Thursday, 31 March 2011

Thanks dunia blog sebab beri aku 2 K ! Aku kaya !


Salam readers,

(Aku cuba buat enty ni dalam bentuk melankolik sebab masa 1 K dulu, aku dah buat dalam bentuk happy)

First of all, Alhamdulillah aku ucapkan kepada tuhan dan semua readers sebab berkat sokongan korang yang tak putus-putus, blog ni masih bernyawa. Pernah sekali dulu, aku rasa giveup sebab follower tak naik-naik dan aku masih tak tahu nak cari identiti sendiri dalam penulisan. Tengok orang tulis A, aku pun ikut tulis A, tengok orang tulis B, aku pun ikut tulis B. Biasalah,zaman kanak-kanak.

Tapi dengarnya, kanak-kanak sekarang pun dah pandai menulis. =.='

Zaman sekarang manusia makin pandaikan. No wonderlah. :) Awal-awal dalam bidang blogging ni, tak pernah lak aku terfikir akan dapat follower seramai ni. Seriyes. Masa tu aku just boleh pendam jela bila tengok follower orang lain ribu riban. Rasa jeles tapi masa tu sedar lagi kemampuan diri. Nak taknak, aku just mampu kata. "Perhh, hebat siottt blog niiii" or akan kata " Best wooo blog dia. Follower taknak ramai lagiii "

Sekarang, mungkin akan ada orang yang akan kata macam tu kat aku. Esok, akan ada orang lain pulak kata kat orang. Yup ! Norma alam kan. Dia berputar atas paksinya sendiri.

Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasihpada korang dan korang yang tak putus-putus datang baca. Seronok bangat hasil penulisan diri sendiri dihargai. Tak caya? Korang buat blog, dan tengok apa reaksi orang. Kalau diorang puji, mesti semangat korang nak menulis akan meningkat tahap extravaganza. He he.

So, aku dah janji akan review secara ringkas follower aku yang ke 1997,1998,dan 1999 beserta 2000. Jom-jom kita usha. ^^


Photobucket


Photobucket

Taotauajer


Photobucket

Farahahsulong


Photobucket

Hakim


Ohya, rasanya aku dah bagitahu sikit latar belakang aku kat tepi blog sana. Tu pun sebab dah ramai yang main teka teki dengan umur sebenar aku dan mana aku belajar. Ada yang kata umur aku 24, 25 la. =,=' Nampak tua sangat ke. Sebenarnya, aku baru berumur 20 tahun. Pelajar tahun pertama UTHM. Tu je kot rasanya boleh aku bagitahu untuk masa ni. Selebihnya, inshaAllah, akan diberitahu bila ada pertanyaan lagi. He he.

Last but not least, thanks again and again. Teruskan support belog picisan ni. Hanya tuhan boleh balas jasa baik korang. Apa yang penting ? Kerjasama ~

P/S : Aku akan cuba buat satu mini contest untuk raikan benda ni. Thanks. :) 

Perkara pelik yang perempuan akan buat untuk pikat lelaki ?


Salam readers,

Sejak dua menjak ni semangat aku untuk berblogging melonjak-lonjak. Mungkin sebab dah banyak benda dah settle dah minggu ni. Segala bagai jenis presentation dan report dah selesai. Cuma ada lagi baki beberapa yang perlu aku selesaikan. Dan paling penting ! Final !  Ouh. Banyak benda aku kena cover lagi ni.

Pelan-pelan kayuh wahai terompahcaring. =,='

Okeh-okeh. Kali ni, aku nak share dengan korang apa yang selalunya orang perempuan buat bila dia desperate or sangat-sangat suka dengan seseorang tu. Kebiasaanya perempuan juga mempunyai satu sifat dalam diri untuk cuba menarik perhatian para lelaki supaya tertarik dengan setiap apa yang diorang buat. Apa dia? Lets check it out !!

1. Memakai pakaian di luar kebiasaan.

Seriyesly. Semua perempuan akan mengambil masa yang agak panjang untuk memilih dalam bab pemakaian. Dan bila diorang sudah ada jejaka pilihan diorang sendiri, makan diorang akan lebih teruja untuk menunjukkan satu pemakaian yang berbeza dengan sebelum-belum ni. Contohnya. Sebelum ni tak pernah dan tak kenal apa itu shawl, sampai satu masa, dia akan cuba juga untuk pakai shawl, walaupun kekok. Sebabnya, dia cuba cari satu kelainan agar si jejaka tadi dapat tertarik dengan dia. Di Malaysia ni, takder lagi yang pakai pakaian macam Lady Gaga rasanya. Kalau ada...

2. Tabiat atau perangai bertukar.

Ketika seorang wanita melihat lelaki yang disukainya lalu, maka dia akan jadi seorang yang pendiam plus pemalu walaupun dia jenis huru hara. Tapi dalam hati, hanya tuhan je yang tahu. Dan selalunya yang jadi mangsa adalah kawan-kawan rapat diorang untuk diorang meluahkan perasaan. Perangai pemalu ni akan bertahan semasa sebelum kenal. Selepas kenal, diorang akan lebih bersifat terbuka dan peramah. Means dah takda dah kalau jumpa, muka merah, ternyorok-nyorok belakang kawan. Tegedik-gedik semua. Tak ada.

3. Berpura-pura minat sukan.

Kebanyakkan lelaki memang minat bola. Dan kebanyakkan perempuan memang benci bola. Sekiranya korang ternampak dengan perempuan yang tiba-tiba berkata ayat-ayat klise macam. "Manchester tak boleh menanglahhh" or "rasanya Chelsea lagi powerrr". Maksudnya, dia sedang suka dengan lelaki yang minat bola, dan mesti dia sedang terpaksa bercakap macam tu. Tepuk dada, tanya selera. Sam juga macam lelaki, kalau korang bercerita tentang kasut tinggi Stiletto, tiba-tiba kiteorang datang cakap pasal jenama Bata. kan dah nampak dah kerendahan citarasa kat situ.

4. Sembur perfume over + Makeup tebal mebal.

Usahlah pakai bertan-tan minyak wangi. Selalunya perkara ni terjadi pada pertama kali mereka-mereka bertemu. Bila dah terlalu seronok, diorang tak sedar yang pemakaian diorang berada di luar satu batasan. Terlalu wangi sangat pun tak boleh, sebab perfume perempuan dan perfume lelaki itu berbeza bahannya. Confirm si jejaka akan merasa pening sebab tak biasa.

Kedua, tak perlu nak makeup tebal-tebal. Kalau lelaki tadi betul-betul sayang kat korang, dia akan terima muka korang yang natural. Maksud aku, takderla makeup tebal sampai jadi muka lain. Cukup sesedap rasa je. Kebanyakkan perempuan kalau tumbuh satu jerawat sikit dah malu. Bila malu, mulalah pakai bedak setebal-tebalnya nak tutup. Kena pulak keluar dengan lelaki alim,  bila time solat, solatnya 5 minit, nak cover makeup balik 15 minit. =,=' Kan?

5. Usah menonjol sangat tunjuk kekayaan.

Mungkin ada yang datang dari anak dato'. Mungkin ada yang datang dari anak Yb. Usahlah korang kerap pujuk rayu lelaki dengan gadget-gadget yang terkini. Cinta kami tak murah untuk diperbuat sebegitu. Selalunya lelaki akan bersifat kepimpinan dalam satu hubungan. So, mereka sanggup untuk mengeluarkan duit mereka sendiri untuk menunjukkan mereka itu gentleman. Bila lelaki kerap dikerap dijaja dengan duit, adakah lelaki itu seorang boyfriend ? Atau perempuan tadi sekadar sugar mummy ?

Last but not least, kita sebagai lelaki tak boleh salahkan 100 peratus apa yang orang perempuan cuba buat. Mungkin kadang-kadang benda tu nampak teruk, or kejap nampak keterlaluan. Tapi, apa kata kita sam-sama tegur baik-baik. Sebagai salah seorang daripada gentleman, kita sokong dan beri bimbingan kat diorang. Seriyesly, diorang akan terima kalau dikata baik-baik. Betul kan?

Photobucket

P/S : Kaum lelaki macam aku, jangan ingat korang selamat. Tunggu pulak lepas ni. Walla~

Tuesday, 29 March 2011

Kawan Maya dan kawan Realiti ? Which one ?


Salam readers,

Korang ada kawan sejati ? Means kawan yang sentiasa ada masa susah korang, masa senang korang. Yang tak kisah dan tak merungut bila korang ada masalah. Ada ? kalau masih belum ada, apa kata korang pergi cari secepat mungkin. Sebabnya korang akan tahu nikmat ukhuwah antara seorang sahabat dan seorang sahabat tu nanti. Maksud aku kat sini, tak kisahlah kawan yang sama jantina atau kawan yang berlainan jantina. Tak kisah. Cuma untuk word kekasih tu, dah lari tajuk dah. he he. Sebab kekasih memang kena ada masa susah dan senang. Okeh ?

Dalam dunia ni, akan ada bermacam-macam jenis kawan. Kawan Maya, kawan exam, kawan tandas, kawan kaki pau, kawan dunia akhirat. Apa pun dalam bermacam-macm jenis kawan ni, bagi aku, sebenarnya dia terbahagi kepada 2 iaitu kawan secara maya dan kawan secara realiti. Setuju ?

Agak-agak koranglah, mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan korang yang korang tak pernah jumpa dan hanya bertentang mata di depan laptop, atau kawan yang memang korang dah kenal dari zaman sekolah lagi dan dah masak perangai dia sejak kecil lagi.

Pendapat aku ! Dua-dua ada kepentingan tersendiri. Sejak aku mula berblogging, aku dapat ramai kawan-kawan baru. Seriyesly. Walaupun kawan-kawan tu sekadar berborak dalam facebook or dalam blog, but aku dapat rasa yang diorang sentiasa ada dengan aku. Bila aku perlukan apa-apa tutorial berkaitan blogging, mesti ada yang mampu untuk tolong. So, aku tak pernah ada masalah bila aku perlukan sesuatu. Tapi, aku bagitahu korang yang hubungan kawan dalam maya ni, paling tinggi pun akan sekadar macam tu je kecuali bila korang dah jumpa depan-depan dengan dia.

