Sunday, 27 March 2011

Hati semua orang ? Bukan senang nak puaskan.


Salam readers,

First of all, aku ucapkan thanks pada semua yang support blog ni dari sejak penubuhan blog ni sampai sekarang. Ada yang suka, ada yang tak. Aku tak kisah sangat, sebab semua tu membuatkan aku lebih matang dalam menulis. Thanks. Kalau ada apa-apa yang korang rasa aku perlu ubah, just inform aku dan aku akan cuba usaha untuk buat macam mana yang korang nak tu. ^^

************
Back kepada tajuk besaq kat atas tu. Aku just nak kupas sikit tentang benda ni. Dan hopefully, korang semua boleh faham. Lets start it ! Ehem. Dalam hidup ni, kita berkawan dengan ramai orang. Setiap orang mempunyai citarasa dan persepsi diorang sendiri. Korang akan jumpa bermacam jenis ragam dan mungkin dalam sesaat, korang tiba-tiba akan terbuat mereka-mereka di sekeliling rasa tak puas hati. Bagi aku, benda ni sebenarnya subjektif. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Korang nak tak boleh nak marah, dan certain time, tak boleh nak terima sangat.

Okeh-okeh, aku cuba terangkan satu persatu. Situasi pertama macam ni, dari sudut blogger. Hari ini, aku tulis entry tentang aku lagi suka datang blog lelaki berbanding blog perempuan. Tiba-tiba ada seorang blogger ni datang, dan kata yang dia lagi suka datang blog perempuan berbanding blog lelaki. Adakah aku perlu marah dan menentang beliau ? Tak perlu. Sebab entry tu berhak dikritik sesiapa pun. Ini bermakna citarasa dia dan aku berbeza. Kan ?

Situasi kedua. Hari ini, aku tulis entry tentang jangan mencarut dan gunakan bahasa yang betul dalam penulisan. Tiba-tiba ada seorang blogger datang ni datang, dan kata yang dia lagi suka mencarut dalam berkarya. Dia kata yang blog dia tu bebas ditulis apa saje, dan kalau orang lain tak suka, tak perlu baca. adakah aku perlu marah dan menentang beliau ? Perlu. Sebab entry tu memang berhak dipertahankan. Sebabnya dia menghubungkan dengan readers dan perangai blogger itu sendiri.

Kedua, hari ini aku berkawan dengan seorang mamat ni. Tup tap tup tap, aku ada buat salah dengan beliau. Dan memang aku yang salah sebenarnya. Tiba-tiba, hebah satu cerita yang mengatakan aku ni teruk dan puncanya tersebarnya cerita tersebut datang dari mamat tadi. Adakah aku perlu marah ? Tak. Sebab memang aku yang salah. Tapi berhak tak aku tegur cara mamat tu tadi ? Berhak. Sebab aku rasa dia tak perlu nak cerita bagai pada orang lain. Kan bagus kalau dia tutup aib aku ?

Nampak tak game dia macam mana ?

Hari ini, bila kita bahaskan sesuatu isu yang betul, tiba-tiba ada orang datang dan bangkang sedangkan isu itu memang betul, apa yang perlu korang buat adalah diamkan diri dan just ignore sahaja orang tu. Yup ! Memang wujud manusia kat atas muka dunia ni yang ada sifat dengki dan iri hati dalam diri diorang. Tak boleh tengok orang lain lebih dari dia. Tak boleh tengok orang lain lagi bagus dari dia. Bagi dia, dialah paling bagus. So, bagi aku, jalan terbaik adalah biarkan sahaja.

"Saya umat akhir zaman yang prihatin bro. Mesti kena tegur jugak dia. "

Em, okeh-okeh. Kalau nak tegur je, meh aku ajar korang tegur dengan bahasa yang baik. Sebab bahasa yang baik datangnya dari hati, punca dari akal yang ? yang ? sihat ! Pandai. Aku tanya korang, apabila api berlawan dengan api. Apa yang akan terjadi ? Confirm akan jadi marak. Tapi kalau api lawan dengan air. Apa yang terjadi ? Api akan padam.

Hari ini, ramai orang tegur api dengan api. Atas sebab itu, sesuatu masalah tu tak selesai. Bila marah, dilawan dengan marah. Bila mencarut dilawan dengan mencarut. Bila buku lima dilawan dengan kaki lima. Masalah takkan selesai. Seriyesly. Bila ada seseorang tak puas hati dengan korang, ajak turun gelanggang lah, apa bagai, just cool, relaks dan sabar. sebab dengan benda-benda macam ni, korang akan buat dia sedar sendiri nanti.

