangun awal dan membaca Al-quran. Si cucu ingin menjadi seperti atoknya.
Pada satu hari, cucunya bertanya, "Atok,saya baca Al-quran setiap hari, tapi saya tak faham pun apa yang saya baca,kalau ada faham pun, cepat je saya lupa secepat saya menutup buku. Apa kebaikan yang saya dapat sebenarnya?".

Atok itu bertanya, " Apa yang kamu selalu suka buat?"
Cucu menjawab " Melayari internet, dan mengupdate blog"
Kalau macam itu, setiap hari, kamu updatelah 15 cerita yang baik-baik.

Maka, setiap hari, budak itu akan cuba mencari berita yang baik-baik dang menulisnya di blog dia sendiri. Selepas hari kedua, dia telah kehabisan idea. Dia menjumpai atoknya dan berkata " atok,saya dah tak larat mengadap komputer setiap hari. Lagipun,susah nak cari berita-berita yang baik"
Atoknya hanya berkata, " teruskanlah cucuku, teruskan, jangan putus asa. "

Setiap hari, budak itu mengeluh kerana tidak dapat memenuhi permintaan atoknya menulis sebanyak 15 cerita. Hinggalah hari ke lima, dia menarik tangan atoknya ke depan komputernya dan cuba memberitahu atoknya tentang kesukarannya itu. Selepas penat menerangkan. Akhirnya atoknya tersenyum.

" Cucuku, adakah sia-sia sekiranya kau menulis tentang kebaikan? Setiap cerita yang kau tulis dibaca oleh ramai orang, dan setiap itu pahala yang kau dapat berterusan. Adakah sia-sia? Orang yang mengikuti blog mu ini, semakin hari semakin bertambah. Pernahkah kau terfikir ? Bahkan orang yang mencata komen di blog engkau juga semakin hari semakin meningkat. Selain itu, engkau juga sentiasa ada idea untuk menulis sesuatu yang positif "

Budak itu melihat kepada semua yang dicakapkan oleh atoknya. dan dia perasan yang banyak perubahan telah berlaku dalam blognya.

Akhirnya atoknya menyambung ucapan terakhir, " cucuku, itulah yang terjadi apabila kamu membaca Al-Quran, kamu mungkin tak pernah memahami atau ingat segalanya, tetapi bila kamu membacanya, kamu akan berubah luar dan dalam, itulah kurnia Allah dalam hidup kita"

So, apa lagi, teruskan berblogging korang. Paling penting, teruskan memahami Al-quran, jangan pernah givup. Okeh?


Photobucket


P/S : Aku bukanlah alim sangat, tapi aku cuba menulis apa yang aku tahu, bukan cuba mengutuk apa yang aku tak tahu. Walla~


Saturday, 15 January 2011

Movie review | KHURAFAT : Penyatuan misteri dan tangisan.


Salam readers,

 “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat  mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu.  Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)


Aku sedang khusyuk menonton...
Dengan mata yang terkebil-kebil, aku cuba memahami jalan cerita dengan sepenuh hati.


'Zasss' Aku tarik sweater dan tutup muka.
Dan tiba-tiba kawan aku berkata, ' Hai bro, takot ke? '
Aku menjawab, ' Mana ada takut, aku sejuklah.. '
Kawan aku tersenyum.


Dan adegan aku menarik-narik sweater berulang hingga tamat filem tersebut........


************************
Photobucket


(Kali ni,aku taknak bebel panjang-panjang. Sebab aku sangat letih bermusafir dari johor ke negeri sembilan.)


Siapa kata filem khurafat tak best? Bagi aku cerita ni, ada jalan cerita tersendiri, ada maksud tersendiri. Mungkin ada sedikit kelemahan dan benda ni mungkin normal bagi seorang pengarah muda yang berusaha untuk mengarahkan filem bergenre seram yang pertama. 
So,korang tak boleh demand tinggi dari dia. Okeh?


Kadang-kadang dalam hidup ni, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Dan hati semua orang tu memang tak pernah puas dengan apa yang kita miliki. Korang jangan pandai mengomen pedas-pedas, tapi berilah kritikan yang membina. Barulah maju industri perfileman negara. 


Last, bagi siapa yang tak belum tengok cerita ni, ada duit lebih, pergilah tengok. Aku tak rasa rugi, sebab banyak benda yang korang akan dapat dari filem ni. Nak tahu? Meh aku bagitahu, antaranya.