"Kalau nak tahu perangai sebenar kawan tu sama ada sesuai dijadikan sahabat, maka, bermusafirlah dengannya selama 3 hari 3 malam"

Sebab tu aku cakap korang kena jumpa depan-depan. dan korang tengok semua yang ada pada diri dia. Kalau sekadar nak bergelak, or bergosip, maybe boleh. Kebanyakkan orang hari ni, bila ditolong selesaikan masalah, dah percaya tu kawan sehidup semati dia yang takkan bagi masalah kat dia. Bila satu hari kena khianat, baru diorang sedar. Tak boleh macam tu.

Bagi kawan yang realiti, semestinya kawan-kawan ni lagi ramai yang percaya. Sebab mereka-mereka ni lah tempat korang bermanja, berkongsi masalah sejak kecik sampai sekarang. Dari sebesar-besar masalah hingga sekecil-kecil masalah. Kawan macam ni lagi kenal perangai sebenar korang. Macam mana bila korang marah, macam mana bila korang sedih dan macam mana bila korang perlukan bantuan.

Tapi ! tak semua kawan realiti ni bagus. Tak semestinya semua kawan realiti ni bersifat macam malaikat. Macam entry yang aku post sebelum ni. ada jugak jenis kawan yang makan kawan. Kan ? So, selama mana korang berkawan sekalipun, korang tak boleh letak 200 peratus kepercayaan kat dia. At least kurangkan 1 peratus supaya korang boleh berhati-hati.

Last, kawan maya + kawan realiti. Aku lebih ramai jenis kawan macam ni. Maksudnya kawan realiti korang akan jadi kawan maya korang jugak. Selalunya kawan-kawan macam ni lagi senang untuk korang berkomunikasi. Senang untuk korang layan kepala dan senang untuk korang bahan membahan. Confirm takkan kering gusi. Dan mereka-mereka ni akan sentiasa ada dengan kroang tak kisah bila korang on facebook atau korang jalan-jalan kat luar.

Kesimpulannya. Ada 3 jenis kawan yang korang kena tahu !

Kawan Maya
Kawan Realiti
Kawan Maya + Kawan Realiti

Semua jenis ni ada kepentingan tersendiri. Kalau tak ada kawan kat facebook, tak boleh gak. dengan siapa korang nak borak kan. Kalau tak ada kawan kat realiti pun, korang takkan boleh nak survive sorang-sorang. Apa pun, betulkan niat, kita semua berkawan kerana Allah. 


P/S : Salah satu golongan yang dapat pembelaan pada hari kiamat kelak adalah seorang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Walla~

Tips waktu penting untuk post entry ?


Salam readers,

Rasanya dah lama aku tak bagi tips kat blog ni. Sory bangat-bangat. He he. Actually, aku agak busy dengan pelbagai jenis program kat u ni berkaitan dengan blogger. Ohya, Sat-sat.


Pengumuman ! Kepada sesiapa blogger yang berada sekitar batu Pahat, Johor, korang boleh datang kat UTHM untuk seminar blogger pada 6/04/2011 nanti.. InshaAllah, dua penceramah hebat akan bentangkan tajuk mengenai blogger iaitu "Blogger, untung ke?" Siapa? Hah. ni dua orang blogger otai. Mel romeo dan bro framestone. So, kalau korang ada masa, jemput-jemputlah hadir ya.

Keduanya, kepada semua blogger UTHM, inshaAllah, aku dan admin-admin lain akan anjurkan mini gathering untuk julung-julung kalinya bertempat di Tasik Y, Batu pahat. So, korang pada sesiapa yang free, dijemput hadir kat sana. Hanya blogger UTHM sahaja, blogger U lain, kita jumpa untuk gathering lain nanti k.  :)

Sesi iklan tamat.

************

Dalam berblogging, seharusnya korang mesti tahu beberapa waktu yang sesuai untuk korang publish setiap entry yang korang tulis. Sebabnya, setiap waktu tu akan ada readers dia tersendiri. Mungkin pagi readers tu terdiri daripada orang-orang yang berkerjaya dan suri rumah. Begitu juga dengan tengah hari dan petang. Ada  persamaan readers dari segi yang berkerja dan masih belajar. Malam ? For sure untuk semua blogger muda dan tua kan. Tapi apakah masa yang sebenar-benarnya ? Jom kita check satu-satu.

1.  Pukul 6.30 - 8.00 pagi.

Kebanyakkan blogger yang berkerjaya suka menyemak entry pada waktu-waktu sebegini. Kalau korang tulis entry personal, maka target readers tu akan tinggi di kalangan blogger, but kalau korang tulis entry berkaitan isu semasa, korang punya readers akan lebih tinggi sebab melibatkan ramai orang awam. waktu ni adalah waktu paling sesuai. Sebab kebanyakkan orang akan bangun pagi dan cuba cari satu berita dan isu terbaru. kan?

2. Pukul 1.00 - 2.00 petang.

Waktu begini, kebanyakkan orang means blogger lebih suka menghabiskan waktu untuk buat blogwalking dan habiskan waktu dengan berehat. So, kalau korang update entry pada waktu macam ni. Mungkin hits dia juga akan tinggi sebab akan ada juga readers singgah bila tertarik dengan tajuk entry korang. Lagi-lagi tengah bosan waktu rehat macam ni.

3. Pukul 8-10 malam.

Okeh, waktu macam ni adalah waktu paling best dan sedap untuk korang post entry. Tapi kebanyakkanya readers adalah dari  blogger-blogger yang aktif je. Aku syorkan pada waktu ke sepuluh. Sebab masa tu, semua orang dah siap solat dan menonton berita. Tu untuk blogger yang berkerjaya dan kalau untuk blogger yang muda-mudi ni, pukul 8 lagi dah ada yang sedang buat blogwalking kan. So, anggaran dalam waktu ni kira dah boleh attract ramai orang untuk baca blog korang.

4. Last, waktu kemuncak. Pukul 11.59 - 1 pagi.

Ehem. aku tak tahu kenapa aku suka post waktu-waktu macam ni. Seriyesly, waktu ni pun sebenarnya ada readers dia tersendiri. Lagi-lagi readers yang jenis burung hantu dan suka online fb sampai lewat pagi. He he. Bagi aku, waktu macam ni sangat tenang. Tenang untuk korang update entry dan tenang untuk readers tu baca. Yang penting, jangan lewat sangat. Sebab waktu sebegini, ada readers dah mengantok dah. So, pandao-pandailah korang manage ya.

Kenapa penting manage timing yang betul ? Sebab kalau korang publish pada masa yang sesuai. Sekiranya korang punya blog ada dalam bloglist blogger lain, korang akan jadi paling top kan? So, ramai orang mungkin akan klik kat link blog korang tadi.

Last but not least, semua ni sekadar pendangan aku je. Setiap blogger, lain masanya. Korang ada pendapat ? Meh, kongsi dengan aku. ^^

Sharing is caringkan?


P/S : Aku suka update entry pagi-pagi sambil dengar lagu jiwang dan mesej cik awek. Walla~

Monday, 28 March 2011

Bila kawan korang jadi kanibal ?


Salam readers,

( Cerita ni tak ada kaitan dengan aku, setakat ni, Alhamdulillah, aku tak pernah ada kawan yang jadi kanibal )

Satu hari yang damai, burung-burung berkicauan dengan riang, seolah-olah tidak mengerti apa yang akan terjadi pada seorang insan ini. Ahmad, (bukan nama sebenar) Cuba menenangkan diri dengan berjalan di taman rekreasi yang terletak di bandar KL petang itu. Seperti hari-hari biasa, tidak sah sekiranya dia tidak bergaduh dengan bakal tunangnya. Ada saja perselisihan yang terjadi pada diorang berdua. Seperti hari biasa yang lain juga, Ahmad lebih suka melepaskan semua tekanan itu di taman ini. Taman tempat pertama kali dia berjumpa dengan Aisyah, (bukan nama sebenar)

Sedang Ahmad berjalan, tiba-tiba dia ternampak satu benda yang sangat mengejutkan. Bila diamati betul-betul, maka betullah tekaan dia tadi. Kelihatan Aisyah sedang berjalan dengan gembira sambil berpegang tangan dengan seseorang. Dan bila diamati betul-betul, alangkah terkejutnya Ahmad apabila lelaki itu adalah kawan baik dia sendiri. Nasrul (Bukan nama sebenar)

Teras bagai halilintar menyambar perasaannya. Ahmad berasa segalanyanya sudah berakhir. Alangkah sedihnya, apabila kawan yang dipercayai sejak kecil sanggup memperlakukan sebegitu rupa kepadanya....

************

Cop-cop. Amacam, okeh tak aku mengarang. Ada yang dah menangis dah tu. Udah-udahlah ya. Tahan sebak di dada tu. Korang pernah diperlakukan macam Ahmad tadi ? Pernah ? baguslah. At least, korang tahu kan bagaimana rasa sakitnya di makan oleh golongan kanibal ni. Bagi aku banyak faktor yang menyebabkan kawan korang yang dari dulu korang percaya 500 peratus, tiba-tiba berubah dalam sekelip mata.

Kalau korang tengok kat atas tadi, puncanya adalah daripada seorang perempuan. Dalam kata tepatnya adalah cinta ! Pernah korang diperbuat macam ni. Ala, ada kan. Waktu zaman sekolah dulu-dulu, korang punyalah suka sorang perempuan ni, korang suruh kawan korang pi ushakan, atlast, bukan korang yang dapat, tapi kawan korang tadi. Korang? melopong jela.

Banyak lagi faktor yang menyebabkan kawan korang akan jadi kanibal. Kebiasaanya benda ni terjadi apabila melibatkan duit, pangkat, dan harta. Masa kerja nanti, mungkin akan ada orang yang sabotaj hasil kerja korang semata-mata untuk bodek bos. Kawan tu adalah kawan baik korang sendiri. Mungkin ?

