Thursday, 31 March 2011

Perkara pelik yang perempuan akan buat untuk pikat lelaki ?


Salam readers,

Sejak dua menjak ni semangat aku untuk berblogging melonjak-lonjak. Mungkin sebab dah banyak benda dah settle dah minggu ni. Segala bagai jenis presentation dan report dah selesai. Cuma ada lagi baki beberapa yang perlu aku selesaikan. Dan paling penting ! Final !  Ouh. Banyak benda aku kena cover lagi ni.

Pelan-pelan kayuh wahai terompahcaring. =,='

Okeh-okeh. Kali ni, aku nak share dengan korang apa yang selalunya orang perempuan buat bila dia desperate or sangat-sangat suka dengan seseorang tu. Kebiasaanya perempuan juga mempunyai satu sifat dalam diri untuk cuba menarik perhatian para lelaki supaya tertarik dengan setiap apa yang diorang buat. Apa dia? Lets check it out !!

1. Memakai pakaian di luar kebiasaan.

Seriyesly. Semua perempuan akan mengambil masa yang agak panjang untuk memilih dalam bab pemakaian. Dan bila diorang sudah ada jejaka pilihan diorang sendiri, makan diorang akan lebih teruja untuk menunjukkan satu pemakaian yang berbeza dengan sebelum-belum ni. Contohnya. Sebelum ni tak pernah dan tak kenal apa itu shawl, sampai satu masa, dia akan cuba juga untuk pakai shawl, walaupun kekok. Sebabnya, dia cuba cari satu kelainan agar si jejaka tadi dapat tertarik dengan dia. Di Malaysia ni, takder lagi yang pakai pakaian macam Lady Gaga rasanya. Kalau ada...

2. Tabiat atau perangai bertukar.

Ketika seorang wanita melihat lelaki yang disukainya lalu, maka dia akan jadi seorang yang pendiam plus pemalu walaupun dia jenis huru hara. Tapi dalam hati, hanya tuhan je yang tahu. Dan selalunya yang jadi mangsa adalah kawan-kawan rapat diorang untuk diorang meluahkan perasaan. Perangai pemalu ni akan bertahan semasa sebelum kenal. Selepas kenal, diorang akan lebih bersifat terbuka dan peramah. Means dah takda dah kalau jumpa, muka merah, ternyorok-nyorok belakang kawan. Tegedik-gedik semua. Tak ada.

3. Berpura-pura minat sukan.

Kebanyakkan lelaki memang minat bola. Dan kebanyakkan perempuan memang benci bola. Sekiranya korang ternampak dengan perempuan yang tiba-tiba berkata ayat-ayat klise macam. "Manchester tak boleh menanglahhh" or "rasanya Chelsea lagi powerrr". Maksudnya, dia sedang suka dengan lelaki yang minat bola, dan mesti dia sedang terpaksa bercakap macam tu. Tepuk dada, tanya selera. Sam juga macam lelaki, kalau korang bercerita tentang kasut tinggi Stiletto, tiba-tiba kiteorang datang cakap pasal jenama Bata. kan dah nampak dah kerendahan citarasa kat situ.

4. Sembur perfume over + Makeup tebal mebal.

Usahlah pakai bertan-tan minyak wangi. Selalunya perkara ni terjadi pada pertama kali mereka-mereka bertemu. Bila dah terlalu seronok, diorang tak sedar yang pemakaian diorang berada di luar satu batasan. Terlalu wangi sangat pun tak boleh, sebab perfume perempuan dan perfume lelaki itu berbeza bahannya. Confirm si jejaka akan merasa pening sebab tak biasa.

Kedua, tak perlu nak makeup tebal-tebal. Kalau lelaki tadi betul-betul sayang kat korang, dia akan terima muka korang yang natural. Maksud aku, takderla makeup tebal sampai jadi muka lain. Cukup sesedap rasa je. Kebanyakkan perempuan kalau tumbuh satu jerawat sikit dah malu. Bila malu, mulalah pakai bedak setebal-tebalnya nak tutup. Kena pulak keluar dengan lelaki alim,  bila time solat, solatnya 5 minit, nak cover makeup balik 15 minit. =,=' Kan?