* Korang janganlah buat perjanjian dengan jin-jin ni, sebab sekali korang dah buat, maka golongan jin ni akan bertambah sombong dan bongkak.


* Janganlah gunakan ilmu-ilmu santau ni bila  korang nak dapatkan seseorang tu, kesannya, korang akan didamping sepanjang hidup.


* Isteri yang baik adalah yang sentiasa menyokong suaminya dalam apa jua hal pun.


* Bersangka baiklah dengan seseorang, maka korang akan hidup dengan bahagia.


Photobucket


Photobucket



Photobucket



P/S : Khurafat? Aku beri 4 bintang sebab buat aku exercise menarik sweater berulang kali....



Friday, 14 January 2011

5 aset utama orang perempuan ?


Salam readers,

Baru-baru ni, ada seorang kawan aku mintak nasihat aku. Actually, dia ni memang seorang yang pemalu yang tegar. Tak kisahlah dengan mana-mana perempuan sekalipun, dia akan malu tahap karma.

Aku hanya mengelengkan kepala, dan balik ke bilik sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk beritahu dia. Tepat 1.50 pagi, aku terbangun lantas membuka laptop.

Fikir punya fikir..
Dan inilah jawapan aku..


************

( aku dah lama tak tulis pasal perempuan, maafkan aku kalau ada salah sebab aku muda dan belum kahwin lagi. okeh? )


Sebenarnya, perempuan ada 5 benda  yang kita sebagai lelaki kena tahu, dan 5 perkara tu, perempuan jugak kena tahu. Kalau dua-dua tak tahu, mungkin korang adalah makhluk asing. Walla~ Meh, aku explain satu persatu.

Pertama.
Air mata.
Air mata perempuan ni ibarat senjata utama diorang. Tanpa air mata, perempuan tu mungkin sebenarnya ada penyakit tak boleh menangis. Mana-mana perempuan yang aku kenal, dengan menggunakan air mata je, hati seseorang lelaki akan cepat terasa. Kawan-kawan aku yang cepat marah pun mengiyakan benda ni. Marah macam mana sekalipun, bila perempuan tu menangis, akan terzahir sifat kemachoan seorang lelaki untuk memujuknya. Tapi, kalau lelaki tu tak pujuk, er.. berat-berat.

Senyuman manis.
'Kurangkan manis dalam gula,tambahkan dalam senyuman'. Perempuan boleh menguasai mana-mana lelaki dengan hanya menawarkan senyuman. Tu baru tawar, kalau memaniskan senyuman? Ish3. Lagilah. So, bila mana-mana perempuan senyum, korang jangan cepat tergoda, Just diam, tundukkan muka dan terus jalan.....
Bila dah lepas, baru pusing balik dan cuba curi-curi tengok untuk 5 saat.
Teruskan berjalan semula.

Tutur kata.
Salah satu yang membezakan orang perempuan dengan lelaki adalah benda ni. Perempuan cakap dengan nada lemah lembut. Kadang-kadang dengan nada yang memujuk. Segagah mana pun korang, bila jumpa perempuan macam ni bila dah berkahwin nanti. InsyaAllah, aku rasa korang akan jadi suami yang taat dan saksama. Malahan, bila jumpa semut sekalipun, korang akan duduk dan beri tanda hormat pada semut tersebut.

Berhias.
"Dia macam yunalah, eh taklah, dia macam ana rafali lah'
Tiba -tiba datang seorang lelaki, "eh taklah, dia macam mak aku, lawa kan?'. Hiasan bagi perempuan merupakan satu aset berharga. Mana-mana lelaki boleh tertarik dengan wanita yang cantik, tak percaya? Korang tanyalah mana-mana kawan lelaki korang, kalau dia kata tak, percayalah di sedang berbohong.

Pandai.
Pandai ambil hati. Bukan pandai curi hati. Okeh? Lain maknanya. Selalu perkara ni, terjadi bila perempuan ada buatkorang rasa merajuk or berkecik hati. dengan cara macam ni, dia letak harapan yang korang akan memaafkan dia. Sebagai seorang lelaki, jual mahal sikit. Bila dia dah tarik muka, korang terimalah maaf dia.


Macam tulah apa yang aku paham. Apa-apa pun perempuan muda dan berumur ada bezanya, aku suka tengok kerenah adik perempuan aku dan aku suka juga melayan pendapat emak aku. :) Dua-dua ada karakter yang berbeza.


