Thursday, 24 March 2011

Betulkah berblogging hanya membuang masa ?


Salam readers,

First of all, thanks pada semua kawan-kawan yang sudi wish burfday aku semalam. Semoga kalian semua dirahmati Allah. Thanks juga yang menyertai aku punya contest semalam. Alhamdulillah, hampir 25 orang yang join, dan keputusan mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat ni. So, sabar-sabarlah ea. Tergelak aku baca ucapan-ucapan korang, apa-apa pun korang memang sangat-sangat sempoi dan terbaik ! Yeayh ! ^^

************

Untuk entry terbaru ni, ada, aku nak kupas tentang isu blogging ni sekadar membuang masa. Betul ke ? Ada orang kata blogging ni hanya sia-sia ? Betul ke ? Okeh-okeh. Sebenarnya, bagi aku benda ni pun termasuk dalam benda-benda yang subjektif. Terpulang pada keadaan dan situasi orang tersebut. Bagi aku kalau korang tanya pada blogger, tak kisahlah blog diorang itu berbentuk informasi atau peribadi, masing-masing akan kata yang blogging ni mengisi masa lapang. Tapi kalau korang tanya pada orang biasa yang tak ada blog, diorang akan jawab benda ni membuang masa.

Nampak tak game tu macam mana? So, as one of the blogger. Meh aku bagi penerangan dekat korang-korang yang kata benda ni membuang masa.

Aku terangkan tentang blogger personal dulu. Blogger yang menulis entry personal sama dengan orang yang menulis diari. Bezanya, kalau menulis diari di buku, diorang boleh simpan sendiri, untuk pengetahuan diri sendiri sahaja. Tapi bagi blogger yang menulis entry personal, diorang berkongsi pengalaman diorang dengan orang lain. Nampak tak.

Aku bagi contoh, ada seorang blogger ni tulis macam mana dia berjaya dalam pelajaran. Dia luahkan semuanya. So, orang lain pun akan dapat manfaat dia bila baca blog dia. Macam tu. Itu kalau dia tulis positif, tapi andai kata dia tulis negatif, rasanya korang boleh ambil muhasabah dari situ kan? Contohnya, dia tulis kisah hidup dia yang gagal dalam pelajaran sebab banyak ponteng kelas. Dari situ, korang boleh ambil iktibar untuk diri sendiri. Jangan ponteng kelas !

Bagi blogger yang menulis entry informasi. Kebanyakan bila orang taip keyword kat google, selalunya akan masuk dalam blog-blog milik orang malaysia ni. lagi-lagi, bila keyword dalam bahasa melayu. Kiranya, dengan menulis sesuatu maklumat, blogger juga akan dapat manfaatnya sendiri. Contoh, tentang isu Tsunami di Jepun dan isu pergolakkan kat Libya atau Mesir, or pergolakan politik kat negara kita, Mungkin kita tak suka baca akhbar yang berbentuk formal, so, dengan membaca blog, korang akan tahu tentang sesuatu peristiwa tu sebab gaya penulisan lebih santai dan mudah difahami.

Lagi satu, dari pengalaman aku sendiri. dengan berblogging, korang akan jadi lebih matang. Seriyesly, korang akan cuba ubah setiap benda yang negatif kepada positif. Lagi-lagi bila korang dah dikenali. Semua benda yang korang buat,tulis akan jadi perhatian. Em, aku akan huraikan apa itu kematangan dalam blog untuk entry akan datang. :) Suspen kan.

Last, pada sesiapa yang tak punyai blog, jangan kata blogging ni membuang masa. Korang baca, kami tulis. Dan aku akui ada blog-blog yang gunakan bahasa karut marut dalam penulisan. Mana ada orang yang perfect kan, just ignore blog-blog macam tu. Aku pun tak suka juga jenis penulisan macam tu.

Pada blogger yang menulis pulak, jangan menulis ikut suka suki. Adab menulis kena ada. Sebab setiap yang korang tulis, akan dibaca. Dan setiap carutan korang tu akan memberi petanda pada blogger-blogger baru yang mencarut tu boleh dan dihalalkan dalam menulis. Lagi-lagi korang tu blogger lama.

Photobucket

P/S : InshaAllah, akan diadakan seminar blogger untuk universiti aku (UTHM) 6 april ni. Siapa berminat nak datang, bagitahulah ea. Walla~

18 comments:

  1. n aku habiskan by masa terluang dgn blogging.haha

    ReplyDelete
  2. series ade seminar blog kt uthm?? hahaha =)

    tapi bagi dhilla dua2 betul, buang mase plus isi mase lapang..


    *dhilla terlupa study sebab blogging sebab tu result teruk.. heehehe

    ReplyDelete
  3. blogging x membuang masa..sy dapat kepuasan dalam blogging :)

    ReplyDelete
  4. aku setuju yang part penulisan tu. aku tak berapa berkenan kalo die tulis guna bahasa tak elok. mcm dah takder bhs yang seswai yang nak guna. mungkin orang lain suke, tapi aku tak. aku lebih senang baca yang guna bahasa yang aku paham.

    ReplyDelete
  5. epi belated beday....bg akak la blogging ni good apa..bg yg buat pasal personal la..sbb itu la jurnal yg akan kekal unt anak cucu tgk nanti..tp klu blog artis2 gosip2 tu mmg tak de makneeeee

    ReplyDelete
  6. blogging ada kepuasan yang tersendiri kalau btol caranya..tak percaya.percaya je lah

    ReplyDelete
  7. blogging satu benda yang berfaedah untuk keluarkan pendapat kita...

    ia boleh jadi tak berfaedah apabila kita sendiri tidak pandai menguruskannya dengan waktu kita yang teramat terhad..

    jadi... blog tak salah...

    kita yang bersalah kerana tidak berdisiplin...

    ReplyDelete
  8. ye ke buang masa?same jek kot ngn fb,,ngee

    ReplyDelete
  9. jgn memaksa diri utk update blog, kalau tak nanti cepat bosan.

    ReplyDelete
  10. dulu ezay pun benci buat blog ni..last2 suka pulak..siap dapat banyak info dalam ni..
    sampai sekrang ramai taktau ezay buat blog..cuma kawan 'maya' jelah tau..memang btul isi masa lapang..dari duk lepak2 habis masa, baik kongsi cerita dan kalau benda baik dah dapat pahala kan..kalau sebar so kira dakwah la..wallahualam

    happy bday gak..hehe

    ReplyDelete
  11. yeah think wisely ;D
    ak pun rasa lgi byk kelebihan dri keburukan ^^

    ReplyDelete
  12. bagi aku blogging mengisi masa lapang :)

    ReplyDelete
  13. nak!!tapi 6 april tu tarikh apik bizi..hehe

    ReplyDelete
  14. dah tua2 macam akak ni, menulis aje lah hobby yg paling merehatkan minda.at least brain sel akak tak beku gitu aje..

    ReplyDelete