Salam readers,
Ehem. Selalunya dalam masa sehari, aku boleh update antara 2-3 entry sekaligus, tapi sejak akhir-akhir ni, ditambahkan lagi dengan assignment, projek, test dan apa bagai jenis masalah, maka aku terpaksa skip untuk mengarang entry kat belog ni. Sob3. Harap korang boleh terima alasan lapuk ni. Ouh ~
Thanks jugak pada semua yang view video aku nyanyi kat one tube. Thanks-thanks. Dalam masa 3 hari je hampir 1500 orang yang view. Satu pencapaian peribadi hebat dalam diri aku. Terbaik ! Aku tak tahu lah sebenarnya korang nak dengar aku nyanyi atau nak cari muka aku (aku tak letak gambar kat belog ni) Apa-apa pun. thanks again. ^^ Aku baru nak bertatih dalam dunia nyanyian. Sokongan daripada korang semua amat-amat diperlukan. He he
**************************
"Cikgu, hari ni nak belajar topik apa ya ? " tanya bobo yang berpakaian kemas hari ini.
"Hari ni, cikgu nak ajar awak semua, dalam berblogging, kadang-kadang kita perlu berahsia" jawab aku secara kemas.
"Kalau tak boleh kongsi cerita sebenar, nak cerita apa je cikgu? " tanya miya, seorang budak perempuan yang comel, tapi petah berkata-kata.
"Okeh, meh, biar cikgu terangkan" jawab aku sambil tersenyum.
"Kat belog terompahcaring tu, ada je banyak cerita pasal cikgu" tanya bobo dengan muka slumber.
"Eh, mana ada." aku terasa pelik.
"Ada, masa awal-awal dulu cikgu menulis belog. Tak silap tahun 2010." jawab bobo confident sambil mulut mencebik ke arah aku.
"Alamak.....=,=' "
*********************
Dalam berblogging. tak semua benda kita boleh kongsi. Ada certain part yang kita patut bagitahu, dan ada certain part yang kita tak boleh bagitahu pada umum. Paham tak murid-murid ?
"Takkkkk...." jawab mereka serentak.
"Amboi bobo, semangat awak jawab tak ya".
Okehlah, andaikan ada seorang ni baru putus cinta. Dan dia menangis sebab putus cinta. Perlu ke dia luahkan yang dia menangis di blog? Perlukah dia menulis semuanya di blog ? Tak kan. Cukuplah sekadar dia memberitahu yang di baru berpisah sahaja. Semuanya terlalu peribadi untuk didedahkan. Macam tu juga dengan masalah-masalah lain yang berkaitan. Cukuplah hanya orang-orang tertentu sahaja tahu. Teman rapat ke, sesiapa yang kita percaya.
Tapi benda ni terpulang pada diri masing-masing....
Kita ambil contoh lain, ada seorang blogger ni, dia suka keluar lepak malam sampai pagi. Dan dia tulis benda ni kat belog dia. Tapi bila timbul isu kritik gejala lepak-melepak, dia sokong benda ni dengan semangat. Siap post satu entry khas untuk tajuk ni. Relevankah? Sedangkan ramai readers dia tahu yang owner belog ni memang kaki lepak. Betul kan? So, kadang-kadang berahsia tu penting.
Tapi, rahsia ni bila diperbahaskan secara terbuka. Sebenarnya ia lagi banyak info yang kita boleh dapat. Okeh, kenapa bog tu mesti update lebih 3 entry sehari ?
Okeh, kenapa blog tu suka kritik dan kondem blog lain ?
Okeh, kenapa blog tu asyik cerita pasal cinta ?
Semua tu ada rahsia masing-masing. Dan kalau benda ni boleh diberitahu, ada manfaatnya. Tapi bila dah namanya rahsia, sukar kita nak bagitahu pada umum. Yela, kalau beritahu umum, dah tak jadi rahsia kan.