Photobucket

P/S : Perempuan kuat merajuk macam mana?. -,-' lalala~

Mengapa kita berblogging?


Salam readers,

Sebelum aku mulakan sesi untuk entry terbaru ni, aku nak mintak maaf sebab menggunakan kata ganti diri 'aku' kepada orang-orang yang lebih dewasa, kepada orang-orang berilmu yang datang singgah baca blog ni, cikgu-cikgu termasuk pensyarah yang mempunyai blog dan suka membuat blogwalking dan tak lupa juga kepada kawan-kawan blogger. Mungkin word ni agak kasar, tapi percayalah, bila aku kenal korang, dan korang lebih tua dari aku, maka secara spontan, word 'saya' akan keluar dari mulut aku.

Dan..
Sebenarnya aku ni pandai untuk berbudi bahasa.. Okeh?

*********************

Baru-baru ni dan sejak dulu lagi, ramai blogger-blogger telah menghadirkan diri dalam industri blogging ni, dan aku rasa teruja, sebab selain aku mendapat banyak ilmu dan benda baru, aku juga dapat ramai kawan baru. Walau apa pun, korang tahu tak, apa sebenarnya tujuan korang membuat blog?

Tak tahu ? Meh, aku cuba huraikan mengikut apa yang aku tahu. Normally, ada 3 tujuan kita berblogging. Rata-rata bila aku tanya, ada yang jawab, "sekadar hobi bro,isi masa lapang" dan ada yang menjawab "mestilah nak dapat duit, adsense bro. adsense". Korang tahu, rata-rata orang yang berblogging kerana duit hanya mampu bertahan 2-3 bulan je, then akan hilang dalam renyaiKalau korang tanya aku, mengapa aku berblogging, aku akan jawab mengikut skema jawapan.

Dan skema itu tertulis, "untuk berkongsi". Kenapa? Kerana niat inilah, stamina korang akan seakan stamina park ji sung dalam berblogging. Selain itu, sekiranya korang nak dapat saham untuk akhirat, apa salahnya betulkan niat tu awal-awal, then kalau korang tulis, cara nak lastik cicak dengan betul, cara buat layang-layang dengan tertib, korang dah dapat pahala. Kan?

Bagi yang hendak dapat duit, tak salah kalau niat awal korang untuk berkongsi. Ramai blogger-blogger berjaya yang mendapat income yang tinggi, tapi niat awal diorang pada asalnya hendak berkongsi. Duit tu akan datang bila masa yang sesuai. Okeh.

Last but not least, apa pun tujuan korang berblogging, pastikan benda tu adalah benda yang positif, sekiranya negatif, maka negatiflah pandangan orang apda korang? Apa lagi, Jom kongsi dengan aku tujuan korang. Manalah tahu aku boleh tiru ke walaupun aku tak suka copycat mahupun copydog. Aha

Photobucket


P/S : Berkongsi ada had gak, bukan semua boleh kongsi. Paham kan?

Thursday, 13 January 2011

Group Review | Fluorescent Adolescent (Batch 04/08)


Salam readers,

Hola, malam ni agak tenang dan damai. Sambil membuka tingkap, ditemani rembulan, aku cuba membuat-buat ingat dan mengungkit kembali nostalgia zaman lampau. Sedang khusyuk melayan, Dush3! Nyamuk ni, kacau betullah. Baru semangat nak lontarkan mood jiwang. Adoyai.

Tiba-tiba aku menjerit ! Yeayh ! Sambil semangat membuka laptop walaupun aku sedar roomate aku melihat aku dengan pandangan yang pelik bertambah hairan. Aku cuba menaip perkataan di facebok, Fluorescent Adolescent... 

Akhirnya aku tersenyum...

****************

(entry ini aku tujukan kepada budak-budak asrama)

Bagi sesiapa yang pernah duduk asrama, korang mesti tahukan betapa bestnya zaman itu. Di situlah, korang kenal hati budi kawan-kawan korang, yang masuk air, yang keluar air, yang bagus, yang noob, yang jahat-jahat manja dan berbagai lagi. Macam tu jugak dengan aku. Walaupun asrama aku tak segah asrama orang lain, sekolah asrama biasa yang kad outingnya perlu dicop bila nak outing, tapi dari situ, aku dapat pelbagai pengalaman.

Dan pengalaman tu membuatkan aku lebih matang, walaupun aku rendah.....