Okeh-okeh. Settle dah bab tu semua. Satu soalan cepu emas, aku utarakan. Perlu ke kita maafkan orang tersebut ? Sekiranya dah dimaafkan, adakah kita mampu nak berjumpa depan depan dengan dia ? Urm. Confirm susah. tapi, boleh ke kita putuskan tali persaudaraan dengan dia ? Tak kan. Meh, aku ingatkan diri aku. Apa kata aku sabar je. Dan cuba cari point untuk aku berbaik dengan dia semula. Tapi ! Sekiranya dia dah berubah, but kalau perangai dia still sama macam dulu jugak.

Just ignore je dan berdoalah ya aku !


P/S : Punca benda ni adalah sebab jeles, hasad dengki yang tebal dan pentingkan diri sendiri ! Walla~

Sunday, 27 March 2011

Hati semua orang ? Bukan senang nak puaskan.


Salam readers,

First of all, aku ucapkan thanks pada semua yang support blog ni dari sejak penubuhan blog ni sampai sekarang. Ada yang suka, ada yang tak. Aku tak kisah sangat, sebab semua tu membuatkan aku lebih matang dalam menulis. Thanks. Kalau ada apa-apa yang korang rasa aku perlu ubah, just inform aku dan aku akan cuba usaha untuk buat macam mana yang korang nak tu. ^^

************
Back kepada tajuk besaq kat atas tu. Aku just nak kupas sikit tentang benda ni. Dan hopefully, korang semua boleh faham. Lets start it ! Ehem. Dalam hidup ni, kita berkawan dengan ramai orang. Setiap orang mempunyai citarasa dan persepsi diorang sendiri. Korang akan jumpa bermacam jenis ragam dan mungkin dalam sesaat, korang tiba-tiba akan terbuat mereka-mereka di sekeliling rasa tak puas hati. Bagi aku, benda ni sebenarnya subjektif. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Korang nak tak boleh nak marah, dan certain time, tak boleh nak terima sangat.

Okeh-okeh, aku cuba terangkan satu persatu. Situasi pertama macam ni, dari sudut blogger. Hari ini, aku tulis entry tentang aku lagi suka datang blog lelaki berbanding blog perempuan. Tiba-tiba ada seorang blogger ni datang, dan kata yang dia lagi suka datang blog perempuan berbanding blog lelaki. Adakah aku perlu marah dan menentang beliau ? Tak perlu. Sebab entry tu berhak dikritik sesiapa pun. Ini bermakna citarasa dia dan aku berbeza. Kan ?

Situasi kedua. Hari ini, aku tulis entry tentang jangan mencarut dan gunakan bahasa yang betul dalam penulisan. Tiba-tiba ada seorang blogger datang ni datang, dan kata yang dia lagi suka mencarut dalam berkarya. Dia kata yang blog dia tu bebas ditulis apa saje, dan kalau orang lain tak suka, tak perlu baca. adakah aku perlu marah dan menentang beliau ? Perlu. Sebab entry tu memang berhak dipertahankan. Sebabnya dia menghubungkan dengan readers dan perangai blogger itu sendiri.

Kedua, hari ini aku berkawan dengan seorang mamat ni. Tup tap tup tap, aku ada buat salah dengan beliau. Dan memang aku yang salah sebenarnya. Tiba-tiba, hebah satu cerita yang mengatakan aku ni teruk dan puncanya tersebarnya cerita tersebut datang dari mamat tadi. Adakah aku perlu marah ? Tak. Sebab memang aku yang salah. Tapi berhak tak aku tegur cara mamat tu tadi ? Berhak. Sebab aku rasa dia tak perlu nak cerita bagai pada orang lain. Kan bagus kalau dia tutup aib aku ?

Nampak tak game dia macam mana ?

Hari ini, bila kita bahaskan sesuatu isu yang betul, tiba-tiba ada orang datang dan bangkang sedangkan isu itu memang betul, apa yang perlu korang buat adalah diamkan diri dan just ignore sahaja orang tu. Yup ! Memang wujud manusia kat atas muka dunia ni yang ada sifat dengki dan iri hati dalam diri diorang. Tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Tak boleh tengok orang lain lagi bagus dari dia. Bagi dia, dialah paling bagus. So, bagi aku, jalan terbaik adalah biarkan sahaja.

"Saya umat akhir zaman yang prihatin bro. Mesti kena tegur jugak dia. "

Em, okeh-okeh. Kalau nak tegur je, meh aku ajar korang tegur dengan bahasa yang baik. Sebab bahasa yang baik datangnya dari hati, punca dari akal yang ? yang ? sihat ! Pandai. Aku tanya korang, apabila api berlawan dengan api. Apa yang akan terjadi ? Confirm akan jadi marak. Tapi kalau api lawan dengan air. Apa yang terjadi ? Api akan padam.

Hari ini, ramai orang tegur api dengan api. Atas sebab itu, sesuatu masalah tu tak selesai. Bila marah, dilawan dengan marah. Bila mencarut dilawan dengan mencarut. Bila buku lima dilawan dengan kaki lima. Masalah takkan selesai. Seriyesly. Bila ada seseorang tak puas hati dengan korang, ajak turun gelanggang lah, apa bagai, just cool, relaks dan sabar. sebab dengan benda-benda macam ni, korang akan buat dia sedar sendiri nanti.

Last but not least, setiap manusia tu ada perangai mereka tersendiri. dan masing-masing punya idea yang berlainan. Thats why, kalau kita gabungkan kita akan dapat something yang baru. Betul ? Apa akan jadi kalau aku ajak orang yang suka mencarut tadi berbincang. Mungkin akan wujud perkataan mencarut yang baru tapi tak nampak sangat carutannya. Contoh, binatang jadi menatam. Bodoh jadi vodoh. or something yang akan jadi lawak dan tak mendatangkan maksud sebenar. Kan-kan ?

Nampaknya, sekali lagi aku kena balik muhasabah diri ni. =,='


P/S : Teringat kata member aku AnwarHadi, kalau dok debat hal citarasa ni kat komen youtube, 6 hari 6 malam pun takkan selesai. Walla ~

Saturday, 26 March 2011

Kenapa blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki ?


Salam readers,

Dewasa ini, berdasarkan pemerhatian aku, dunia blogger ni banyak dimonopolikan oleh orang perempuan. Seriyesly, bila korang membuat blogwalking, mesti kebanyakan nama-nama kat chat box tu adalah nama perempuan. Tak joyah, mesti salmah. Setuju ? Tak. Erm, okeh-okeh, kita tak perlu ambil contoh jauh-jauhlah. Daripada blog terompahcaring ni sendiri, kalau korang tengok kat tepi bahagian poll tu, rata-rata pengunjung blog ni adalah perempuan. Tak silap 70 lebih peratus berbanding dengan 20 lebih lelaki.

So, kenapa perempuan lebih berminat untuk berblogging berbanding lelaki? Adakah ini satu konspirasi. Adakah ini menunjukkan golongan lelaki itu lemah? Adakah perempuan itu sebenarnya terlalu aktif ? Dalam kepala aku dah ada macam-macam point ni. Takpa-takpa, jom, kita pi usha beberapa point berdasarkan pengalaman aku selama ini.

1. Perempuan lebih suka berkongsi masalah.

Hok ni aku setuju sangat-sangat. Sebab kebanyakan blogger perempuan yang aku kenal, lebih suka berkongsi segala bagai yang dilalui beliau sepanjang satu hari or satu minggu tu. Dari kisah dia bangun tidur, sampai dia berjumpa dengan katil balik. Means blog diorang berbentuk personal. Jarang aku nampak blog perempuan yang berbentuk informasi, kecuali tutorial nak pakai shawl, or tutorial nak lawakan blog. Korang nak tengok diorang ajar install software or cara nak buat web designer. Minta maaf. Tu, korang boleh cari je blogger-blogger lelaki sebab tak ramai blogger perempuan yang minat.

2. Perempuan lebih suka populariti.

Hok ni, aku biasa-biasa je. Sebab tak semua perempuan yang buat benda ni untuk populariti. Korang janganlah ambil populariti dari sudut negatif. Maksudnya, bagi aku, kebanyakkan perempuan suka menonjolkan apa yang diorang ada. Kepandaian, kecantikan, kerajinan., dan kekreatifan. Kalau korang tengok mana-mana blogger perempuan yang famous amos, mesti diorang ada salah satu daripada aset tersebut. Bila dah ada aset macam muka chantek, secara tak langsung, populariti akan datang. Dan ya ! Lelaki lagi kurang minat dalam benda ni kalau nak dibandingkan dengan perempuan.

3. Perempuan lebih suka mengarang.

Dari aku kecil sampai aku besar, dalam bab mengarang ni, perempuan lagi suka daripada lelaki. Sebab, korang tengoklah zaman cinta monyet time sekolah rendah dulu or menengah bawah, confirm perempuan lebih suka hias-hias surat-surat cinta ni berbanding lelaki yang hanya gunakan keratan buku garis satu untuk balas. Seriyesly, lelaki tak suka benda-benda yang menyenakkan kepala untuk fikir susah-susah. Blogging ni perlukan korang sentiasa berfikir 24 jam, sebab korang akan update entry seberapa banyak yang boleh.

4. Persepsi lelaki blog hanya untuk perempuan.

Kebanyakkan lelaki lebih suka something yang adventure or maksud aku yang mencabar dan ekstrem. Korang agak-agak blogging ni mengeluarkan peluh? Buat badan jadi ketak-ketak lapan? Or buat korang kelihatan macho. Tak. Bagi mereka, blogging ni satu benda yang tak memberi effect kepada perjalanan hidup diorang sebagai lelaki kacak dan segak. Buat okay, tak buat pun okay. Sebab apa aku join blogger, sebab aku tak perlukan semua tu. Ha ha. Tak-tak. Aku aktif gak kat u sebenarnya. So, tanggapan sesetengah lelaki yag blog ni hanya untuk perempuan tu totally salah.

