Thursday, 17 March 2011

Definisi Cinta mengikut terompahcaring | Ada 5 !


Salam readers,

Pertamanya aku nak habaq kat ang yang aku dah lama nak buat pasa cinta ni. Cuma aku rasa masa tak sesuai, al maklum. Orang yang kembali single ni fobia nak bercinta dah. =,='. So, aku rajinkan diri nak join contest ni. Anjuran siapa ? Ni hah.

Photobucket


************

Setiap orang mempunyai falsafah  mereka tersendiri. Masing-masing ada alasan yang berbeza mengapa dia mencintai seseorang tersebut. Dan suka untuk aku cakap yang cinta tu sebenarnya sangat-sangat subjektif. Kita ambil contoh mudah, pernah tak korang berada dalam satu keadaan. kenapa kawan korang sikit punya suka seorang perempuan ni, sedangkan bagi korang perempuan tu biasa je. Korang rasa dia patut dapat lagi bagus dari tu. Tapi dia taknak dan setia pada perempuan tu. Itulah dinamakan cinta.

Pernah korang berada dalam satu situasi, kawan korang dah clash, dan dia masih setia pasangan dia tu datang cari dia balik. Dia masih setia tunggu pasangan tu mesej dia or call dia balik. Pernah ? Itulah dinamakan cinta.

Pernah tak korang berada dalam satu situasi, kawan korang. ( asyik kawan je ) urm. korang sendiri berada dalam satu situasi, ouh, dia ni ada satu benda yang buat korang tertarik pada first time korang tengok dia. Dan korang terus follow up setiap gerak geri dia. Itu lah dinamakan cinta.


Pernah tak korang berada dalam satu situasi, bila korang sudah lama berkawan, korang rasa ada satu keserasian dengan kawan korang dan korang nak rasa disayangngi dan menyayangi. Lepas tu, korang rasa malu-malu dan dan rasa korang memang kena pakai topeng jumpa dia. Itulah dikatakn cin... ?

"cinta....." jawab bobo and the gang.

"Bagus murid-murid cikgu..."

So, sebenarnya ada ka maksud cinta yang sebenar ? Tak ada ? =,=' Ada..

************

Dua cinta mengenai Allah yang berbeza ialah.

Cinta paling utama adalah cinta kepada Allah. Di mana cinta ni kita perlu rasa nak pakai topeng masa jumpa Allah sebab malu dengan setipa dosa-dosa yang kita pernah buat.  Cinta ni akan membuatkan korang lebih bersemangat dalam menjauhi setiap larangannya dan melakukan setiap apa yang diperintahkan. Okeh ?

Cinta kerana Allah adalah cinta sesama makhluk tapi cinta yang dibina itu atas dasar kerana Allah. Dari segi kata mudahnya cinta sesuatu yang juga dicintai oleh Allah. Tapi, sebenarnya, kita tak hanya ambil makhluk itu sebagai manusia je, ada benda seperti amal perbuatan tertentu, ucapa dan kata-kata. Asalkan benda tu benda yang disukai oleh Allah, maka korang telah melakukan satu cinta kerana Allah.

Pening ? Memang aku terangkan nak bagi korang pening pun sebenarnya. Okeh, macam ni. Kita ambil contoh mudah, cinta seperti seorang anak kepada emaknya, itu kan disukai Allah, maka tak salah. Cinta kepada orang sakit atau fakir miskin. Tak salah, cinta kawan dan persaudaraan korang. Itu pun tak salah. Selagi cinta tu semua membantu korang untuk taat kepada Allah. Tak salah.

Bagi prinsip diri aku, cinta tu ada 5. Pertama cinta kepada Allah, kedua cinta kepada Nabi, ketiga cinta kepada Ibu bapa, keempat cinta kepada diri sendiri dan kelima cinta kepada pasangan korang. Korang pernah dengar kes bunuh diri sebab gagal bercinta ? Pernah. sebab diorang letak yang ke lima jadi pertama. Sepatutnya kita fikir balik, setiap jodoh pertemuan semua di tangan tuhan. Perlu ke kita yang tentukan sendiri.

Manusia kadang-kadang suka campur urusan tuhan...

Cinta tu tak buta sebenarnya, orang yang bercinta tu yang buta. Kita tak pernah tahu bila perasaan cinta akan timbul, benda ni mucul dalam sesaat jek bila kita tertarik kat orang. Dan kalau korang rasa masa tu korang berada pada waktu, tempat dan keadaan yang betul, teruskanlah. Mungkin dia adalah jodoh korang kan ? InshaAllah. He he.

Special tag for. KhaiNana dan Nasrulhaq.

Photobucket

P/S : Aku start mula perasan cinta monyet masa darjah satu, lepas ada budak kena-kenakan aku ngan seorang awek ni. Tapi aku slumber jek tak layan. Agak-agak mana ea awek tu sekarang ? Walla~

14 comments:

  1. huhuhu..btol2...bila cinta kpda pasangan mengatasi yg laen..
    kite sanggup wat mende bodoh an....
    ruginye....

    ReplyDelete
  2. whoaa..boleh masuk dalam silibus cinta entry abg syafiq nie :)

    ReplyDelete
  3. haha..macam sama jer pengalaman kita masa darjah 1 tu..

    ReplyDelete
  4. cinta pada yg ESA didahulukan .

    ReplyDelete
  5. sejutu 1000% hehe...
    cinta pada allah bw ke syurga...
    cinta pada pasangan lom tentu ke syurga.....byk dugaan/cabarannye...so redha ape yg ditentukan olehnyer...

    ReplyDelete
  6. ini betul... cinta pada pasangan bukanlah salah... cuma lakukan dengan betul.. dah jumpa yang berkenan kan... terus ja masuk meminang.. xperlu tgu msa untuk kwan dulu kenal hati budi... sebabnya kenal hati budi dulu pun las2 mariage tengah jalan sja...

    ReplyDelete
  7. cintaa ituu

    boleh diumpama makan
    sambal belacan

    walau pedas hingga mengalir air mata
    masih mahu
    dimakan juga...

    cinta jangan dibuat macam goreng pisang
    bila panas makan dengan enak

    bila sejuk..
    hilang sedapnyaa



    (ihsan yusri kru dan saiful apek)

    ReplyDelete
  8. betul betul betul . sokong . tapi apapun, kenikmatan cinta itu bila kita berusaha mencari erti cinta yang sebenar di jalan yang diredhai~

    ReplyDelete
  9. manusia kadang2x suke campur urusan Tuhan,,,100degree stuju,,
    masih mencari cinta yg diredhai,,
    thanx join k,,jazakillah,,,

    ReplyDelete
  10. cinta umpama menggenggam pasir,,semakin kita cuba mendapatkannya,,semakin banyak yg berteraburan,,(copy ayat ko),,haha

    ReplyDelete
  11. waduhh!! ak baru nak ckp pasal pasir..tp ade org da tulis daaaaaa.

    ReplyDelete
  12. miszpathetic; na betolkan sikit.. jazakillah tu untuk perempuan, utk lelaki jazakallah..

    tc; suke3~~

    ReplyDelete
  13. waaa...like this post laa...100% setuju :)

    ReplyDelete
  14. wlu pepen pn trjadi...i will survive!!! will survive..hahahah....btul 2...cinta kpd Allah mekar subur sntiasa segar..harumm...

    ReplyDelete