Makan maggie dalam baldi, buat biskut milo guna sterika, keluar malam tanpa kebenaran, buat air guna gayong, tangkap ikan dalam kolam then masak ikan tu dalam bilik basuh, main bola sama-sama sampai kena marah dengan warden sebab lewat, ponteng kelas sama-sama dengan buat surat Mc tiruan, buli budak-budak bawah, jual apa bagai jenis benda untuk dapat side income. Benda-benda macam tulah yang menyebabkan kiteorang makin masuk air dan bertambah sangat kreatif dan berinovatif.

Baru-baru ni gak, salah seorang kawan baik aku telah membuat page group untuk batch kiteorang.


Rasa seronok, bila tengok kawan-kawan lama yang dah keluar lepas Pmr berkumpul balik. Sekarang, masing-masing dah besar, macam-macam tempat diorang belajar. Ada dalam negara, ada luar negara. Aku? Mestilah dalam negara je. Seronok bila kenang balik zaman ni.  Ish3.



Korang budak asrama macam mana? Sama macam aku? Atau korang lagi extreme? Muahaha.
Apa-apa pun, masing-masing dah besar. Paling penting, asramarian*sukahati aku je mana-mana pun. Kita tetap sama.

P/S : Kalau korang sekolah harian, dan ada cerita best tersendiri pun. Aku tak haramkan korang komen dan luahkan, malah aku alu-alukan. Jangan nangis. Walla~

Follower ke 666 mencetuskan misteri.



Salam readers,

PERINGATAN !

(Bagi sesiapa yang kuat agama, tapi kuat mengondem orang juga, dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, sila korang pergi dari blog aku awal-awal untuk entry ni jika hendak mengutuk, tapi sekiranya korang cuba membantu aku sampaikan. Ahlan wa sahlan aku ucapkan.)

(Khas untuk readers yang berminat dengan dunia misteri, tahu apa itu illuminati, tahu apa itu freemason, dan tak pengsan bila mengetahui kebenarannya - terutama para gadis-gadis )

(Bagi sesiapa yang tak yakin, korang boleh pergi cari topik lain kat belah kanan. Okeh?)

Dulu, ingat tak ? Aku pernah cuba berikan sedikit info tentang illuminati, dajal, dan freemason. Aku sendiri pernah mencari cari beberapa video dan melihat pelbagai jenis video di yotube tentang ini. Rasanya semua itu sewaktu ketika dulu.Apa perkaitannya dengan Justin Bieber, Michael Jackson, dan beberapa artis barat lain. Malahan aku tak terkejut sekiranya freemason wujud di dalam negara kita sendiri, hatta orang yang mengamalkannya itu orang yang kita amat kenal sekali.

Baru-baru ini, ketika follower aku sedang menaik dengan mendadak. Tiba-tiba, ia terhenti di satu nombor yang sangat aku tertarik. Nombor apa?


Aku pernah dengar perkaitan no ini dengan Kerajaan lama Babylon.
Korang tahu tak apa dia ? Kalau korang rajin, kalau korang berminat dnegan misteri, korang berminat dengan alam ghaib bacalah kat Raja Namrud dan perkaitannya dengan Illuminati. Korang akan faham apa sebenarnya itu.

*****************

Hari ini, aku taknak bebel panjang, cuma aku nak buka minda korang semua. Betulkah nombor ini berhantu seperti yang digembar-gemburkan?

Beberapa orang melihat kereta Dodge Viper yang mempunyai plat 666 rosak teruk selepas terbakar.

KERETA Dodge Viper yang mempunyai plat bernombor 666 sebelum terbakar.

Angka 666 mencetuskan misteri kepada ilmuwan Kristian sejak beberapa abad lalu kerana ia dikatakan membawa nasib malang kepada pemiliknya.Menurut kepercayaan penganut Kristian, angka itu tidak boleh diniagakan kerana ia dipercayai sebagai nombor syaitan.Sebelum ini, nama seorang Maharaja Rom, Nero, dikatakan menyamai angka 666 apabila ejaannya dinilai menggunakan sistem abjad Ibrani. Nero terkenal dalam sejarah sebagai seorang maharaja yang amat kejam kerana membunuh penganut Kristian dengan sewenang-wenangnya.
Kosmo. - 30 April 2009 - 
Apa pandangan korang? 
P/S : "Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah." (Muhammad: 19)