Saturday, 12 March 2011

Review | Mars need moms Vs Hikayat Merong Mahawangsa


Salam readers,

Semalam, lepas update tentang isu Jepun dan gempa bumi , so, aku merajinkan diri untuk bawak kerabat adik beradik aku merayau sekitar seremban untuk menonton filem MNM ngan HMM. Bukan apa, masing-masing dah besar dah,dan ada yang dah masuk asrama semua. Sesekali berjumpa, kenalah bawak diorang keluar. dah besar nanti, takder nye masa nak keluar sama-sama. Masing-masing dok sibuk ngan pasangan dan kerjaya masing-masing, tambah dah ada anak-anak. =,=' Confirm lebih masa pada family sendiri. Oleh sebab permintaan cik adik nak tengok dua cerita, aku belilah tiket untuk 2 kali masuk.

Apa pun, dua-dua cerita ni memang bagus dan ada kekuatan jalan cerita tersediri. Aku suka dengan mesej yang nak disampaikan pada filem pertama. Pentingnya mendengar cakap ibu.

Dalam filem ni, sekiranya ang jadi budak nakal yang tak dengar cakap ibu sendiri, akan ada alien yang datang ambil mak ang dan bawak gi planet mars. Kat sana, mereka akan ditugaskan untuk menjaga bayi-bayi alien. Aku tak terpengaruh sebab sekarang aku dah besar, andailah aku tengok filem ni 10 tahun dulu, mungkin aku akan percaya dan jadi anak yang baik. He he. Apa-apa pun, aku suka dengan nilai kekeluargaan dalam cerita ni dan aku rasa kalau tengok sorang-sorang, maybe ada sedas dua ayaq mate aku jatuh sebab touching dengan kasih sayang yang ditunjukkan anak dia untuk selamatkan ibu dia. Sob3.

Photobucket

3.5 Star

- Jalan cerita menarik dan kekuatan filem terletak pada nilai kasih sayang.
- Cerita banyak berlaku pada waktu malam, so ada part yang tak berapa clear.
- Tak logik, alien akan jatuh cinta dengan manusia =,='
- Selebihnya, apa kata korang tengok sendiri. He he.

******************

Dulu masa sekolah, subjek sejarah memang faveret aku. Faveret-faveret pun, ada gak aku ponteng kelas masa tu. Takper tu dulu, zaman kanak-kanak. Sekarang dah rajin datang kelas. Hu hu. Hikayat Merong Mahawangsa ni bagi aku memang sangat-sangat terbaik dari segi pencapaian filem-filem di Malaysia. Jalan cerita yang mantap, (according to the true history) dan setiap watak mempunyai gaya lakonan tersendiri. Terbaik ! Kalau Kru yang buat filem, apa yang menjadi perbezaan ialah teknik Cgi dan kesan effect kamera yang mengagumkan. Selain itu, aku suka dengan variasi bahasa yang betul-betul menunjukkan filem ini berkaitan dengan Rom, China dan Goa.

Nak sinopsis ? Okeh, aku ceritakan sikit. Kisah macam ni, Rom telah menghantar puteranya untuk berkahwin dengan Puteri China. Semasa perjalanan, armada kapal rom telah dilanda badai sehingga hancur luluh semuanya. Mereka singgah di Goa untuk mendapatkan seorang yang boleh menemani putera untuk sampai ke China. Di sana, mereka terjumpa dengan Merong Mahawangsa. Selepas berjaya memujuk Merong, mereka berjaya sampai di China. Selang beberapa hari, Garuda telah datang menyerang untuk menculik puteri china. Garuda adalah sekumpulan lanun laut yang suka membuat kekacauan dan mahukan mereka di iktiraf sebagai sebuah  kuasa besar di laut. Selebihnya ? Korang tengoklah sendiri. =,='

Apa pun, cerita ni memang puas hati dengan nilai tiket yang dibayar. He he.

Photobucket

4.5 Star

*****************
P/S : Actually sedang tunggu fiilem Kongsi, macam menarik tengok trailer dia. Harap - harap tak mengecewakan. Walla~

9 comments:

  1. HMM is really really nice !
    filem Malaysia yg lain drpd yg lain. Huu.

    ReplyDelete
  2. nak tengok merong mahawangsa tak lepas lagi T_T

    ReplyDelete
  3. huhuu . tak sabar nak tengok . tapi apakan daya , kena study . next week test . arghhh . jelesnya!

    ReplyDelete
  4. aku pun teringin nk tgk cite MHM tu. trailer cm besy. tp skang xde ms yg seswai la plak.

    asl sblom ni aku tak penah tau kewjudan MHM ni ek. ble film ni kua br tau,, oh, ada ek hikayat ni. ingtkan hikayat hang tuah je ada.

    ReplyDelete
  5. ramai kate merong mahawangsa neh best. tapi aku tak minat perang2. cene douh ?

    ReplyDelete
  6. baru lepas tgk HMM..perghhh best!

    ReplyDelete
  7. mars needs moms macam menarik.

    ReplyDelete
  8. best sgt ke merong mahawangsa??

    ReplyDelete