5. Akhir zaman.

Bab ni, memang dah termaktub nisbah lelaki dan perempuan sangat besar. Tak silap aku 1 lelaki 8 perempuan. So, no wonderlah. ^^

Apa-apa pun, secara jujur, aku beritahu yang blog lelaki lagi aku suka lawat berbanding blog perempuan. Sebab mereka-mereka ni menulis dengan tenang, kemas dan tersusun. Paling penting, diorang jarang melibatkan penulisan dengan emosi. Sebenarnya, dalam dunia blog ni, ramai jugak blogger lelaki yang wujud. Cuma mungkin diorang ni tak famous amos sebab diorang tak suka nak promote blog diorang kat mana-mana site. Ehem, low profile la katakan.

Tak gitu blogger lelaki ? He he...
P/S : Setiap blogger itu dibezakan dengan idea dan gaya penulisannya. Walla~

Pengumuman | TerompahCaring contest !! Birthday !


Salam readers,

Hehe. Thanks untuk semua yang menyertai contest ringkas aku sempena burfday aku hari tu. Thanks sangat-sangat. Walaupun hanya dibuka selama 5 jam, tapi korang masih semangat nak sertai lagi. Thanks. Pada yang tak sempat join tu, inshaAllah, dalam masa tterdekat ni jugak, aku akan buat contest terbaru. So, korang kenalah sentiasa follow up apa yang berlaku kat belog ni. Okeh?

By the way, ramai yang tanya aku,bila pengumuman akan dibuat. Yang tanya tu pulak kawan-kawan yang aku kenal. Ops, diorang pun join sekali rupanya. =,=' Sebenarnya aku suka bila diorang join, tapi yang jadi satu masalah bila aku nak buat keputusan. Ala, aku ni kan umat akhir zaman yang konon-konon sentiasa nak jaga hati kawan-kawan. So, serba salah sikit lah. He he.

Apa-apa, keputusan adalah muktamad. So, dengan ini, aku umumkan pemenang bagi contest pertama adalah daripada seorang blogger dengan ucapannya seperti berikut...

Awk! camat ayi lahir... nak sy nyanyi tak?


Happy betday to u.. happt betday to u.. happy betday ti incik telompah.. happy betday to u..(nyanyi sambil goyang2 badan kiri n kanan tau)


Semoga Allah memberkati hidupmu dalam perjalanan sebagai khalifah di bumi Allah yang fana ini. moga langkahmu dalam redhaNya.. hidup ini bagai mencelup seputung jari di lautan. sedikit air yang berbekas di jari itulah kehidupan d dunia, dan lautan yg luas itu adalah akhirat kelak. manafaatkan hidup ini sebaiknya!


Photobucket


Congratz untuk cik bie. Kepada sesiapa yang tak menang tu, thanks jugak. Korang jangan tacing-tacing lak. Lain hari, korang punya rezeki pulak k. :) Apa-apa pun, korang semua memang terbaik !

Last but not least, kepada cik bie, sila beritahu emel anda untuk adiah topup ya. Dan belog anda akan diriew untuk masa 24 jam. Cuma, akan diriew kelak. :)

Thanks semua ! ^^

P/S : Teringin nak makan kek resepi rahsia lah. Nak cash out nuffnang or tak ea. Walla~

Thursday, 24 March 2011

Betulkah berblogging hanya membuang masa ?


Salam readers,

First of all, thanks pada semua kawan-kawan yang sudi wish burfday aku semalam. Semoga kalian semua dirahmati Allah. Thanks juga yang menyertai aku punya contest semalam. Alhamdulillah, hampir 25 orang yang join, dan keputusan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat ni. So, sabar-sabarlah ea. Tergelak aku baca ucapan-ucapan korang, apa-apa pun korang memang sangat-sangat sempoi dan terbaik ! Yeayh ! ^^

************

Untuk entry terbaru ni, ada, aku nak kupas tentang isu blogging ni sekadar membuang masa. Betul ke ? Ada orang kata blogging ni hanya sia-sia ? Betul ke ? Okeh-okeh. Sebenarnya, bagi aku benda ni pun termasuk dalam benda-benda yang subjektif. Terpulang pada keadaan dan situasi orang tersebut. Bagi aku kalau korang tanya pada blogger, tak kisahlah blog diorang itu berbentuk informasi atau peribadi, masing-masing akan kata yang blogging ni mengisi masa lapang. Tapi kalau korang tanya pada orang biasa yang tak ada blog, diorang akan jawab benda ni membuang masa.

Nampak tak game tu macam mana? So, as one of the blogger. Meh aku bagi penerangan dekat korang-korang yang kata benda ni membuang masa.

Aku terangkan tentang blogger personal dulu. Blogger yang menulis entry personal sama dengan orang yang menulis diari. Bezanya, kalau menulis diari di buku, diorang boleh simpan sendiri, untuk pengetahuan diri sendiri sahaja. Tapi bagi blogger yang menulis entry personal, diorang berkongsi pengalaman diorang dengan orang lain. Nampak tak.

Aku bagi contoh, ada seorang blogger ni tulis macam mana dia berjaya dalam pelajaran. Dia luahkan semuanya. So, orang lain pun akan dapat manfaat dia bila baca blog dia. Macam tu. Itu kalau dia tulis positif, tapi andai kata dia tulis negatif, rasanya korang boleh ambil muhasabah dari situ kan? Contohnya, dia tulis kisah hidup dia yang gagal dalam pelajaran sebab banyak ponteng kelas. Dari situ, korang boleh ambil iktibar untuk diri sendiri. Jangan ponteng kelas !

Bagi blogger yang menulis entry informasi. Kebanyakan bila orang taip keyword kat google, selalunya akan masuk dalam blog-blog milik orang malaysia ni. lagi-lagi, bila keyword dalam bahasa melayu. Kiranya, dengan menulis sesuatu maklumat, blogger juga akan dapat manfaatnya sendiri. Contoh, tentang isu Tsunami di Jepun dan isu pergolakkan kat Libya atau Mesir, or pergolakan politik kat negara kita, Mungkin kita tak suka baca akhbar yang berbentuk formal, so, dengan membaca blog, korang akan tahu tentang sesuatu peristiwa tu sebab gaya penulisan lebih santai dan mudah difahami.

Lagi satu, dari pengalaman aku sendiri. dengan berblogging, korang akan jadi lebih matang. Seriyesly, korang akan cuba ubah setiap benda yang negatif kepada positif. Lagi-lagi bila korang dah dikenali. Semua benda yang korang buat,tulis akan jadi perhatian. Em, aku akan huraikan apa itu kematangan dalam blog untuk entry akan datang. :) Suspen kan.

Last, pada sesiapa yang tak punyai blog, jangan kata blogging ni membuang masa. Korang baca, kami tulis. Dan aku akui ada blog-blog yang gunakan bahasa karut marut dalam penulisan. Mana ada orang yang perfect kan, just ignore blog-blog macam tu. Aku pun tak suka juga jenis penulisan macam tu.

Pada blogger yang menulis pulak, jangan menulis ikut suka suki. Adab menulis kena ada. Sebab setiap yang korang tulis, akan dibaca. Dan setiap carutan korang tu akan memberi petanda pada blogger-blogger baru yang mencarut tu boleh dan dihalalkan dalam menulis. Lagi-lagi korang tu blogger lama.

Photobucket

P/S : InshaAllah, akan diadakan seminar blogger untuk universiti aku (UTHM) 6 april ni. Siapa berminat nak datang, bagitahulah ea. Walla~

Wednesday, 23 March 2011

Contest : KomEn Birthday paling menarik !


Salam readers,

Wah. thanks pada semua yang sudi wish birthday aku hari ini bermula dari pukul 12 semalam, hingga sekarang. Thanks-thanks. Actually, aku memang tak sangka pun ramai yang akan komen. Seriyesly. Sebab aku jarang sebenarnya nak tegur-teur orang kat facebook, lagi-lagi orang yang tak kenal sangat.

Dari apa yang aku nampak, ramai yang wish atas sebab blogger. Dan ada juga yang wish atas sebab kawan sekolah rendah,menengah dan matrikulasi dulu. Ops, kawan u pun tak terkecuali. Thanks. Tak lupa jugak pada semua saudara aku dan juga kawan-kawan yang aku tak kenal sangat kat facebook. Thanks.

Mungkin lepas ni, aku tak mampu nak wish balik korang punya burfday seramai 300 lebih orang tadi. Tapi, andai ada kesempatan, aku akan wish jugak. So, rajin-rajinkan diri post apa-apa kat wall aku ya. Ohya, borak-borak dengan roomate tadi, so, dia cetuskan satu idea untuk aku buat satu contest. Means mini contest sempena birthday aku ni.

Ops, jangan salah faham, Aku bukan nak menunjuk. Tak. Cuma, aku nak raikan hari kelahiran ni sama-sama. Mudah-mudahhan, kita semua mampu sampai pada birthday kita yang akan datang. So, contest ni mudah je. Lets check it out. :)

Photobucket

  • Tak perlu buat entry bagai, just tinggalkan komen dalam bentuk ucapan hari jadi kat bawah sini.
  • Ucapan yang paling kreatif dan menarik, akan diangkat sebagai pemenang.
  • Kriteria yang diambil kira pada ucapan ialah bebas, asalkan ucapan tu mampu buat penganjur tersentuh, gembira atau terharu. Tak kisah.
  • Tak kira berapa panjang sekalipun ucapan tersebut.
  • Hadiah adalah topup sebanyak RM 20 dan + review khas blog dia (sekiranya dia blogger) selama 24 jam.
  •  Contest ini akan berakhir pada pukul 2.00 pagi ini.
  • Sebarang pindaan akan diberitahu.
Hopefully, dapat sambutan daripada korang semua. Semoga kita semua terus panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh-NYA.

P/S : Er, burfday kali ni lain daripada tahun-tahun sebelumnya. Sebab dah dikenali sebagai blogger. Walla~


Tuesday, 22 March 2011

Tips untuk blogger yang sibuk dan tak ada idea ?


