Salam readers,
Akhirnya selamat jugak sampai di rumah. Selepas berbulan aku tak balik, dapat jugak luangkan masa bersama family terchenta. Dah-dah, jangan nak buat drama melankolik kat sini. Okeh, berbalik pada tajuk kat atas. Sebenarnya masa aku menulis isu ni, depan aku ada 3 keping akhbar dan ada lebih kurang 8 web aku bukak untuk dapatkan informasi. So, sebelum apa-apa hal, apa kata korang baca dulu berita ni. Aku just copy paste daripada surat akhbar Utusan Melayu. Malas den nak taip balik. So, maaf kalau terlalu normal. =.='
*******************
TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.
Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.
Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.
Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.
Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.
Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.
“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” katanya pada satu sidang media khas.
Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.
Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.
Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. – Agensi

**************************
Bila berlaku musibah atau bencana di negara orang, kebiasaanya kita akan mengharap agar rakyat negara kita selamat di sana. Daripada apa yang aku baca, sehingga kini, laporan daripada kedutaan Jepun mengatakan bahwa tiada rakyat malaysia yang tercedera dan terbunuh di sana. Daripada 23 orang yang dikatakan berada di sana, 13 orang telah berjaya dihubungi dan masih lagi selamat. Selebihnya masih gagal dihubungi akibat terputus talian komunikasi. Semoga mereka selamat.
Dulu, aku selalu terfikir, sekiranya berlaku musibah atau bencana alam. Jepun,korea dan negara-negara yang teknologinya canggih tak akan terjejas sikit pun. Yela, negara sikit punya hebat teknologi, ada kereta solar lah, apa bagai jenis teknologi lagi, confirm diorang jugak ada teknologi yang boleh detect or prevent bila berlaku apa bencana sekalipun. Tapi jawapannya tak.
Kuasa tuhan. No one can fight it. So, apa kata mulai hari ni, kita dok muhasabah diri kita sama-sama. Malaysia ni, kalau nak kena. dalam masa 24 hours, hancur terus. Musnah dari tamadun dunia dah. Nauzubillah. Daripada kita dok fikir konflik politik, konflik kaum, konflik agama tak termasuk. itu memang wajib fikir, apa kata kita fikir cara nak kurangkan benda-benda maksiat atas muka bumi ni. Yela, tuhan bagi bala sebab ramai yang dok wat maksiat. Kan? Sorang buat, semua kena. Takder yang terkecuali dah.
Nampaknya, aku ni kena banyak muhasabah diri aku balik =.='
So, ceriakan hari korang. Senyum selalu ~ Ops, sat-sat. Aku bagi korang beberapa video. Nah, tengok sendiri ya. Daa~
P/S : Nampaknya, tak banyak drama dari Jepun akan dikeluarkan lagi. Walla~
hmm....takut Allah turunkan bala bt kita yg lalai...
ReplyDeletesini pun ada story:
http://nabilapds676.blogspot.com/2011/03/jepun-ranap.html
hmm 2la..kte slagi x kena dkt dr sndr,ssh nk sedar.nauzubillahh!!
ReplyDeletesye pn t'pikir gak bnda sme..kecanggihan bg 1 negara tue sgt dibanggakn dan maybe slmt dr ape2.waa rupanya sape2 pn leh kena..syukur alhamdulillah..slmt lg kite wat mse skrg
betol3.. teknologi hebat mane pon, tak ley lawan kuasa Allah..
ReplyDeleteAllah baru turunkan kuasanya melalui AIR. tu blom melalui ciptaan2Nya yang lain lagi
ReplyDeletebetol tu..kena muhasabah diri balik...
ReplyDeletehopefully semua baik2 jerk....
ReplyDeletesetinngi mana teknlgi kita takkan dapat melawan kekuasaan tuhan..
ReplyDeletep/s wan pon gelabah semalam kena tinggalkan chalet tepi laut dekat mersing sebab dapat amaran tsunami..boleh baca kisah wan kt blog
cmne nk buat komen pop up window 2? tlg ajar;D
ReplyDelete:(
ReplyDeletebetul! itu semua kuasa Tuhan. kita hanya mampu merancang, Tuhan yang akan menentukan segala-galanya..
ReplyDeleteLabuan oh Labuan Part 2
Kan.. Kita ni kesian kesian jek tapi tak pernah nak fikir semua bala ni dari kita sendiri.. Maksiat sana sini.. Huhh! Bawak bawak beramal..
ReplyDeleteEntry Terbaru : Gempa Bumi Dan Tsunami Di Jepun
yep..kuasa tuhan xde sape pn boleh lawan..tp kesian jugak kat diorg yg kne bencana ni..
ReplyDeletetoi2.
ReplyDeletebila berlaku musibah kita patut bersyukur. Allah bagi lagi peluang untuk diri kita muhasabah diri.
pe2 pom, semoga semua selamat2 saje.
panjangnya entry.. krohhh krohhh
ReplyDelete