Saturday, 26 March 2011

Kenapa blogger perempuan lebih ramai berbanding blogger lelaki ?


Salam readers,

Dewasa ini, berdasarkan pemerhatian aku, dunia blogger ni banyak dimonopolikan oleh orang perempuan. Seriyesly, bila korang membuat blogwalking, mesti kebanyakan nama-nama kat chat box tu adalah nama perempuan. Tak joyah, mesti salmah. Setuju ? Tak. Erm, okeh-okeh, kita tak perlu ambil contoh jauh-jauhlah. Daripada blog terompahcaring ni sendiri, kalau korang tengok kat tepi bahagian poll tu, rata-rata pengunjung blog ni adalah perempuan. Tak silap 70 lebih peratus berbanding dengan 20 lebih lelaki.

So, kenapa perempuan lebih berminat untuk berblogging berbanding lelaki? Adakah ini satu konspirasi. Adakah ini menunjukkan golongan lelaki itu lemah? Adakah perempuan itu sebenarnya terlalu aktif ? Dalam kepala aku dah ada macam-macam point ni. Takpa-takpa, jom, kita pi usha beberapa point berdasarkan pengalaman aku selama ini.

1. Perempuan lebih suka berkongsi masalah.

Hok ni aku setuju sangat-sangat. Sebab kebanyakan blogger perempuan yang aku kenal, lebih suka berkongsi segala bagai yang dilalui beliau sepanjang satu hari or satu minggu tu. Dari kisah dia bangun tidur, sampai dia berjumpa dengan katil balik. Means blog diorang berbentuk personal. Jarang aku nampak blog perempuan yang berbentuk informasi, kecuali tutorial nak pakai shawl, or tutorial nak lawakan blog. Korang nak tengok diorang ajar install software or cara nak buat web designer. Minta maaf. Tu, korang boleh cari je blogger-blogger lelaki sebab tak ramai blogger perempuan yang minat.

2. Perempuan lebih suka populariti.

Hok ni, aku biasa-biasa je. Sebab tak semua perempuan yang buat benda ni untuk populariti. Korang janganlah ambil populariti dari sudut negatif. Maksudnya, bagi aku, kebanyakkan perempuan suka menonjolkan apa yang diorang ada. Kepandaian, kecantikan, kerajinan., dan kekreatifan. Kalau korang tengok mana-mana blogger perempuan yang famous amos, mesti diorang ada salah satu daripada aset tersebut. Bila dah ada aset macam muka chantek, secara tak langsung, populariti akan datang. Dan ya ! Lelaki lagi kurang minat dalam benda ni kalau nak dibandingkan dengan perempuan.

3. Perempuan lebih suka mengarang.

Dari aku kecil sampai aku besar, dalam bab mengarang ni, perempuan lagi suka daripada lelaki. Sebab, korang tengoklah zaman cinta monyet time sekolah rendah dulu or menengah bawah, confirm perempuan lebih suka hias-hias surat-surat cinta ni berbanding lelaki yang hanya gunakan keratan buku garis satu untuk balas. Seriyesly, lelaki tak suka benda-benda yang menyenakkan kepala untuk fikir susah-susah. Blogging ni perlukan korang sentiasa berfikir 24 jam, sebab korang akan update entry seberapa banyak yang boleh.

4. Persepsi lelaki blog hanya untuk perempuan.

Kebanyakkan lelaki lebih suka something yang adventure or maksud aku yang mencabar dan ekstrem. Korang agak-agak blogging ni mengeluarkan peluh? Buat badan jadi ketak-ketak lapan? Or buat korang kelihatan macho. Tak. Bagi mereka, blogging ni satu benda yang tak memberi effect kepada perjalanan hidup diorang sebagai lelaki kacak dan segak. Buat okay, tak buat pun okay. Sebab apa aku join blogger, sebab aku tak perlukan semua tu. Ha ha. Tak-tak. Aku aktif gak kat u sebenarnya. So, tanggapan sesetengah lelaki yag blog ni hanya untuk perempuan tu totally salah.

5. Akhir zaman.

Bab ni, memang dah termaktub nisbah lelaki dan perempuan sangat besar. Tak silap aku 1 lelaki 8 perempuan. So, no wonderlah. ^^

Apa-apa pun, secara jujur, aku beritahu yang blog lelaki lagi aku suka lawat berbanding blog perempuan. Sebab mereka-mereka ni menulis dengan tenang, kemas dan tersusun. Paling penting, diorang jarang melibatkan penulisan dengan emosi. Sebenarnya, dalam dunia blog ni, ramai jugak blogger lelaki yang wujud. Cuma mungkin diorang ni tak famous amos sebab diorang tak suka nak promote blog diorang kat mana-mana site. Ehem, low profile la katakan.

Tak gitu blogger lelaki ? He he...
P/S : Setiap blogger itu dibezakan dengan idea dan gaya penulisannya. Walla~

12 comments:

  1. setuju dgn no 3..sbb mmg suka menulis+menaip..
    tp yg no5 tu x bpe setuju kot..tak semua blogger perempuan penulis yg beremosi..huhu

    ReplyDelete
  2. sy suke mengarang. sbb tu ade blog. ahaha

    ReplyDelete
  3. ye.

    setuju ngan no 4. pasal member pernah tanya cam gitu. member laki la. now dia dah mula suka ngan blogging nie. hehe

    ReplyDelete
  4. haha..ade btolnye..tp xstuju ngn no 2..tp btol lah kate tc yg xsume mcm tu..

    ReplyDelete
  5. eemm.. semua point disokong kot.. hahaha.. tapi kan, dlm bloglist sya lgi ramai blogger laki daripd prmpuan. sbb kdng2 blog prmpuan ni terlebih emo dan semunya nk citer pasal hati dan perasaan.. sya tak beminat blog gitu..

    ReplyDelete
  6. ha..betul sgt lah mmg rmi blogger pompuan dri lelaki. :)

    tp blogger lelaki pny entri lg santai berbanding perempuan.

    blog lelaki best
    ok,sila anda kembang idong.haha

    ReplyDelete
  7. agak2 nnt ade yg nak jadi pompn x??

    ReplyDelete
  8. hehe..point last tuh memang benar dan betul dan jitu..

    ReplyDelete