Tuesday, 29 March 2011

Kawan Maya dan kawan Realiti ? Which one ?


Salam readers,

Korang ada kawan sejati ? Means kawan yang sentiasa ada masa susah korang, masa senang korang. Yang tak kisah dan tak merungut bila korang ada masalah. Ada ? kalau masih belum ada, apa kata korang pergi cari secepat mungkin. Sebabnya korang akan tahu nikmat ukhuwah antara seorang sahabat dan seorang sahabat tu nanti. Maksud aku kat sini, tak kisahlah kawan yang sama jantina atau kawan yang berlainan jantina. Tak kisah. Cuma untuk word kekasih tu, dah lari tajuk dah. he he. Sebab kekasih memang kena ada masa susah dan senang. Okeh ?

Dalam dunia ni, akan ada bermacam-macam jenis kawan. Kawan Maya, kawan exam, kawan tandas, kawan kaki pau, kawan dunia akhirat. Apa pun dalam bermacam-macm jenis kawan ni, bagi aku, sebenarnya dia terbahagi kepada 2 iaitu kawan secara maya dan kawan secara realiti. Setuju ?

Agak-agak koranglah, mana satu yang lagi bermakna dan lagi penting dalam hidup ni ? Adakah kawan-kawan korang yang korang tak pernah jumpa dan hanya bertentang mata di depan laptop, atau kawan yang memang korang dah kenal dari zaman sekolah lagi dan dah masak perangai dia sejak kecil lagi.

Pendapat aku ! Dua-dua ada kepentingan tersendiri. Sejak aku mula berblogging, aku dapat ramai kawan-kawan baru. Seriyesly. Walaupun kawan-kawan tu sekadar berborak dalam facebook or dalam blog, but aku dapat rasa yang diorang sentiasa ada dengan aku. Bila aku perlukan apa-apa tutorial berkaitan blogging, mesti ada yang mampu untuk tolong. So, aku tak pernah ada masalah bila aku perlukan sesuatu. Tapi, aku bagitahu korang yang hubungan kawan dalam maya ni, paling tinggi pun akan sekadar macam tu je kecuali bila korang dah jumpa depan-depan dengan dia.

"Kalau nak tahu perangai sebenar kawan tu sama ada sesuai dijadikan sahabat, maka, bermusafirlah dengannya selama 3 hari 3 malam"

Sebab tu aku cakap korang kena jumpa depan-depan. dan korang tengok semua yang ada pada diri dia. Kalau sekadar nak bergelak, or bergosip, maybe boleh. Kebanyakkan orang hari ni, bila ditolong selesaikan masalah, dah percaya tu kawan sehidup semati dia yang takkan bagi masalah kat dia. Bila satu hari kena khianat, baru diorang sedar. Tak boleh macam tu.

Bagi kawan yang realiti, semestinya kawan-kawan ni lagi ramai yang percaya. Sebab mereka-mereka ni lah tempat korang bermanja, berkongsi masalah sejak kecik sampai sekarang. Dari sebesar-besar masalah hingga sekecil-kecil masalah. Kawan macam ni lagi kenal perangai sebenar korang. Macam mana bila korang marah, macam mana bila korang sedih dan macam mana bila korang perlukan bantuan.

Tapi ! tak semua kawan realiti ni bagus. Tak semestinya semua kawan realiti ni bersifat macam malaikat. Macam entry yang aku post sebelum ni. ada jugak jenis kawan yang makan kawan. Kan ? So, selama mana korang berkawan sekalipun, korang tak boleh letak 200 peratus kepercayaan kat dia. At least kurangkan 1 peratus supaya korang boleh berhati-hati.

Last, kawan maya + kawan realiti. Aku lebih ramai jenis kawan macam ni. Maksudnya kawan realiti korang akan jadi kawan maya korang jugak. Selalunya kawan-kawan macam ni lagi senang untuk korang berkomunikasi. Senang untuk korang layan kepala dan senang untuk korang bahan membahan. Confirm takkan kering gusi. Dan mereka-mereka ni akan sentiasa ada dengan kroang tak kisah bila korang on facebook atau korang jalan-jalan kat luar.

Kesimpulannya. Ada 3 jenis kawan yang korang kena tahu !

Kawan Maya
Kawan Realiti
Kawan Maya + Kawan Realiti

Semua jenis ni ada kepentingan tersendiri. Kalau tak ada kawan kat facebook, tak boleh gak. dengan siapa korang nak borak kan. Kalau tak ada kawan kat realiti pun, korang takkan boleh nak survive sorang-sorang. Apa pun, betulkan niat, kita semua berkawan kerana Allah. 


P/S : Salah satu golongan yang dapat pembelaan pada hari kiamat kelak adalah seorang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Walla~

13 comments:

  1. sentiasa berdoa agar ukhwah yang terbina ini kekal selamanya...ameen...

    ReplyDelete
  2. saya gembira ada kawan dari alam maya kita bersahabat/bersaudara di alam nyata. group kita org tue namanya Geng KAMIE

    ReplyDelete
  3. aduh.... banyak sungguh entri dalam masa seminggu...
    saya suka

    ReplyDelete
  4. hye...
    suke ur topic..
    saye pun ade kawan maya sorang..
    knal dari tahun lepas lagi..
    agak mustahil utk berdepan dgn die kerana jarak yang tersangat jauh..
    tp saye suke share prob dgn die..
    sbb saye tak knal die n org keliling die..
    so, tak de la die nak gi ngumpat pasal saye plak nnt..
    kalu cite kat kawan realiti, nnt tersalah citer trus bawak mulut..
    hehehehhe

    ReplyDelete
  5. Sdg mencari shbt sejati...kwn realiti ni kdg2 ann0ying..smpi kdg2 tu asyik mkn hati je dgn d0rang ni..huhu..tapi,kwn maya ni pulak,sng sikit c0z x yah nk tacing2...walla..(pnjm jap w0rd tu..haha)

    ReplyDelete
  6. kagum la...awk sgt rajin menulis...hurm...

    ReplyDelete
  7. huu~nk nges bace entri ni..teregt kt kwn2 lama..mereka kwn reality then kwn maya..skrg berhubung melalui maya je~rindu time sme2 hang out dulu..wuu~

    ReplyDelete
  8. kita tak boleh hidup sorang-sorang. let it be kawan sejati atau kawan maya semua orang perlukan kawan. cuma kualiti kawan tu yg kita susah nak cari whether maya atau realiti :)

    ReplyDelete
  9. ade + + pulak ye..
    maya or realiti..
    2 2 penting..
    and betul jgk la bak kate syafiq.

    dpt maya + realiti lg bgs..

    =)

    kite kawan tak?

    ReplyDelete
  10. syafiq, cik bie nak ty ni. awk tahu tak pasal apesal.com? die tolong increase traffic kite by link widget dkt blog. sy da buat, but nak tahu ape jd? yup, my traffic increase, tp bila nak submit post dekat innit, die tak bagi sebab da jadi non-exclusive member. bila baca lg psl gliterri nuffnang die ckp, actually bila jd member nuffnang, kite da xleh nk join add laen. huhuhu... cm ne ek? tolong siasat

    ReplyDelete
  11. salam ziarah dari segmen abg ben....

    dua2 kawan pun perlu jugak...bila kwn realiti, x semestinya anda dpt close bila di alam maya dan begitu la sebaliknya...pendek kata,dua2 kawan pun perlu kan..... :D

    eh tiba2 baca profile tgk student uthm ye? junior la ni.... amik kos ape?

    nice blog... :D

    http://saiffah.blogspot.com/

    ReplyDelete