Last but not least, setiap manusia tu ada perangai mereka tersendiri. dan masing-masing punya idea yang berlainan. Thats why, kalau kita gabungkan kita akan dapat something yang baru. Betul ? Apa akan jadi kalau aku ajak orang yang suka mencarut tadi berbincang. Mungkin akan wujud perkataan mencarut yang baru tapi tak nampak sangat carutannya. Contoh, binatang jadi menatam. Bodoh jadi vodoh. or something yang akan jadi lawak dan tak mendatangkan maksud sebenar. Kan-kan ?

Nampaknya, sekali lagi aku kena balik muhasabah diri ni. =,='


P/S : Teringat kata member aku AnwarHadi, kalau dok debat hal citarasa ni kat komen youtube, 6 hari 6 malam pun takkan selesai. Walla ~

12 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    yela kan, rambut pun dah tak sama warna sekarang ni, apatah lagi hati masing-masing.

    as a writer, tulis la apa-apa sekalipun, kalau rasa readers yang 'banyak hal' tu rasa tak suka, jangan baca. simple kan permainannya di situ? :p

    p/s- hee, pinjam jap ayat permainannya di situ. :p

    nice topic actually. :)

    ReplyDelete
  2. ini anwar hadi...heheheh.... memang, cita rasa ni masing2 kan...

    ReplyDelete
  3. Hellow Please Followback my friend.
    i.am follow number 1979

    ReplyDelete
  4. true, mmg lain org lain la persepsi..
    dan dalam tegur menegur pun, kena ada hikmahnya..

    benda betul.. kalau buat cara salah.. tak jadi betul dah.. kan2?

    =)

    ReplyDelete
  5. so true.=)
    *sangat masyuk baca entri ni ngn b/g music!;D

    ReplyDelete
  6. Mmg sush nk puaskn hati sume 0rg..last2 nnti kite plak yg mkn hati..s0,ade baeknye kal0 kite puaskan hati kite sndri je..lantakla pe nk jd dgn 0rg lain..haha

    ReplyDelete
  7. banyak kali gak kena kes macam ni. tambah2 kalau kite semakin mendapat prhatian ramai. makin ramai yang suka, maka ramai juga yang mencari kelemahan untuk mengkritik. kritikan membina boleh diambil sebagai positif. tp certain org kritik sbb nak jatuhkan/bila kita berada di atas mula ada pihak yang tak puas hati. bg saya pulak, saya lebih suka berdiam diri. n just see sejauh mana org tu leh buat. then face to face. xde la nk bertumbuk. tp ty die

    "kenapa sy tgk awk ngn saya laen je. ade yg tak kena ker? awk ade masalah? boleh saya bantu?"

    tunjukkan keperihatinan kita pada dia. jgn cepat marah. penah dlu ade sorg girl ni die tak puas hati dgn saya then ceritakan hal saya pd org laen. tp sy still wat baik ngn die even dalam hati rs gk panas. tp sabar. jgn cepat melatah. hingga satu hari die dtg sendiri dkt saya mintak maaf sbb buruk sangka. die ingat bila dia dtg jumpa sy, sy akan marah. tp sy pegang tangan die sambil senyum then cakap

    "xpe...saya maafkan. itu perkara biase".. ade la ckp lg kat die. sy lebih suka pkai pendekatan slow talk n ke arah hati. bg touching skit. hahaha.. (cm tak siyes lak) sory2.

    tp betul. pape jgn cepat melatah dan cara terbaik adalah slow talk face to face. biase org yang marah macamana pun, kalau die still ade hati yg baik mesti akan sejuk. pegang tangan n pelukan lg baik. (tp jgn dengan bukan mahram lak!) hehe

    ReplyDelete
  8. hmm tu la..kat dunia ni, selalu je ade yang tak puas hati kan..

    ReplyDelete
  9. yeah citarasa setiap org tak sama. cara setiap org nak ekspresikan pendapat masing2 pun berbeza. hoho

    ReplyDelete
  10. yg penting kita jangan lawan kalo dia api. kita diam. lame2 dia akan jadi air. nice entry :)

    ReplyDelete
  11. blog kita suka kita la nak kuo pendapat kita...bg yg tak puas ati bio la kat dorng..x nk baca sudah...hehehehe

    ReplyDelete