Salam readers,
( Cerita ni tak ada kaitan dengan aku, setakat ni, Alhamdulillah, aku tak pernah ada kawan yang jadi kanibal )
Satu hari yang damai, burung-burung berkicauan dengan riang, seolah-olah tidak mengerti apa yang akan terjadi pada seorang insan ini. Ahmad, (bukan nama sebenar) Cuba menenangkan diri dengan berjalan di taman rekreasi yang terletak di bandar KL petang itu. Seperti hari-hari biasa, tidak sah sekiranya dia tidak bergaduh dengan bakal tunangnya. Ada saja perselisihan yang terjadi pada diorang berdua. Seperti hari biasa yang lain juga, Ahmad lebih suka melepaskan semua tekanan itu di taman ini. Taman tempat pertama kali dia berjumpa dengan Aisyah, (bukan nama sebenar)
Sedang Ahmad berjalan, tiba-tiba dia ternampak satu benda yang sangat mengejutkan. Bila diamati betul-betul, maka betullah tekaan dia tadi. Kelihatan Aisyah sedang berjalan dengan gembira sambil berpegang tangan dengan seseorang. Dan bila diamati betul-betul, alangkah terkejutnya Ahmad apabila lelaki itu adalah kawan baik dia sendiri. Nasrul (Bukan nama sebenar)
Teras bagai halilintar menyambar perasaannya. Ahmad berasa segalanyanya sudah berakhir. Alangkah sedihnya, apabila kawan yang dipercayai sejak kecil sanggup memperlakukan sebegitu rupa kepadanya....
************
Cop-cop. Amacam, okeh tak aku mengarang. Ada yang dah menangis dah tu. Udah-udahlah ya. Tahan sebak di dada tu. Korang pernah diperlakukan macam Ahmad tadi ? Pernah ? baguslah. At least, korang tahu kan bagaimana rasa sakitnya di makan oleh golongan kanibal ni. Bagi aku banyak faktor yang menyebabkan kawan korang yang dari dulu korang percaya 500 peratus, tiba-tiba berubah dalam sekelip mata.
Kalau korang tengok kat atas tadi, puncanya adalah daripada seorang perempuan. Dalam kata tepatnya adalah cinta ! Pernah korang diperbuat macam ni. Ala, ada kan. Waktu zaman sekolah dulu-dulu, korang punyalah suka sorang perempuan ni, korang suruh kawan korang pi ushakan, atlast, bukan korang yang dapat, tapi kawan korang tadi. Korang? melopong jela.
Banyak lagi faktor yang menyebabkan kawan korang akan jadi kanibal. Kebiasaanya benda ni terjadi apabila melibatkan duit, pangkat, dan harta. Masa kerja nanti, mungkin akan ada orang yang sabotaj hasil kerja korang semata-mata untuk bodek bos. Kawan tu adalah kawan baik korang sendiri. Mungkin ?
Okeh-okeh. Settle dah bab tu semua. Satu soalan cepu emas, aku utarakan. Perlu ke kita maafkan orang tersebut ? Sekiranya dah dimaafkan, adakah kita mampu nak berjumpa depan depan dengan dia ? Urm. Confirm susah. tapi, boleh ke kita putuskan tali persaudaraan dengan dia ? Tak kan. Meh, aku ingatkan diri aku. Apa kata aku sabar je. Dan cuba cari point untuk aku berbaik dengan dia semula. Tapi ! Sekiranya dia dah berubah, but kalau perangai dia still sama macam dulu jugak.
Just ignore je dan berdoalah ya aku !
P/S : Punca benda ni adalah sebab jeles, hasad dengki yang tebal dan pentingkan diri sendiri ! Walla~
maaf boleh tapi nak lupakan tu susah. sebab part2 tikam belakang nie saya rasa tak ramai boleh maafkan dgn ikhlas. tiap kali pandang muka kawan tu msti akan terbayang apa yang dia pernah buat pada kita :)
ReplyDeletebyk kali da jadi kanibal
ReplyDeletesuke tajuknye..unik
entry besh ! penah gak kena mcm nie , sedih giler , tp ape nak buat . redha jela . mungkin ade hikmah disebaliknyer yg kite xtahu . SENYUM (:
ReplyDeletehmm.. pada awal lagi kita dah kena sabar. dan kena ingat jugalah yang bukan semua kawan boleh dibuat kawan. hati manusia, takkan sama kan.
ReplyDeletetak salah kita memaafkan. itu yang terbaik. tapi, perhubungan lepas kejadian tu mungkin tak sebaik sebelumnya dan ada pula yang jadi lebih baik dari sebelumnya :)
agree with gadis oren, kita redha, setiap yang berlaku, Allah janjikan hikmah sebaliknya. Semua ketentuanNya.
~cehceh, ingatan kepada diri sendiri :p
nice post! :)