Salam readers,

Ramai kawan-kawan aku yang semangat awal-awal dulu nak buat blog, but at last blog diorang terabai macam tu je. Walhal kebanyakkan diorang semua, bagi aku mempunyai idea-idea yang menarik dan bernas. Kalau dikupas dengan pisau yang tajam, bakal jadi satu entry yang bagus untuk dibaca. Cuma yang menyebabkan diorang terkandas adalah disebabkan masa yang tak cukup untuk diorang menulis entry.

Benda ni memang dilalui oleh semua blogger, tak kisahlah yang lama ataupun yang baru. Akan ada satu masa korang tak sempat nak update baru walaupun idea masa tu memang sangat terbaik. Atau masa dah ada, tapi idea tak ada pulak. Hu hu. So, meh, aku kongsi cara-cara nak update belog dengan senang dan lincah.

1. Buat jadual.

Okeh, ni memang sangat-sangat penting. Korang kena setting korang punya jadual sendiri berdasarkan masa kerja dan masa study korang. Mungkin masa yang free hanya waktu malam, so, manfaatkan masa malam tadi dengan mengupdate sebanyak mungkin entry yang boleh. Dan korang boleh set bila korang nak publish entry tu bila sampai masanya. So, korang tak terkejar-kejar setiap hari untuk menaip entry. Okeh?

Satu lagi, entry ni tak semestinya panjang. Yang penting berkualiti. Bukan kuantiti ! So, kalau korang mampu buat huraian dengan bagus, tulislah sepanjang mana yang boleh, selagi orang tak bosan nak baca :)

2. Catat setiap idea yang muncul tiba-tiba.

Kalau korang jenis orang yang bawak buku nota kecil ke mana-mana korang pergi, apa salahnya bila ada idea datang tiba-tiba, korang terus catat. Seriyesly, aku selalu buat macam ni dari dulu lagi. Kadang-kadang korang tengah makan, idea datang, tengah mandi tu, er, janganlah. Tengah dengar ceramah, dalam kuliah ke. Korang akan dapat macam-macam idea. So, daripada idea tu terbuang macam tu je, apa kata, korang tulis supaya boleh guna bila dah duduk depan laptop nanti. :)

3. Guna kepakaran orang lain.

Mungkin korang ada kawan-kawan yang pandai dalam bab menulis, tapi taknak mempunyai blog.  So, apa kata korang memperalatkan beliau untuk menunjukkan kemahiran beliau dalam berkarya dengan menulis artikel di blog korang. :) Bagilah upah sedas dua roti canai ke. Boleh je. Dulu, aku pernah guna kepakaran kawan chinese aku menulis artikel dalam bahasa inggeris. Al-maklum, penulisan aku dalam bahsa inggeris dah macam bahasa Jepun, ada certain orang je yang faham nanti. Ha ha. Memang entry tu menyebabkan ada certain visitor dari luar negara yang datang baca. Nampak manfaatnya tak?

4. Spesifikkan hari khas untuk menulis.

Okeh, Benda ni lebih kurang yang pertama tadi. Cuma kali ni, korang boleh pilih beberapa hari yang fixed dalam seminggu untuk korang berkarya. So, readers korang takkan tertunggu-tunggu. Diorang dah tahu bila hari yang korang akan publish post. dan korang boleh manage sendiri jadual korang untuk menulis.

5.  Cuba benda baru.

Kebanyakkan blogger takut untuk menulis entry yang pelik-pelik atau entry yang mudah-mudah. Atas sebab tu, diorang ketandusan idea sebab terikat dengan cara diorang yang formal. Aku bagi korang contoh, mungkin bila dah tak ada idea, korang boleh cuba tulis etnry yang pelik, tapi menarik. Macam cerita pasal ending cartoon digimon, doraemon, or power rangers. Nampak macam kelakar dan kebudak-budakkan, tapi seriyesly ramai readers yang teringin nak baca benda ni sebenarnya. Atau korang tulis pasal kenangan masa permainan kanak-kanak dulu or something berkaitan dengan nostalgia zaman korang kecik-kecik. Boleh hits jugak entry macam ni.

Apa-apa pun, semuanya terletak pada kekreatifan korang mencari ruang dan menulis. :) Paling penting, jangan putus asa ! He he. Aku nak capai tahap hari ni perlukan dua tahun lebih. Ada kawan aku just perlukan dua bulan, sebab dia sangat rajin. So, kalau dia boleh buat, aku yakin korang blogger baru pun mampu.

Photobucket

P/S : Malam yang sangat touching ~ Tetiba aku menangis gembira. Ops.Walla ~

Monday, 21 March 2011

Berbohong tu tak berdosa bila ?

Salam readers,


( Entry ni bukan menunjukkan aku alim atau bagus, tapi, bukankah ilmu tu seeloknya dikongsi bersama )


Korang pernah dengar masa kecik-kecik dulu, ada mak-mak cakap bila korang buat salah. 


" Adik, lebih baik ang cakap betul-betul. Tak bagus bohong mak tau."


Ataupun ayah korang cakap.


" Abang. dalam banyak-banyak benda abang nak buat, buatlah, tapi satu je, jangan tipu ayah"


Ang pernah dengar tak ? Ang rasa berbohong tu berdosa tak ? Berdosa. Yup, bagus. Memang berdosa pun bila ang terang-terang bohong mak ang. So, sebenarnya berbohong macam mana yang dibolehkan dalam islam. Tak tahu. Okeh, meh cek habaq kat angpa semua. 


Dalam islam ada 3 kategori yang dibolehkan korang untuk terus berbohong dan menipu atau dalam kata kasarnya berdusta. Memang dibenarkan.


1. Berbohong untuk menyelamatkan nyawa.


Kita ambil contoh, ada seorang islam/ muslim sedang melarikan diri daripada seorang orang yang zalim. Bila sampai orang zalim tadi pada korang, dia bertanya tentang kedudukan orang islam tadi, walaupun korang tahu, oleh sebab benda ni melibatkan nyawa orang yang tak bedosa, maka korang dibenarkan berbohong untuk menyelamatkan nyawa orang tadi.


2. Berbohong untuk menyelamatkan diri dari musuh. (perang)


Dalam hadis bukhari ( no 3030 ) menyatakan bahwa perang tu adalah tipu muslihat. So, dalam perang antara orang kafir dan muslim, sekiranya korang itu adalah tentera orang islam, korang dibenarkan untuk berbohong dengan niat untuk memberikan kelebihan pada pihak ketenteraan sendiri.


3. Meleraikan pergaduhan.


Okeh, aku ambil contoh ada member korang, si A dan si B bergaduh, oleh sebab korang ni umat akhir zaman yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi dan tahu bahawa islam tak menggalakan umatnya bertelagah, So, korang berusaha untuk meleraikan pergaduhan tersebut dengan membuat satu penipuan, Pertama, korang datang kat si A, dan kata si B ada cerita menyesal bergaduh dengan dia, dia segan nak mintak maaf, so dia wakilkan korang. Begitu jugak situasi bila korang datang kat si B. Akhirnya, diorang berdamai.


Ehem, Nampak tak mainan dia macam mana?


4. Untuk menyenangkan suami isteri.


Ni khas untuk orang yang dah berkahwin. Okeh, benda ni lebih kepada bohong apabila si suamo berjanji tapi sebenarnya tak berniat untuk menunaikan janji tersebut. Contohnya macam ni. Satu hari, korang dan isteri korang bergaduh, maka korang berusaha dengan memujuknya dengan berkata, sekiranya korang dapat naik bonus, korang akan bawa dia makan angin. Walaupun korang tak tahu korang akan dapat bonus bila, tapi niat asal tadi sebenarnya adalah untuk memujuk. Selalunya, kita akan tunaikan jugak bila si isteri dah ingatkan balik. =,='


5. Melindungi harta dari golongan penindas.


Last, contohnya macam ni. Ada seorang hamba Allah datang simpan barang dia kat korang. Tiba-tiba satu hari, ada orang yang zalim datang nak rampas barang tersebut. Maka, wajib atas korang untuk menipu bagi mengelakkan dirampas. Dan Imam Ghazali berkata sekiranya barang itu dirampas, korang wajib untuk menggantikan semula.


Apa - apa pun, kita digalakkan melakukan At-Tauriyah iaitu berselindung. Means tak berbohong terang-terang. Maksud sebenarnya adalh cakap pada zahir macam berdusta, tapi sebenarnya tak berdusta.


Nak contoh ? okeh. Macam ni. Korang tengah duduk dengan kaki bersilang, tiba-tiba ada satu orang islam dikejar oleh seorang orang zalim bersembunyi di tempat berhampiran korang duduk, bila orang zalim tadi datang, korang luruskan kaki dan alihakan sedikit badan menghala ke tempat lain, dan dia tanya kat korang tentanorang islam tadi. 


Korang kata tak tahu dalam kedudukan korang yang baru. Dan itu tak dikira berbohong, sebab korang dalam satu kedudukan kaki yang lurus berbanding kedudukan kaki yang bersilang sebelum tadi. Okeh?


Photobucket


P/S : Jangan percaya artikel aku bulat-bulat, sila rujuk pada ulama' dan ustaz-ustaz yang lebih pakar. Walla~

Siapa kata blog personal tak boleh pergi ?


Salam readers,

Dulu masa awal-awal aku ceburi bidang blogging, kebanyakkan entry-entry personal jarang dapat sambutan. Korang tulislah berjela-jela kisah hidup korang, dari A sampai Z, takkan ada seorang pun yang baca. Dan mungkin entry tu takkan ada orang yang komen. Seriyesly. Kalau tak percaya, korang boleh tengok entry-entry aku tahun 2009 lepas. Dan kalau tak percaya lagi, bolehlah tengok entry-entry otai-otai yang follower dia ribu riban, tapi korang tengok entry diorang yang lepas-lepas pasal personal. Confirm tak ramai orang yang komen.