5. Usah menonjol sangat tunjuk kekayaan.

Mungkin ada yang datang dari anak dato'. Mungkin ada yang datang dari anak Yb. Usahlah korang kerap pujuk rayu lelaki dengan gadget-gadget yang terkini. Cinta kami tak murah untuk diperbuat sebegitu. Selalunya lelaki akan bersifat kepimpinan dalam satu hubungan. So, mereka sanggup untuk mengeluarkan duit mereka sendiri untuk menunjukkan mereka itu gentleman. Bila lelaki kerap dikerap dijaja dengan duit, adakah lelaki itu seorang boyfriend ? Atau perempuan tadi sekadar sugar mummy ?

Last but not least, kita sebagai lelaki tak boleh salahkan 100 peratus apa yang orang perempuan cuba buat. Mungkin kadang-kadang benda tu nampak teruk, or kejap nampak keterlaluan. Tapi, apa kata kita sam-sama tegur baik-baik. Sebagai salah seorang daripada gentleman, kita sokong dan beri bimbingan kat diorang. Seriyesly, diorang akan terima kalau dikata baik-baik. Betul kan?

Photobucket

P/S : Kaum lelaki macam aku, jangan ingat korang selamat. Tunggu pulak lepas ni. Walla~

22 comments:

  1. setuju dgn part yg kalau ditegur baik2 akan dengar juga..
    slalu mmbe aku yang lelaki..kutuk perempuan bukan main lagi..
    bila suruh diorang tegur..cpt je diorg kata..
    'perempuan dah besar..pandai2 sume masuk U..takkan nak kitorang tegur jugak'

    n time nilah aku rasa cm nak hempuk je kepala diorang..~tak salah pon tegur walaupon diorg pandai cmne pon..~pompuan akan malu kalau lelaki yg tegur..huhu

    ReplyDelete
  2. Like this one !! have to admit it...sumee bende penah buat then sekarang terasa bodoh =p

    ReplyDelete
  3. wah wah wah. bahagia sungguh pendapat anda eh :p

    fine, tunggu yang lelaki punya hal pulak :)

    ReplyDelete
  4. sembur perfume dan mekap tebal2 haha tak boleh blah btoi.. yg bab tu memang paling pantang ar kot.. mmg ada niat nak buat cenggitu tapi dihlg bf.. natural tu kan lagi cantek kan kan kan .. hehe ;)

    ReplyDelete
  5. err..bila lah ada perempuan nak ngorat aku ni..haha

    ReplyDelete
  6. terbaik la bro.... tambah la lagi satu.. pasal makan...mule-mule kompem kontrol giler.... sumer nampak ayu dan cermat jer... tapi bila dah lama kenal... dengan tulang-tulang ayam terpelanting masuk dalam pinggan kita..ngahaha

    ReplyDelete
  7. mane dapat fakta ni?
    haha.. saya x camni pun..
    ih3.

    ReplyDelete
  8. 1 pun tak ada pada diriku ini , haha :D

    ReplyDelete
  9. hehheh...price charming blom jmpa g~ heheh

    ReplyDelete
  10. pendapat yang bernas. wahhhaha sukaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. bila masuk part cinta sesama manusia mmg IQ boleh jatuh

    ReplyDelete
  12. keh3..macam2~
    sonok aku bace :D

    ReplyDelete
  13. haha...aku pun kdg2 camnie tp aku rasa...baik jd diri sendiri...kan...buat pe nak control depan dye...juz be your self... :)

    ReplyDelete
  14. no.2 tuh btul..tetiba klau t'serempak dgn jejaka idaman, tetiba rse mcm nak menyorok jer wlupun dia xtau..buat2 xnmpk pon ada gak kengkadang..hehehe

    ReplyDelete
  15. ini, sembang rambang atau, dah 100 perempuan yang awak jumpe begini?

    tak dinafikan ramai yang berpura, tapi tidak terhad kepada perempuan saja.

    ReplyDelete
  16. number 4 pernah buat..yang laen buat lepak je..haha..lepas lama kenal dh xde makna dh suma ni

    ReplyDelete
  17. tak perlu kot utk jd org lain semata2 nak tarik prhatian...buatla secara sederhana itu lebih baik...setuju sangat entry ni =)

    ReplyDelete
  18. aku tengok kau punya isi-isi blog nih same ngan sorang laki tuh punye blog.walau x sebijik,tapi xkan lah byk yang kebetulan kan...wey brader,gune idea sendiri laa.x malu ke amek idea2 orang.aku pon nak tergelak2 bace.kesian kau....poin2 pon mcm lebih kurang same je disusun...kesian....

    ReplyDelete