Tuesday, 15 March 2011

Semua benda ada basic. Basic blogging ?


Salam readers,

Ehem. Aku ni dah siap-siap solat and pakai wangi-wangi, sekali kelas batal. Aduhai. Adakah lecturer perlu dipersalahkan sebab depa tak hantar mesej kat setiap students kelas batal ? Atau ketua kelas yang patut dipersalahkan sebab tak mesej semua anak buahnya, ataupun...

Aku yang salah sebab tak ambil tahu semua benda ni, busy dengan blogging, games and tidur ? Ouh..

Aku yang salah..

*****************

Korang perasan tak dunia blogger dah lain dah berbeza dengan dulu. Dulu, masa aku baru berkecimpung dalam dunia blogging ni. Apa perkara pertama aku akan buat adalah blogwalking, cari gali blog-blog yang aku tak tahu. Kat situ aku dapat ramai kawan baru disamping entry aku terupdate dan banyak info yang aku berjaya kongsikan.

Hari ini, kebanyakkan blogger lebih suka untuk duduk kat mana-mana komuniti. Bersembang tentang sesuatu isu yang kadang-kadang tak mendatangkan manfaat pada mana-mana pihak. Kadang-kadang ada sesetengah isu tersebut, hanya kelompok itu je yang tahu. Kisah mereka-mereka, dia dan dia, dan tiada orang yang lain pun tahu. Mungkin tak semua, tapi ada berlaku macam ni.

Benarlah kata orang, bila teknologi semakin maju, maka manusia semakin malas. Tak ramai dah yang suka blogwalking secara manual. Hanya segelintir yang mengamalkan benda ni, sebahagian suka borak dan post serta pin link belog diorang kat mana-mana komuniti. Sambil mengharap orang akan datang kat belog dia, tanpa dia datang kat belog orang. Dulu, shoutbox tu tempat utama semua blogger lepak, kat situlah tempat nak borak, kat situlah tempat nak sembang or bertukar idea.

Sabar sat. Jangan cepat melenting dulu.
Korang tengoklah mana-mana blogger otai hatta blogger faymes pun. Sebelum diorang jadi faymes, apa usaha yang diorang buat. Kita nampak diorang punya senang, masa susah, tiada siapa tahu kan. Macam mana diorang marketkan belog diorang sehingg capai tarafa macam tu. Masa tu, tak ada komuniti-komuniti macam ni. Masa tu pun tak banyak tempat-tempat ping belog ni. Ehem.

Semua benda ada basic dia. So, apa kata maju macam mana pun, kita berpegang pada basic kita. Yela, takderlah, kita over acting dalam berkarya. Okeh ? So, apakata hari ni, kita yang rajinkan diri kita ziarah belog orang lain disamping kita manfaatkan setiap komuniti yang sedia ada tu. Barulah kita dikenali, dan of course kita akan mendapat ramai kawan blogger baru.

Sekian.
Photobucket

P/S : Jom pakat-pakat tolong blogger Jepun yang dalam kesusahan. Pakai apa? Doa sudah. Walla~

22 comments:

  1. aku suke blogwalking ok.
    tp lebih suke jd silent reader.
    semua yang update mostly aku bc. termasuk yang mr terompah punye.
    jd kire rajin gak la kn aku ni. hehe//

    ReplyDelete
  2. betul.. ak setuju sgt .. bw.. baru la merapatkan hbgn sesama blogger..

    ReplyDelete
  3. betul!.
    tapi..kalo wifi jem, kite yang nak bw ni pon jem.
    ohuthm!

    ReplyDelete
  4. betol tu babe! dan ak suka komen entry org..haha

    ReplyDelete
  5. selalu blogwalking..tapi selalu lupa tinggal jejak..(-_-)

    ReplyDelete
  6. nonie ske blogging,blgwalking n comment entry y dibace..hehe

    ReplyDelete
  7. tul tu bro...dulu ms memula aku wat blog dulu,kat situ la visitor n aku tanye khabar,balas ape2,dulu klu yg singgah tgglkn link semata2 ni aku anggap spam,skang da jd trend...nk xnk kena ikut gak... klu x,ketinggalan ar... tp harap pd tu je xkemana gak...blog nk kena berisi gak kan? anyway...aku tang ko kat cni...http://kakicandid.com/blog/2011/03/15/entri-kongsi-idea/ join ye??

    ReplyDelete
  8. SEMUA tu bergantung dgn kelajuan tenet kita...
    huhhhuh :)

    ReplyDelete
  9. yup..

    stuju sgt2..

    kne ziarah blog org len..

    tp kenkadang mutiara tak sempat gak..

    kije btimbun2..

    :'(

    nway thanx 4 dis entry.

    ReplyDelete
  10. fatimah : hehe. ang kene selalu komen entry aku la ni.

    ReplyDelete
  11. salemaziz : haha. sabar jela an.

    ReplyDelete
  12. budi : haha. kenelah tinggal jejak.

    ReplyDelete
  13. cikgu : hehe. taw xpew. so, belog tu kenalha ringan2 kan.

    ReplyDelete
  14. mutiara : biler mase free la ea. same je kite.

    ReplyDelete