Tapi sekarang tak, ramai blogger suka jadikan blog diorang satu tempat berkongsi pengalaman or kisah hidup. Termasuk diri aku sendiri. Mungkin ada ramai blogger yang suka main dengan word Seo, or suka tulis berita-berita terbaru. Tapi seriyesly jugak, entry-entry personal semakin mendapat sambutan sekarang. Dari pemerhatian aku, ada 3 sebab blog personal tu boleh pergi jauh dalam dunia blogging.

1. Simple, padat dan berkesan.

Means korang tulis menggunakan gaya bahasa yang ringkas. Ayat tak berjela-jela dan tak menggunakan banyak bahasa kiasan. Kiranya macam ni, korang nak bagitahu korang baru belajar memasak. So, korang toksahlah cerita dari awal korang berkenalan dengan tukang masak tu, just straight to the point. Terus kepada bahan-bahan nak memasak. Dan cara-cara nak memasak. Okeh ?
Dari situ, orang akan berminat terus nak follow up entry korang. Ingat ! readers datang untuk baca isi-isi yang penting, bukan nak baca entry-entry yang tak ada kaitan.

2. Jangan banyakkan mencarut.

Kebanyakkan entry sebegini bebas dalam bersuara. Kalau korang tulis entry berbentuk Seo, korang akan kena ikut dia punya rules, mungkin sedikit skema dan berprotokol. So, bila dah tulis entry personal, bila masa korang nak gambarkan korang tengah marah, jangan banyak gunakan bahasa-bahasa mencarut ni. Seriyes, Walau jahat mana pun readers, diorang takkan suka dengan penulisan berbentuk negatif macam ni. Lagi satu, dah tentu melambangkan korang punya perangai macam mana kan. Paling penting ! Elakkan penggunaaan bahasa Sms. Kita berblogging, bukan bermesej.

3. Jangan syok sendiri.

Benda ni bila korang tulis tentang kejayaan korang dapat apa-apa cemerlang, or kisah mitos percintaan korang yang dianggap agung dengan kekasih korang. So, elakkan daripada syok sendiri or over dalam menulis. Kadang-kadang kita tulis kisah kita dengan si dia sampai readers menyampah untuk baca. Meh aku bagitahu, memang syok tulis apa yang bahagia tentang diri kita, Seriyesly, memang best. Tapi korang kena ingat, tak semua orang bahagia. So, kalau readers tu baru lepas putus cinta dan korang tulis over action macam tu, apa diorang rasa. Jangan pentingkan diri sendiri !

So, pegang dengan 3 prinsip ni, korang punya entri berbentuk personal mesti boleh berjaya. :) Mungkin ada tips lain, tapi aku rasa 3 ni paling penting. Kalau tak mampu buat, jom try bagi tips-tips pulak, or mungkin korang boleh main words Seo. who knows?


P/S : Entry aku ni campur-campur. So, janganlah merungut atau pening pulak. Walla~


Sunday, 20 March 2011

Download | Zizan Raja Lawak seorang rapper !


Salam readers,

"Selamat tinggal kawanku..Tak mudah aku pergi. Bila wajahmu...." Korang dah dengar lagu nyanyian Zizan Raja Lawak. Semalam aku dengar, dan aku mula kagum dengan versatili dia yang boleh melawak, menyanyi dan berlakon. Seriyes. Tak semua orang ada talent macam tu. Maksud aku buat dengan baik lah. Ada certain pelakon, bila menyanyi agak ke laut, dan ada certain penyanyi bila berlakon pun agak ke laut. Taknak bebel panjang, apa kata kita sama-sama dengar lagu Zizan yang sedang hot feat bersama Dina Malaysian Idol.
Check it out ~
Zizan feat Dina - Selamat tinggal.



Download kat sini.


Aku suka dengan video klip ni. Sebab memang touching ! Kalau korang dengar tapi tak tengok, mungkin tak berap faham motif lagu. Tapi seriyes aku cakap, kalau korang dengar sambil tengok video ni, korang akan faham maksud lagu ni dibuat.

Zizan feat Zain Ruffedge with altimet Anggun




Download di sini.


First time aku dengar lagu ni, macam biasa je. Bila aku tengok balik lirik dia, baru aku faham yang lagu ni agak terbaik dan Zizan terbaik dalam part rap dia.

Kesimpulannya, aku tak suka lagu-lagu rapping ni, dan genre muzik yang aku minat lebih pada lagu-lagu yang uju vokal or Pop rock, Nasyid or R&b. But for the first time bila aku dengar lagu zizan ni, aku dah suka. Antara rapper yang paling aku minat dari dulu sampai sekarang, of course malique dan cat farish.. Sebab lirik dan gaya penyampaian diorang yang agak relaks tu sangat cool. Industri rapper kat Malaysia ni tak ramai rapper yang mampu menyanyikan lagu-lagu rap dengan bagus.

So, apa kata, kita sokong Zizan. Moga dia dapat bawak satu kelainan dalam industri muzik di Malaysia.

Photobucket

P/S : Tompok-tompok tahi unta kurma (rapping zizan masa final raja lawak ) ~ Walla~

Saturday, 19 March 2011

Awak rasa blog awak best ?


Salam readers,

Dah lama aku tak bukak formspring. Sejak pandai guna twitter dan skype ni, formspring dah macam hidup segan mati taknak je kat blog aku. Kuh3. Takpe, semalam aku bukak, dan aku memang dah jangka dah. Soalan ada hampir 9++. Memang tak terjawab la aku nampaknya. Thanks pada sesiapa yang rajin bertanya, harap korang sabar ea. Sebab ni kaunter pertanyaan tak berbayar, memang kena tunggu turn gak. By the way, aku tertarik dengan satu soalan ni dan soalannya adalah seperti berikut..

Photobucket

Awak rasa blog awak best tak ?

Ehem-ehem. Okeh. Soalan yang menarik simple dan padat. Aku rasa dalam dunia ni, semua orang akan kata belog dia paling best hatta follower dia baru seorang dua. Setuju ? Dalam dunia ni, semua orang akan kata benda yang dia dah usahakan penat-penat dari awal paling bagus. Setuju ? So, dengan rasa berbesar hati aku akan kata blog aku pun termasuk dalam kategori yang sama. Best !

Best ? Best ? Best ? Menarik. Korang tahu maksud best ni ?

Best ni maksudnya bukan korang sendiri yang mengiktiraf blog korang but sebenarnya korang telah diiktiraf secara tidak langsung oleh korang punya readers. Macam mana? Macam ni. Setiap kali korang post, akan ada orang yang komen. Setiap kali korang online kat facebook, akan ada orang-orang baru yang tegur korang dan kata blog korang best. Tak kisahlah kenal atau tak.

Contoh. 

"Eh, bro terompahcaring. Aku suka baca belog ang bro."
"Eh, ni terompahcaring kan? Perhh.."
"Salam bro, aku suka baca belog ko douh "

(Benda ni contoh, ada yang betul,ada yang tak. Lalala~ )

Korang nampak mainan dia macam mana? So, korang akan tahu belog korang best atau tak berdasarkan daripada feedback orang ramai. Bukan daripada feedback diri sendiri. Bila guna feedbacak dari diri sendiri, korang akan mula perasan bagus. dan bila korang mula perasan bagus, korang takkan dengar pandangan daripada orang lain, bila tak dengar pandangan dari orang lain, akhirnya, belog korang akan shutdown.

Pernah dengar tak blogger syok sendiri ? Dengan template yang berat, tulisan colorfull sampai susah orang nak baca, lagu rancak kat music player, ada pengesahan kod bila nak komen,  dan apa bagai jenis widget dipasang kat belog. Memang sometimes kita rasa best. Bagi aku tak kisah kalau blog tu memang korang tak sasarkan pembaca, dan tak sasarkan uniq visitor setiap hari. Tak kisah. Means blog tu dibuat secara suka-suka. Bukan nak series sangat. Its okay. 

Menjadi permasahalahannya bila, blog ni sasarkan pembaca, dan nak tingkat income. Tapi still pakai macam contoh-contoh kat atas tadi. Memang orang takkan datang kat belog ang. Takkan. Sebab setiap readers, perlukan ketenangan dengan untuk baca belog. Kalau blog korang still macam tu, awal-awal depa dah lari. Kan? So, jangan syok sendiri. Or orang kata perasan bagus

P/S : Kalau syok sendiri nak kahwin dengan artis ke, boleh dipertimbangkan. Walla~

Friday, 18 March 2011

Perbezaan Blogger famous, Blogger otai dan Blogger picisan.


Salam readers,

Dalam otak aku sekarang sedang bermain macam-macam entri nak ditulis. Fikir-punya fikir, aku rasa aku dahulukan weekend ni punya entry dengan tajuk macam kat atas. Tu, kat atas. Nampak kan. So, apakata kita sama-sama ( terutama para blogger ), kita dok pikiaq sama -sama.

Okeh, before that. Korang tahu maksud otai ? Word otai bermaksud orang lama. Means orang tu dah lama dalam bidang tu. Berapa lama? Benda ni subjektif. Mungkin 2 tahun, 3 tahun or ke atas. Selok belok kiri kanan tentang bidang tu, depa dah expert dah. Otai dalam bahasa inggeris adalah old timer dan bahasa millineumnya otai. So, rasanya korang dah faham kan maksud dia.

Jom..

Persepsi otai ni kebanyakkan membawa maksud berbeza. Dalam dunia blog, bila korang punya follower ribu riban, dan ada blogger baru yang nak berjinak ternak dengan blogging, depa akan panggil ang blogger otai. Sebabnya, depa akan anggap korang dah expert bab-bab blogging ni. Segala tunjuk ajar korang membawa seribu satu makna untuk dia. Sebab tu, dia puji-puji ang.

Situasi sama macam aku. =,='

Tapi lain cerita korang pulak tak tahu dan rujuk dengan blogger lain. Means korang tak tahu pasal SEO, dan korang rujuk pada blogger yang pakar mainan SEO ni, so korang anggap dia pulak otai. Sebab di lagi expert dari ang bab-bab macam ni.

Situasi sama macam aku jugak =,='

Nampak tak mainan dia macam mana? Er.