Paham tak murid-murid ?
"Takkkkk...." jawab setiap seorang dengan dahi berkerut-kerut.
Macam nilah, cikgu bagitahu contoh paling mudah. Dulu ada seorang penagih ni, dia dah insaf dah daripada menagih dadah. Satu hari lepas dia dah sembuh, dia teringin membuat belog. Perlukah dia bagitahu pada umum yang dia bekas penagih ?
"Takkkk.." bobo and the gang menunjukkan muka semakin faham.
Bagus. Tak perlulah dia bagitahu. Itu rahsia dia dan orang sekeliling dia. Sebab kalau dia bagitahu, confirm tak ada orang yang akan dengar dan baca penulisan dia. Bila dia dah buat keputusan untuk berubah, dan bila dia membuat keputusan untuk menjadi seorang blogger. Segala kisah silam dia menjadi satu kenangan rahsia dalam diri dia. Hanya dia dan tu... ?
"Tuhannnn..!" bobo menjerit perlahan.
"Bagus. Macam itulah. So, faham tak semua ? " tanya aku tersenyum.
"Faham cikguuuu..." masing-masing akhirnya menunujukkan tanda orang yang pandai.
"Bagus" Kringggggggggggg~
Jom kita rehat !
P/S : Rahsia itu bersifat peribadi antara kita dan orang yang kita percaya. Walla~
P/S : Sesiapa nak tengok video terbaru terompahcaring menyanyi. Sila klik ---> 1tube
gua setuju bro..
ReplyDeletehehe btol2. sy slalu buat entry yang tersirat kalau menda2 yg sy rasa nak beritahu tp biar certain org jek yg phm :)
ReplyDeletebetul tu bro.. kadang2 rasa annoying plak baca hal2 yang biasa sangat terjadi dalam hidup. aku pon xterlepas buat benda macam tu. tapi sekarang dah taw ape yg patut, ape yang tak patut share kt blog..
ReplyDeletekalau perkara itu aib, mmg wajar dirahsiakan..
ReplyDeletesgt wajar..
n, kalau namanya rahsia.. mmg wajar simpan..
wajar2..
:)
biarlah rahsia menjadi rahsia
ReplyDeletebetol tu syafique ridhwan...
ReplyDeletelagi kalo pasal cinta..xpayah lo nak kecoh2 cite kat blog..
kdg2 org myampah..tmasuk sy y myampah tu...hehe
kalau nk bercerita apa yg kita buat dlm idup boleh x? eheheheheheheh :p
ReplyDeletedengar aizat nyanyi xdelah rasa sdh sgt..without music mmg btl2 rasa cm nk nangislah walaupon xdelah berpisah ke apa..huhu..nice..=)
ReplyDeleterahsia~ syuuhh~~ senyap2~
ReplyDeletepndi tul cg mengjr...huuu~
ReplyDeletetengok jenis orang la kot..kadang-kadang ade orang yang perlu meluah kalau x die tertekan..hahaha..
ReplyDeletebak kata en syafiq sendiri...
Berseloroh bila perlu, dan bermuka ketat juga bila perlu. Bila tak perlu, aku lebih suka dok sorang-sorang memerhatikan alam ciptaan tuhan dan kerenah apa bagai jenis manusia.
"karenah apa bagai jenis manusia"
chill..muehehehe..
but aib wajib dirahsiakan dari pengetahuan umum!
Kan.. Diam2 sudah.. Tak bolehlah kita nak cerita semua hal peribadi kan? Dan pembaca ini bukan orang2 yg betul jujur.. Semua strangers.. Huhh! Kena pandailah dalam menulis.. Ye tak?
ReplyDeleteEntry Terbaru : Kursus Perguruan Lepasan SPM Pengambilan Jun 2011 Kini Dibuka
btol tue...
ReplyDelete;P
betul!
ReplyDeleteLabuan oh Labuan Part 2