Apa perbezaan blogger famous dengan blogger otai ? Tak tahu. Okeh-okeh. aku terangkan ni. Selalunya blogger famous mempunyai peminat yang ramai. Seriesly. Korang akan nampak follower mereka ribu riban. Cop. Berpuluh ribu riban. Selalunya dan kebanyakkannya blogger sebegini mempunyai aset mereka tersendiri. Means mereka ada pakej muka yang cantik ( bagi perempuan ) berpendidikan, dan gaya penulisan yang menarik. Thats why, ramai yang suka. Lagi satu, blogger sebegini memang sangat-sangat caring. Means their whole life dah tak dkira privacy lagi. Yup, dah macam artis dah. jalan mana-mana, mesti ada orang kenal.

Komuniti blogger famous tak ramai, kalau korang dah lama korang akan perasan blogger macam Fatin liyana, Hanis Zalikha, IrineNadia, Cik epal dan macam-macam lagi. So, dari situ, korang dah nampak dah kefamousan beliau-beliau. Seronok jadi famous ni. seriyes. ( Aku cakap macam aku famous ) Sebab serba serbi yang korang tulis akan jadi perhatian. Dan sebab korang dah ada loyal readers korang sendiri. Okeh ? So, cuba cari strategi untuk marketkan belog korang.

Berbalik pada blogger otai. Kebanyakkan blogger ini, follower dia tak ramai. Mungkin tak cecah 10k pun.
Tapi income or uniq visitor dia sangat masyuk setiap hari. Sebab ada yang bermain dengan words Seo, dan mungkin ada yang mahir dengan tips masakan or apa bagai. Blogger otai ni bagi aku macam cikgu-cikgu kat sekolah, korang tanya apa-apa pun, diorang mampu jawab dan kongsi idea.

By the way, ada juga segolongan blogger yang dianggap blogger otai + blogger famous. Diorang famous dan diorang mahir dengan tips bagai semua. Siapa ? Korang pernah dengan justkhai, syahirul.com or kereta mayat ? Diorang semua bermain dengan tips dan cara diorang marketkan belog tu memang sangat mantap. Dan for sure diorang ada diorang punya loyal readers tersendiri.

Nampak tak. So, aku boleh kategorikan ada 3 jenis blogger untuk artikel kat atas ni.

Blogger Otai.
Blogger Famous amos.
Blogger Otai + Famous amos.

Apa pun, persamaan antara blogger ni semua, diorang ada satu gaya penulisan yang mantap dan tersendiri. Means tak ada copypaste dari orang lain. Dan korang akan terpanggil untuk terus baca dan follow up setiap entri diorang. :)

Siapa itu blogger picisan ? Blogger ni masih tercari-cari cara nak survive dalam dunia blogging. Masih cari follower, masih cari gaya penulisan, masih belajar tips-tips untuk upkan belog.

Sama situasi macam aku lagi =,='

Perbezaan antara blogger picisan dan blogger picisan yang lain adalah strategi diorang nak marketkan belog diorang dan semangat ingin belajar diorang. Sat-sat, ini tak berkaitan dengan umur. Tak semestinya korang umur 18 tahun, tapi dah berblogging sejak umur 13 tahun, korang dianggap newbie. Tak. Ada kawan blogger aku yang umur baru 15 tahun (5 tahun lagi muda dari aku), tapi entry semua dah mantap. gaya penulisan dah ada. Dan ada follower yang ribu riban. Semuanya terpulang pada diri masing-masing.

Fenomena hari ini, blogger picisan kebanyakkannya lebih suka copypaste entry orang dan jadikan hak milik kekal sendiri. Diorang tak keluarkan idea diorang sendiri. Itu okeh. Ada lagi tu, just copy paste dari paper online dan paste bulat-bulat. So, macam mana nak agaknya korang nak ada loyal readers sendiri ?

Last, dalam blogging, ilmu di sangat-sangat luas. Dan mungkin ada benda yang blogger picisan tahu, but blogger famous amos tak tahu. Mungkin ada blogger picisan tahu, tapi blogger otai tak tahu. Thats why, bila korang dah famous amos nanti, jangan sombong. Jenguk-jenguk orang-orang baru ni. Mesti ada manfaat kan...


Photobucket
P/S : Aku ingat nak suruh KRU buat lagu la. Kita blogger bersaudara. Walla~

Thursday, 17 March 2011

Definisi Cinta mengikut terompahcaring | Ada 5 !


Salam readers,

Pertamanya aku nak habaq kat ang yang aku dah lama nak buat pasa cinta ni. Cuma aku rasa masa tak sesuai, al maklum. Orang yang kembali single ni fobia nak bercinta dah. =,='. So, aku rajinkan diri nak join contest ni. Anjuran siapa ? Ni hah.

Photobucket


************

Setiap orang mempunyai falsafah  mereka tersendiri. Masing-masing ada alasan yang berbeza mengapa dia mencintai seseorang tersebut. Dan suka untuk aku cakap yang cinta tu sebenarnya sangat-sangat subjektif. Kita ambil contoh mudah, pernah tak korang berada dalam satu keadaan. kenapa kawan korang sikit punya suka seorang perempuan ni, sedangkan bagi korang perempuan tu biasa je. Korang rasa dia patut dapat lagi bagus dari tu. Tapi dia taknak dan setia pada perempuan tu. Itulah dinamakan cinta.

Pernah korang berada dalam satu situasi, kawan korang dah clash, dan dia masih setia pasangan dia tu datang cari dia balik. Dia masih setia tunggu pasangan tu mesej dia or call dia balik. Pernah ? Itulah dinamakan cinta.

Pernah tak korang berada dalam satu situasi, kawan korang. ( asyik kawan je ) urm. korang sendiri berada dalam satu situasi, ouh, dia ni ada satu benda yang buat korang tertarik pada first time korang tengok dia. Dan korang terus follow up setiap gerak geri dia. Itu lah dinamakan cinta.


Pernah tak korang berada dalam satu situasi, bila korang sudah lama berkawan, korang rasa ada satu keserasian dengan kawan korang dan korang nak rasa disayangngi dan menyayangi. Lepas tu, korang rasa malu-malu dan dan rasa korang memang kena pakai topeng jumpa dia. Itulah dikatakn cin... ?

"cinta....." jawab bobo and the gang.

"Bagus murid-murid cikgu..."

So, sebenarnya ada ka maksud cinta yang sebenar ? Tak ada ? =,=' Ada..

************

Dua cinta mengenai Allah yang berbeza ialah.

Cinta paling utama adalah cinta kepada Allah. Di mana cinta ni kita perlu rasa nak pakai topeng masa jumpa Allah sebab malu dengan setipa dosa-dosa yang kita pernah buat.  Cinta ni akan membuatkan korang lebih bersemangat dalam menjauhi setiap larangannya dan melakukan setiap apa yang diperintahkan. Okeh ?

Cinta kerana Allah adalah cinta sesama makhluk tapi cinta yang dibina itu atas dasar kerana Allah. Dari segi kata mudahnya cinta sesuatu yang juga dicintai oleh Allah. Tapi, sebenarnya, kita tak hanya ambil makhluk itu sebagai manusia je, ada benda seperti amal perbuatan tertentu, ucapa dan kata-kata. Asalkan benda tu benda yang disukai oleh Allah, maka korang telah melakukan satu cinta kerana Allah.

Pening ? Memang aku terangkan nak bagi korang pening pun sebenarnya. Okeh, macam ni. Kita ambil contoh mudah, cinta seperti seorang anak kepada emaknya, itu kan disukai Allah, maka tak salah. Cinta kepada orang sakit atau fakir miskin. Tak salah, cinta kawan dan persaudaraan korang. Itu pun tak salah. Selagi cinta tu semua membantu korang untuk taat kepada Allah. Tak salah.

Bagi prinsip diri aku, cinta tu ada 5. Pertama cinta kepada Allah, kedua cinta kepada Nabi, ketiga cinta kepada Ibu bapa, keempat cinta kepada diri sendiri dan kelima cinta kepada pasangan korang. Korang pernah dengar kes bunuh diri sebab gagal bercinta ? Pernah. sebab diorang letak yang ke lima jadi pertama. Sepatutnya kita fikir balik, setiap jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. Perlu ke kita yang tentukan sendiri.

Manusia kadang-kadang suka campur urusan tuhan...

Cinta tu tak buta sebenarnya, orang yang bercinta tu yang buta. Kita tak pernah tahu bila perasaan cinta akan timbul, benda ni mucul dalam sesaat jek bila kita tertarik kat orang. Dan kalau korang rasa masa tu korang berada pada waktu, tempat dan keadaan yang betul, teruskanlah. Mungkin dia adalah jodoh korang kan ? InshaAllah. He he.

Special tag for. KhaiNana dan Nasrulhaq.

Photobucket

P/S : Aku start mula perasan cinta monyet masa darjah satu, lepas ada budak kena-kenakan aku ngan seorang awek ni. Tapi aku slumber jek tak layan. Agak-agak mana ea awek tu sekarang ? Walla~

Kiamat 12. 12. 2012 | Lawa nombor ?


Salam readers,

Ni bukan cerita tahyul, or cerita kartun yang direka-reka tapi adalah kebenaran dan propaganda yang di buat oleh orang barat untuk mengishtyiharkan bahawasanya hari 12. 12. 2012 akan berlaku terbitnya matahari daripada sebelah barat. Korang percaya benda tahyul ni ? Percaya. Bagus.

Meh, aku ulas sedikit. Kiamat itu berlaku daripada kepercayaan orang islam. Dan benda ini telah diperkatakan oleh nabi sejak zaman dahulu lagi. Ada hadis yang mengatakan bahawa jarak zaman nabi dengan berlakunya kiamat sebesar dua jari yakni jari telunjuk dan jari hantu. Memang sangat dekat. Tapi nabi tak spesifikkan hari dia. Okeh ? Sebenarnya kiamat ini adalah ilmu Allah. Hanya dia yang mengetahui bila dan bagaimana berlakunya hari kiamat tersebut. Korang boleh baca benda ni dalam Surah a-'araf : 187.

Innamaa ‘ilmuhaa ‘inda Allah, (yang tahu soal kiamat itu hanya Allah)..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. ( Hadis riwayat Muslim )

Menjadi permasalahan kat sini. Orang barat bukan sahaja mengatakan yang 2012 akan berlakunya kiamat, tapi sempat lagi cari keuntungan dengan buat tiket penerbangan untuk selamatka diri ke planet lain. =,=' Biar betul ? Betul lah. Korang boleh tempah tiket selamatkan diri beserta orang tersayng dekat sini.S.i.n.i


Photobucket
Photobucket

Sempat lagi dorang buat duit masa-masa camni. Aduhai. Kalau murni sangat niat di hati, apa kata bagi free je kan. So, baru nampak sikit tak kantoi penipuan ni. =,=' Barat-barat. tak ubah-ubah dari dulu lagi.

Aku tak menafikan kiamat boleh berlaku dalam masa terdekat ni. Tapi kalau korang percaya yang kiamat akan berlaku pada 12. 12. 2012. Akan ada segolongan manusia yang jahil membuat plan untuk buat dosa dulu, then baru bertaubat. Kiamat 2012. Lama lagi kottt.. Sekarang kan baru bulan 3 2011. Ada lagi 21 bulan lagi untuk hidup. Nampak?

Kiamat tu akan terjadi pada hari jumaat. Dan bila berlakunya kiamat, dikatakan sangat-sangat dahsyat. Kalau korang tengok filem 2012 tu, lagi dahsyat dari tu akan berlaku. dan benda ni tercatat dalm surah 'abassa ayat 33-37. Bermula dengan satu gegaran yang kuat, manusia masih wujud, mereka akan tertanya-tanya dan masa tu ibu yang menyusukan anak akan melepaskan pegangan dan tak menghiraukan mereka lagi. Measn walau sekuat mana kasih sayang seorang ibu pada anaknya, hari kiamat tu akan menjadikan perkara itu mustahil.

Nasihat aku untuk diri aku. Dari kita dok fikir macam mana nak cari duit untuk naik roket barat tu, kita sama-sama usaha tambah amal kita. Kadang-kadang amal yang kita tak jangka tu lah akan tolong kita kat akhirat kelak. Okeh ? Dan kalau korang fikir kiamat tu akan berlaku 2012, kematian tu akan berlaku pada bila-bila masa kan. So, apa lagi, tingkat amal, kukuhkan pahala.

Er, nampaknya aku kena mula arranged jadual solat taubat aku pasni. =,='

Photobucket

P/S : Falsafah sains mengatakan sesuatu teori itu dianggap benar selagi tiada teori lain yg dibuktikan boleh menyangkal kesahihan teori tu. Nanti kita ramai-ramai menyangkal teori hari kiamat pada 2012 dengan menyambut tahun baru 1 jan 2013. InshaAllah. Walla~

Wednesday, 16 March 2011

Kempen kongsi Idea | Permainan dulu-dulu.

Salam readers,


Dah lama benar aku nak post pasal benda ni, cuma masa dan idea tak mengizinkan. So, lepas di tag oleh kakicandid.com or owner name is alongxp, aku merajinkan diri untuk buat pasal benda ni. Sat,  Info ni aku dapat dari experience aku sendiri.  Boleh kan ? Cuma gambar dari encik google. He he

************


Zaman waktu kecik adalah zaman paling seronok. Biasa zaman apa lagi paling best waktu kita hidup ni kalau bukan zaman kecik-kecik dulu. Tak payah nak pikir cinta-cinta, yang ada pondok-pondok, tak payah nak pikir pasal assignment, tak payah nak pikir pasal duit. Kerjanya mainn je. Thats why, kalau korang tengok zaman kita kecik-kecik dulu, banyak permainan yang boleh main walaupun masa zaman tu tak ada wii ke, Ps2 hatta Ps3, or game-game pokemon or mario bross ke.


Bila keadaan tak mengizinkan, otak kita akan menjadi semakin kreatif.


************


Masa kecik dulu, permainan paling aku suka, confirm Ceper ! or orang panggil tutup botol. Dan aku main benda ni lagi sampai sekarang dengan adik-adik aku yang lahir zaman moden ni. Dulu, senang nak dapat ceper ni sebab masa tu kebanyakan orang yang air gas dalam botol kaca. Kadang-kadang, aku sanggup beli ceper ni dengan harga seposen dapat dua penutup. Bila duit tak ada, sanggup kiteorang menapak keliling kampung semata-mata nak cari benda ni. =,='


Photobucket


"Polis and three/thieve want to jaga..polis mati pencuri jaga" Dulu tak ada lagi game counter apa bagai semua. Yang ada, game polis-polis ni. So, akan berlakunya adegan kejar mengejar antara pencuri dan polis. Lepas dah kena masuk penjara (diletakkan pencuri yang ditangkap kat satu tempat ) pencuri yang masih bebas boleh cuba selamatkan kawan dia dengan datang kat tempat tu dan sentuh mana-mana tubuh kawan dia yang di tangkap tu. Secara automatik kawan dia dikira bebas. Masalah satu je bila main game ni, selagi korang tak penat selagi tu korang akan terus main. Cuma ada yang sempat balik rumah minum air dulu, then sambung main. =,='


Photobucket


Pepsi cola ~ Benda ni aku selalu main kat sekolah agama dulu. Pemain akan berdiri dalam satu bulatan. Dan pemula akan cuba memijak kasut kawan sebelahnya. Sesiapa yang kasut telah berjaya dipijak akan terkeluar daripada permainan. Akan berlaku isu tak puas hati, bila bukan kasut yang dipijak, tapi seluar yang terkena. =,=' Lagi satu, bila balik rumah, confirm aku akan dihujani ceramah mak secara free sebab terpaksa beli kasut baru sebab koyak. Lalala~


Photobucket


Congkak. Kebanyakkan sedare mare aku adalah terdiri daripada kaum perempuan. So, secara langsung dan tidak langsung, aku terpaksa belajar main benda ni, bila saudara mara aku yang lelaki tak balik kampung. Dan kepada orang lelaki, korang akan rasa sangat hebat bila dapat kalahkan orang perempuan. er, maybe sebab permainan ni memamng permainan orang perempuan kot. He he.


Photobucket


Actually, banyak lagi permaianan masa aku kecik-kecik dulu. Antaranya, lompat getah, teng-teng, konda kondi, cop tiang or sembunyi-sembunyi. Agak-agak korang ada lagi permainan ni zaman sekarang ? Sebab bila aku balik rumah, adik aku akan tanya cara nak lepaskan stage angrybird, or cara nak lepaskan stage kat game pokemon, or plants vs zombie lah.


************
Sekarang semua tu dah jadi kenangan. Kenangan tak boleh dijual beli. Kalau boleh, aku orang pertama yang cari kat downtown ke or kat pasar malam. Then, suh mak belanja. Ha ha.

************
Sat-sat, ada syaratnya..


1 ) tuliskan entri bertajuk : kempen kongsi idea | permainan dulu2.

2 ) tuliskan entri yang mempunyai point mcm ni
- kempen kongsi idea | permainan dulu2
- hasil idea alongxp
- di tag oleh miszma (ni contoh klu korg ditag oleh miszma, klu andai kate korg ditag oleh ismail,letak nama ismail beserta linknya cam aku wat tu)
- terbaca post ni kat blog eyriqazz (ni contoh klu korg terbaca post nih kat blog sape2 n korg nk join)
- tag sorg ke 2 org ke 3 org ke 4 org ke 5 org ke 6 org ke 7 or ke 8 org ke 9 org ke 10 org ke beratus org ke,korg nk tag sume yg ade dlm bloglist korg pon xkisah.
- tinggalkan permalink utk entri yg korg da buat tu kat cni dan kat blog owner yg tag korg / korg jumpe wat en3 ni...

Aku tag pada semua orang yang nak buat. Er, siapa-siapa yang berminat. Joinlah. sebab korang akan dapat kongsi pengalaman dan dapat tambah kenalan blogger yang baru. ^^


P/S : Zaman sekarang kena pikir exam gak. =,=' Dulu, setiap hari adalah hari permainan !

Hitler muncul kembali | Kisah SPM.


Salam readers,

Actually, aku jarang nak post-post video kat blog. Cuma kali ni, aku rasa perlu sebab nak bagi semangat kat adik aku yang sedang menuggu result Spm dia. Hu hu. Tak tahulah, apa akan dia dapat nanti. Ouh, doakan untuk dia. Kalau result dia bagus, ada gak parents aku bagi adiah kat dia. Dan of course tempiasnya datang kat aku. Aha.

Korang pernah tengok koleksi video-video Hitler ? Ala, ada sebelum-sebelum ni. Video pasal isu comolot depan Pavillion, video tentang Dr Rozmey dan kehebatan filem 2 alam dia. Tak silap aku ada banyak lagi. By the way, kali ini Hitler kembali lagi dengan video kemarahan beliau tentang jangkaan-jangkaan tarikh keluarnya result Spm. Ada yang kata macam tu, ada yang kata macam ni. Ha ha. Biasalah. Masing-masing nerves kan.


So, result sebenar untuk keputusan diumumkan adalah bersamaan

 23 Mac 2011 ! 

Apa pun, aku wish good luck pada semua students yang akan ambil result Spm nanti termasuk adik aku sendiri. "Ang kalau dapat pi luar negara, belikan aku souvenirs dari sana " Ingat, apa jua result yang korang dapat, terima dengan redha. Kalau nak nangis-nangislah, but percaya dengan kuasa tuhan. Aku pun nangis gak masa dapat dulu =,='

Dulu aku pun resut teruk, then dah rezeki, dapat masuk matrikulasi, akhirnya dapat masuk u. Seriyes aku bagitahu, resut spm aku tu memang terok. Tapi maybe berkat doa parents aku dan percaya pada kuasa tuhan kot. Er, maybe..

Photobucket

P/S : Spm, spm jugak. Final test aku makin dokat dah ni. Walla~